Sunday 1 July 2012

Jangan tanya tajuk.


Takda tajuk. Hari ni aku nak curhat. Sapa nak baca, baca. Taknak baca sudah. =.=

Kadang-kadang aku rasa nak berhenti dengan apa yang aku buat sekarang. Nak jadi orang biasa-biasa je. Tak payah datang usrah, tak payah bawak usrah, tak payah baca buku banyak-banyak, tak payah konsisten update blog, tak payah pening kepala fikir nak tingkatkan diri.


Ikut je flow macam orang biasa.

Ambik degree, skor sungguh-sungguh. Kerja, kemudian kawin. Rasa nak sambung master, sambung master. Kalau x nak sudah. Asalkan aku, family aku bahagia. Sampai masa dapat cucu, pastu mati. =.=

Haha. Idea gila. InsyaAllah aku takkan buat macam tu. Sebab aku nak masuk syurga firdaus ! Aku nak jumpa dengan Rasulullah dan para sahabat yang gila-gila buat dakwah ni. Bila jumpa Saad bin Abi Waqqas, 
aku nak cakap kat dia, ‘’ andakah yang menyampaikan Islam hingga ke China itu? ‘’. Dan kami bersembang dengan riang gembiranya. Heh.

Serius. Kadang-kadang aku rasa nak berhenti buat semua ni.

Ya. Berhenti buat dakwah. Apa ingat dakwah ni senang ke?

Dakwah yang aku maksudkan bukanlah dakwah yang mana,

Jom pergi semayang !

Jom baca quran sama-sama nak?

Sekali sekala buat program Ramadhan bersama Pemimpi Tegar dan Inspector Saahab. Eh.

Memang la senang ! *ok. Program last tu tak la sesenang mana ye.

Tapi dakwah yang aku maksudkan adalah taarif, takwin, tanfiz.

Dan fasa yang susah tu adalah fasa takwiniyah tu.. Tu yang pening, tu yang susah gila, tu yang buat tak ramai orang nak berada dengan dakwah macam ni.

Dakwah yang mana akan membawa kepada terbinanya mutarabbi !

Ok. Bukan benda ni sebenarnya aku nak cerita.

======================================================================



Aku sebenarnya nak cerita yang aku sekarang ni berada di daerah yang aku rasa aku hidup sorang-sorang. Of kos la aku bukan hidup kat planet Pluto. Tapi aku hidup dengan suasana yang aku takda seseorang untuk aku share masalah-masalah aku. Bahasa mudahnya kat sini takda ikhwah untuk aku lepak, open table, pastu aku curhat kat dia, pastu dia dengar masalah aku dengan khusyuk, dan dan dia hanya senyum je seterusnya  aku rasa bahagia. Ahah.

Aku rindu ikhwah. Isk isk. Nak gi KL. Nak jumpa dengan ikhwah. Nak mabit sama-sama, nak lepak kedai Maulana kat Serdang sama-sama, nak gi main futsal sama-sama, nak pillow talk sama-sama..rindunya..kalau kawin kan senang..boleh sharing is caring dengan zaujah tiap-tiap malam..zaujah duk jauh? Skype kat ada. Uhuk. T__T,

Tapi serius la aku cakap. Memang lain sangat kalau kita share masalah dengan orang yang betul-betul bekerja, berbanding orang yang buat dakwah suka-suki je. Aku maksudkan adalah mereka yang buat tarbiyah takwiniyah. Habiskan duit, emosi, tenaga, masa untuk membina mutarabbi. Dah hanya yg buat akan rasa apa yang aku rasa ni. Aku tak kata sapa-sapa ye. Sapa makan cili, dia terasa pedas. Kalau anda tak makan cili, buat apa nak rasa pedas kan? Huhu.

Kalau jumpa ikhwah yang betul-betul buat kerja ni. Jumpa dorang je pun dah rasa aura dia lain macam. Sekali dia senyum je, dah rasa macam hilang semua masalah. Sebab dia rasa apa yang aku rasa. Sebab kita berkongsi rasa. Korang pernah rasa tak apa yang aku rasa?

Ok. Kesimpulannya, aku cuma nak cakap aku rindu ikhwah. Dan aku nak gi Mesir cepat, aku nak buat dakwah gila-gila biar masa aku takda yang terluang. Kemudian nak skor gila-gila, sebab ayah aku kata kalau result ok, tahun pertama pun boleh kawin. Heh.

Kenapa nak harap ikhwah je ni. Kenapa tak curhat semua benda kat Allah. Allah kan ada? Sebab aku manusia. 

Pemimpi - Sekali sekala curhat best jgk. 


9 comments:

  1. T____T

    pandai juga anda buat post emosi macam ni.
    anak sapa ni? haha

    kta jauh, tapi hati kita dekat.. cewahhh:)
    renungi doa Rabitah :)

    kemain lagi nk kawen ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak papa dan mama. Haha.

      Ala, sekali sekala apa salahnya kan?
      Lain la kalau blog ni popular tahap langit kesembilan.
      Memang tak buat la post mcm ni. :p

      Serius rindu ikhwah. Nak hug. Ngeh2.. -.-''

      Hidup kena ada perancangan.. >,<

      Delete
  2. ngeh ngeh. ini sahaja yg mampu tertulis XP
    infiru khifafan wasiqoolan
    xde kaitan >? eh.

    ReplyDelete
  3. kalau dgn zaujah boleh skype, nape ngan ikhwah taleh skype plak??

    masuk skype, cari ikhwah, curhat, selesai insyaAllah..

    p/s : ce tgk ayat (8:24).. mesti tanak stop buat dakwah punya! Allahu a'lam

    ReplyDelete
  4. Okla tu daripada saya yang macam tak pernah hidup sebumbung atau belajar sekatil dengan ikhwah.
    Yang ada hanya manusia sepesen yang cuba memesongkan da'ie. Haha. Ehem. Takdela sampai camtu. Tapi, siapa-siapa pun orang sekeliling kita ataupun kat mana-mana pun kita dicampak, jadikanlah itu medan dakwah dan tarbiyah kita dan jadikan orang-orang itu mutarabbi kita tanpa mereka sedar. Bayangkan macam kita ni murabbi diorang yang osem. Huhu.
    Harap dapat fikir macam tu setiap masa.

    ReplyDelete
  5. Anda ingin ke Mesir..? Benarkah..?

    ReplyDelete
  6. kan? huh.. tiba2 mahu emo juga.. sebab kita manusia, kita mahu ada manusia juga yang memahami kita, boleh berkongsi masalah.. oh.. awal mahu kahwin, bagus2..

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.