Thursday 9 August 2012

Sampai masa, aku akan kembali.



بسم الله الرحمن الرحيم

Kepada kalian yang selalu menjengah ke sini, mencari mutiara-mutiara di sebalik penulisan ini, aku ingin mohon maaf sangat-sangat kepada kalian.

Bukan tidak mahu menulis. Bukan aku tidak mahu mencoretkan sesuatu untuk tatapan kalian. Kerana aku sendiri merasakan bahawa apa yang selalu menguatkan aku tatkala aku mula lemah, adalah dengan membaca penulisan mereka yang berada di medan dakwah ini.

Aku mahu menulis, tapi aku tidak mahu menulis sesuatu yang biasa-biasa. Aku tidak mahu penulisan aku adalah bacaan yang dibaca sebagai bacaan yang ringan. Tetapi aku sangat ingin menjadi seperti penulis hebat yg lain, yang mana tatkala manusia membaca penulisan mereka terus mendorong untuk bergerak dan terus bergerak. 

Masih banyak benda yang perlu aku baca. 
Masih ada beberapa perkara yang aku sedang usaha baiki.
Aku tidak mahu menghasilkan karya-karya picisan.
Suatu hari, aku akan menulis.
Dan terus menulis.

Hingga tiba masanya, sejarah bakal menentukan apa yang aku tuliskan.
Mohon doakan aku ya. :)

Sentiasa membina diri, agar menjadi golongan yang praktikal.
Yang kurang cakapnya, dan banyak amalnya.
Biarlah amal-amal kita yang berbicara.

Pemimpi Tegar - Hiba itu pasti berlalu. Pengalaman itu pasti menjadi sebahagian tentera yang menguatkan. Dan aku akan terus di sini, merubah dan akan terus mengubah.