Monday 30 July 2012

Bila kita rasa kita sorang-sorang.


Pernah suatu ketika, aku rasa aku keseorangan. Bukan pernah satu ketika,(haha)  tapi dalam kebanyakan masa dalam kehidupan aku, sentiasa aku rasakan aku keseorangan.  Realitinya memang begitu.

Tatkala aku berada ditengah manusia, aku tetap merasakan keseorangan. Kerana bukan semua orang mampu fikir seperti apa yang kita fikir, nak buat apa yang kita nak buat dan tak semua orang faham seperti mana kita faham.

Bila aku belajar di sebuah kolej-yang-dirahsiakan-namanya, kebanyakan keadaan aku banyak bergerak sendiri. Merancang sendiri, pergi DF adik-adik sendiri, bawak adik-adik jalan-jalan sendiri, guna duit sendiri, jatuh bangun sendiri, aku nanges sendiri-sendiri. 

Pening fikir macam mana nak ikat hati dengan adik-adik sendiri, pengisian apa yg nak kena bagi, malah mujahadahnya aku dalam study pun sendiri-sendiri. Dan mujahadahnya dalam study ni, saaaaaaaaaaaangat perit !

Hinggakan pada suatu hari mutarabbi aku pernah cakap kat aku, ‘’ kalau ko datang kelas, aku ikut halaqah ko. Kalau ko tak datang, aku pun tak nak datang ‘’. Haha. Bukan senang beb nak tinggalkan jahiliyah. =) 

Time tu aku baru berapa bulan ikut madrasah tarbiyah islamiyah karya SangVivaBiru. Sedangkan telah 5 tahun aku ditarbiyah dengan jahiliyah. Tarbiyah suka ponteng kelas. Heh.

Aku katakan bahawa aku lakukan sendiri, (of kos la kebanyakannya idea tu datang dr ikhwah) tidak lain tidak memang begitulah realitinya.

Tatkala aku curhat kepada ikhwah, betapa beratnya tanggungjawab syahadatulhaq yang aku rasakan ketika tu, ikhwah hanya mampu mendengar, dan memberikan secebis motivasi untuk aku bergerak sendiri. Kerana mereka juga mengalami apa yang aku alami. Mereka juga ada ujian dan rintangan yang sedang mereka hadapi.

Dalam kesibukan aku bertarung dengan raksasa (syaitan dan hawa nafsu) untuk aku melepaskan diri, kadang-kadang aku jatuh. Aku tewas. Hingga aku menanges sendirian. Aku terduduk kaku. 

Lalu aku melihat di kiri dan kanan aku, para ikhwah juga sedang bertarung dengan raksasa yang mengerumuni mereka. Mereka juga bersungguh-sungguh dalam pertarungan antara hak dan batil itu.

Adakalanya, bila raksasa mereka berjaya mereka lemahkan, mereka berpaling seketika ke  arah aku, lalu menghulurkan pertolongan. Dengan satu libasan kilat saja, mereka mampu menumbangkan raksasa yang mengerumuni aku.

Tetapi dalam kebanyakan masa pertarungan tersebut, tidak banyak yang mereka dapat bantu aku. Tenaga mereka, kekuatan yang mereka ada benar-benar hanya mampu digunakan bagi menewaskan  raksasa mereka saja.

Lalu di dalam pertarungan yang sangat dasyat itu, aku terdengar sayup-sayup suara para ikhwah melaung,

‘’ Akhii, mohon pertolongan dari Allah akhi. Mohonlah pertolongan dari yang Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Perkara, Maha Bijaksana. Kerana hanya dia akhi, hanya Dia yang mampu membantu kita semua di saat ini ‘’.


************************



Banyak benda aku belajar dari tarbiyah ni.

Ikhwah juga sedang berperang.

Bila kita berharap-harap agar ikhwah mampu untuk sentiasa membantu dan menolong kita, ketahuilah mereka juga sedang bermujahadah dalam menewaskan nafsu dan syaitan. Mereka juga sedang bersungguh-sungguh dalam peperangan ini. Mereka juga sedang mujahadah dalam merangka strategi dan memperkasakan diri mereka.

Adakalanya bila mereka kuat dan jahiliyah lemah, mereka mampu berpaling seketika ke arah kita lalu menghulurkan pertolongan kepada kita. Tetapi dalam kebanyakan masa, mereka tidak mampu sangat nak hulurkan pertolongan, kerana mereka juga sedang berperang.

Kekuatan itu hanya pada Allah.

Dalam liqo kami, murabbi kami ‘Ammar Sahrim, moga Allah mengasihi beliau pernah berkata kepada kami, tatkala kami seringkali mengadu agar diberi kekuatan dalam beramal. Tatkala kami sering mengadu sangat banyak masalah yang berlaku antara kami.

Kata beliau dengan penuh macho lagi bergaya,

‘’ Akhii. Ana berikan satu analogi kepada antum. Cuba antum tengok kepada laptop. Laptop ini ana umpamakan seperti murabbi/ikhwah. Seringkali kita datang kepada ikhwah untuk mengadu masalah dan mencari kekuatan. Lalu ana umpamakan antum seperti USB Charger yang tercucuk pada laptop tersebut. Bila antum dicucuk pada laptop, antum akan mendapat kekuatan itu. Tapi akhi, semakin lama laptop itu pula akan berkurangan energynya kerana disedut oleh antum.

Lalu tatkala laptop tu kehabisan bateri, ke mana lagi kita hendak menyedut energy tersebut? Tidak lain tidak adalah daripada sumber elektrik itu sendiri. Laptop kena dapat kekuatan dari elektrik, sama juga seperti hp antum yg caj pada laptop ana ni. So, elektrik tu adalah Allah. Maka mohonlah kekuatan dr Allah.  ‘’

Okay. Semua kata-kata beliau ni aku edit sesuka hati. Mana sempat nak copy paste sebijik-sebijik. Ahha.

Kita memang kena survive sendiri.

Di awal tarbiyah, memang kita akn di layan dengan penuh kasih dan manja. Tapi semakin lama di dalam tarbiyah, segalanya akan bergantung kepada diri kita. Dalam tempoh 2 bulan aku terdampar di Perak ni, aku seolah-olah belajar satu benda.

Aku memang di lahirkan untuk menyendiri. Membina kekuatan sendiri. Melakukan semua benda dengan sendiri.

Aku memang kena survive sendiri !

Pemimpi Tegar - Bila dipilih untuk berada di atas jalan ini, janganlah pernah berhenti. Kerana kita sebenarnya bukanlah telah gagal, tetapi kita belum berjaya. Saat kakimu berhenti melangkah buat selamanya, di saat itulah sebenarnya kamu tewas. Aku harap, kakiku hanya terhenti tatkala aku di masukkan ke dalam keranda. 




2 comments:

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.