Friday 13 July 2012

Kadang-kadang kita lupakan sunnatullah.





Kadang-kadang aku keliru dengan segelintir manusia yang berada dalam medan dakwah dan tarbiyah ni. Aku keliru bila mereka seolah-olah terlupa dengan sunnatullah dalam tarbiyah ini.

Entah lah. Barangkali kerana terlebih membaca buku fikrah, atau tidak memahami apa sebenarnya fikrah yang disampaikan pada buku tersebut.

Straight to point. 


Kita nak ubah manusia.

Dari jahat kepada baik. Dari bergelumung dengan jahiliyah kepada cahaya Islam. Daripada bekerja dan beramal untuk jahiliyah, kepada beramal dan bekerja untuk islam sendiri. Daripada segala kebolehan yang ada pada individu tersebut dipergunakan oleh jahiliyah, seterusnya mengubah kebolehan tersebut agar membantu islam.

Lantas bagaimana cara yang kita gunakan?

Seringkali apa yang kita lakukan adalah dengan mengubah luaran individu tersebut.

Malah ada yang berkata, ‘’ adakalanya kita perlu ubah luaran dari, baru meresap ke dalam ‘’. 


Fikrah apa ini? Ehem.

Antara contohnya macam ni. Bila kita nampak orang kapel pegang tangan, kita ambik pedang samurai pastu kita cantas tangan dia. Bila orang buang sampah merata-rata, kita ambik penukul ketuk jari dia, bila orang hisap rokok, kita bakar mulut dia dengan api.

Dan perkara terus dan terus berlaku dalam masyarakat kita ! Kita ubah luaran luaran dan luaran !

Dengan apa? Kebiasannya dengan pukul,pukul dan pukul.

Dan teknik mengubah luaran ni terus dipraktikkan dari zaman dulu saaaaaaaaaampai sekarang.

Persoalannya, menjadi ke kaedah tu? Kaedah mengubah luaran manusia? Berdasarkan pemerhatian aku selama aku hidup 20 tahun, kebanyakkan mereka-mereka yang dihukum sebegitu, tidak berhasil menjadi baik.

Yang kita perlu lakukan sebenarnya tarbiyah individu tu. Seperti mana yang Rasulullah lakukan. Dengan melakukan perubahan dari dalam kepada luaran.

Nak ubah corak dia berfikir, nak ubah luaran dia, kena ubah dalaman dulu. Ha ! Hati dia tu.

Sebab kat situlah bertapaknya keyakinan, keazaman, kepercayaan pada diri seseorang tu.

Mat rempit sentiasa merempit sebab dalam hati dia meyakini  bahawa merempit tu benda yang tak salah..Keyakinan dalam hati tu mempengaruhi fikiran dia (fikrah) seterusnya menghasilkan amal dalam kehidupan dia. 


Hatta semua orang panggil dorang sampah masyarakat pun, dorang tetap buat dono. Sebab dorang yakin apa yang dorang buat tu tak salah. Malah bagi mereka merempit sebenarnya satu suka yang menguji tahap kecekapan dan kelicikan dalam membawa motor. Huh.

Jadi apa yang kita kena lakukan untuk mengubah seseorang?


Yang kita kena lakukan :

  1.  Hidupkan Islam dalam diri kita dahulu
  2. Hidupkan Islam pada diri orang sekeliling kita.
*tahrim : 4


Dan kedua-dua perkara ini akan berlansung dengan seiring, bukannya setelkan diri kita dulu, kemudian baru setelkan orang lain.

Kadang-kadang kita ni terlalu sibuk nak ubah orang lain, tanpa memikirkan untuk ubah diri kita dulu.

Dan please lah, jangan mengajar manusia beriman dengan kita. Jangan ajar manusia berubah kerana kita. jangan ajar manusia meninggalkan sesuatu kejahatan kerana takutkan kita. Jangan ajar manusia lakukan sesuatu kebaikan kerana gerun melihat wajah kacak kita. 

Tapi ajar orang beriman dengan Allah. Ajarlah manusia lakukan sesuatu kerana malu dengan Allah. Ajar manusia lakukan sesuatu kerana dia segan dengan kebaikan Allah pada dia. Ajar manusia agar takutkan Allah.


Kerana manusia itu akan mati meninggalkan dunia yang fana ini, menuju kepada Tuhan yang menciptakan dia. Lantas mengapa masih magu mengajar manusia takutkan manusia?


14 comments:

  1. Replies
    1. Malas la. Fokus benda yang kena fokus. Btw, baju DotMy Crew dah sampai. Haha :D

      Delete
    2. ouhh. hihi, sama la kita. baju aq pun dh smpai =)

      Delete
  2. assalamualaikum.. mohon penjelasan jika enta tau mengenai murabbi yang paksa kita untuk turun jaulah sedangakn dalam masa yang sama ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia..yang mana harus kita dahulukan? maksud dipaksa itu seolah-olah wajib coz perkataan wajib sentiasa digunakan.. bila wajib jatuh hukum berdosa..

    ReplyDelete
  3. fuuhhhh,, sentap ..
    rasa nak kasi penukul atas diri ..
    ubah luar tapi dalam hampeh.. dushh

    jazakallahu khairan jaza'

    ReplyDelete
  4. Saya setuju!
    Hati perlu ditarik kerana agama Islam,
    Bukan tertarik kepada penganut Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh. Berani anda setuju dengan statement saya? ('',)

      Delete
  5. Betul tu. Luar takkan setel kalau core dia tak mantap and merekah hingga ke lapisan luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah masuk bab core ni, saya kena tutup blog la lepas ni. T__T,

      Delete
  6. (Y).. kena tarbiyyah diri dan rakan tu dgn istiqamah.. bukan sekadar memarahi, berkata itu dan ini.. dakwah bil-hal dan dakwah bil-lisan bergerak seiring. baru dia tertarik..

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.