Pernah suatu ketika saya begitu takut untuk menyampaikan
Islam ini kepada semua orang. Terutama kepada rakan sekelas, rakan sekuliah,
kepada adik beradik dan kepada sepupu saya.
Kerana saya selalu dibayangi bahawa mereka akan menjauhi
bila saya menyampaikan Islam ini kepada mereka.
Kadang-kadang apabila mereka bertanya, barulah saya akan
berkongsi. Tapi masih dalam batas-batas untuk menjaga hati mereka.
Mengapa perlu begitu duhai diri?
Bila saya muhasabah kembali, sebenarnya atas dasar apa perlu
kita menyekat diri kita untuk menyampaikan?
Sekadar tanggapan-tanggapan yang
entah benar entah tidak.
Mengapa perlu ada tanggapan-tanggapan bahawa mereka
akan menjauhi, mereka akan hilang rasa suka untuk bersembang dengan kita, dan
semua tanggapan-tanggapan negetif?
Dan saya amat meyakini, ramai antara kita merasai apa
yang saya rasai.
Mengalami peristiwa ini, seperti yang saya alami.
Benar bukan?
Mengapa persoalan-persoalan itu sering kita wujudkan
ya?
Hati mereka bukan milik kita.
Akhi,
Sejauh mana hakikatnya pengetahuan kita mengenai hati
mereka? Sejauh mana kita meyakini, bahawa mereka tidak akan tersentuh sedikit
pun dengan penyampaian dan perkongsian dari kita?
Bila kembali muhasabah, mahu saja saya kembali ke beberapa
tahun lepas. Ketika masih berada di bangku IPT, Malaysia. Ingin rasanya
berkongsi dengan semua teman-teman sekuliah mengenai Islam yang saya fahami.
Mengenai dakwah kita !
Mengenai tarbiyah kita !
Dan dan mengenai keindahan Islam yang kita rasai.
Mengapa tergamak untuk tidak berkongsi, sedangkan
mereka begitu rapat dengan kita. Ikatan hati itu telah sedia terjalin, malah di
setiap persoalan yang mereka hadapi, kitalah orang yang akan mereka rujuk. Betapa ruginya bila kita persiakan peluang yang Allah bukakan untuk kita.
Sedihnya~
Jangan
menutup peluang mereka.
Akhi, jangan begitu akhi.
Jangan sesekali kita menutup peluang
untuk meraka berubah !
Jangan sesekali kita menutup ruang untuk mereka mengenal
Allah.
Untuk mereka merasa izzah dengan agama mereka. Jangan kita tutup peluang
kepada mereka untuk mereka di sapa oleh hidayah Allah !
Hanya kerana kita takut untuk menyampaikan.
Hanya kerana sangka-sangkaan negetif kita terhadap
mereka.
Kenapa kita perlu sampaikan kepada mereka dengan perasaan positif dan terbuka?
Kerana kita
tidak tahu. Faham ke? Heh.
Kerana kita tidak tahu bagaimanakah penerimaan mereka terhadap apa
yang kita sampaikan, maka kita perlu menyampaikan.
Kerana kita tidak tahu, bagaimana kesannya bila mereka mendengar penyampaikan kita.
Saya tidak bermaksud bahawa penyampaian itu perlu duduk ramai-ramai, buka majlis, err gaya-gaya tazkirah umum begitu. Tapi apa yang saya maksudkan dengan menyampaikan adalah bila kita lepak-lepak dengan mereka, bila kita makan-makan dengan mereka, dan bila mereka bertanyakan sesuatu kepada kita.
Dan lepas kamu dah sampaikan tu,
kalau agak-agak kena baling batu, tukar la teknik baru ye. Heh.
Dakwah ni try and error. Jalan je. :)
Dia
pemberi hidayah, bukan kita.
Yang memberikan hidayah tu adalah Allah, bukan kita. Maka
janganlah kita menutup ruang-ruang untuk hatinya disapa oleh hidayah Allah.
Dan perkara ini tidaklah cukup sekadar disampaikan
menggunakan peribadi-peribadi kita saja. Tidak cukup sekadar disampaikan dengan qudwah kita sahaja.
Kita perlu bercakap, perkongsian,
sembang-sembang dan seangkatannya dengannya.
Ya. Aku tidak tahu, kerana itu aku menyampaikan.
p/s : Dakwah tu mudah. Takwin tu je yang susah sikit. Heh.
Sekian,
Pemimpi Tegar
05 Jun 2012
Ipoh, Perak.