Thursday 1 March 2012

Andai ukhwah seperti mereka.




Saudaraku,


Bila berbicara soal ukhwah, saya suka untuk kita sama-sama tadabbur firman Allah dalam surah al-hujurat. Surah yg ke 49 ayat yang ke-7. Allah SWT berfirman,

'' Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karna itu damaikanlah antara saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. ''

Jadi kalau kita tadabbur ayat ni akhi, kita dapat lihat bahawa ukhwah dan iman adalah satu benda yang saaaaaling berkait rapat. 

Ukhwah dan iman ni umpama saudara kandung kepada iman.

Atau bahasa mudahnya kita boleh umpamakan antara isi dengan kuku. Ok, pandang jari anda sekarang, lihat betapa rapatnya isi jari anda dengan kuku. Rapat bukan? :D

Jadi akhi fillah, bagaimana kita tengok rapatnya isi dengan kuku begitulah rapatnya antara iman dan ukhwah. 

Kuatnya iman akan menghasilkan ukhwah yang kuat. Seandainya iman kita dalam keadaan baik, iman kita mantap, iman kita terjaga, dan iman kita teguh insyaAllah ukhwah yang terbina antara kita, ukhwah yang berada antara kita semua akan menjadi saaangat mantap ! 


Sebab tu saudaraku yang dichentai,

Kalau kita tengok, bagaimana menurunnya hubungan antara kita, retaknya hubungan antara kita, kita selalu bertengkar, kita dah tak mampu berlapang dada, semua ini akan berlalu tatkala retaknya hubungan kita dengan Allah.

Tatkala kita mula culas dalam mendirikan tahajud. Tilawah menjadi berat untuk kita baca. Mathurat tidak lagi menjadi pembasah mulut kita. Tatkala itu ukhwah kita akan retak. Benar bukan? Tak percaya? Cubalah.. >.<''


Saudaraku yang disayangi,

Ukhwah kita pada hari ini bukan semata-mata seperti binatang. Yang mana boleh bersama kerana sejenis. Tinggal di kandang yang sama, makan rumput yang sama, makan daging yang sama, maka kita mampu bersama.

Sekali-kali tidak saudaraku! 

Tapi kita berukhwah kerana kita menyembah Allah yang sama. Ukhwah seperti ini akhi, pasti akan menghasilkan sesuatu yang saaaangat osem.  Ukhwah seperti ini pasti menghasilkan mereka-mereka yang selalu ingin memberi dan mengurangkan untuk menerima. Err, bahasa mudahnya itsar. :D

Lihat saja betapa indahnya ukhwah antara sahabat muhajirin ansar.

Tatkala Abdul Rahman bin Auf (muhajirin) di tawarkan dengan tanah, harta dan isteri oleh Saad bin Rabi (ansar), apa kata beliau?

" Tunjukkan kepada aku di mana pasar "

Begitulah saudaraku, kita melihat bilamana ukhwah itu berpaksiakn keimanan, pasti akan lahir manusia-manusia yang sentiasa ingin memberi. Sentiasa ingin mengutamakan orang lain.

Usahlah kalian impikan sahabat seperti Saad bin Rabi, andai tidak mampu menjadi seperti Abdurrahman bin Auf.


P/s : Ini adalah persiapan saya untuk liqo (pertemuan) yang akan datang. Kalau baca tu macam pelik-pelik sikit, buat tak tahu je ok? :D

Pemimpi Tegar - Jagalah hubungan kita dengan Allah, dengan berusaha menjada mutabaah amal kita.