Sunday 8 July 2012

Kerana kita insan berdosa.



Ya Allah, aku mohon padaMu,
agar nikmatnya berdakwah tidak ditarik dari hati kami,

Aku mohon padaMu Allah,
janganlah kerana kelalaian kami, 
kami ditapis dari jalan dakwah ini.

Kerana sesungguhnya kamilah yang memerlukan dakwah,
sedangkan dakwah tidak sekali-kali memerlukan kami.

Ya Allah,
aku mohon padaMu,
agar nikmatnya bertilawah,
nikmatnya mengerjakan subuh berjamaah,
nikmatnya mengadu padaMu dalam keheningan malam,
nikmatnya bergerak ke sana sini,
berpenat lelah dalam menyediakan murabbi buat ummah ini,
tidak Kau tarik dari jiwa-jiwa kami.


Dosamu adalah penyebab mengapa engkau perlu berdakwah.


Nikmat berbuat maksiat akan hilang tp dosa akan kekal, penat beribadah akan hilang tp pahala akan kekal :)


3 comments:

  1. "Nikmat berbuat maksiat akan hilang tp dosa akan kekal, penat beribadah akan hilang tp pahala akan kekal "
    Jazakallah akhi.. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mungkin kita lemah sebab dosa kita. T__T

      Delete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.