Thursday 28 June 2012

Siapakah mereka berdua itu?





Assalamualykum.

Apa khabar anda semua? Semoga anda terus tangkas dan bergaya membina impian dalam hidup anda. Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Ar-Ra’d, surah yang ke 13 ayat 11,

‘’ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. ‘’

Oh. Ini bukanlah slot motivasi seperti yang anda selalu dengar di radio mahupun ketika ingin mengambil SPM dahulu.  Walaupun saya begitu teringin menjadi pakar motivasi suatu hari nanti. Heh.

Baru-baru ini petisurat mukabuku saya telah diketuk (bahasa mudahnya saya mendapat mesej facebook) dari seorang jejaka yang agak tampan dan bergaya. Err. Yang sentiasa berangan-angan menjadi Inspector yang menjual nasik lemak dengan jayanya.

Ahah. Saya nampak anda mula tersenyum-senyum sambil mengangguk-angguk kepala. Anda memang pandai meneka! (sambil tepuk dahi anda)

Ya. Baru-baru ini Inspector Saahab menghantar mesej kepada saya. Yang berbunyi (ok, ayat skema disitu) :

‘’ Siapakah gerangan budak kecik berdua di header anda itu? Saya dan anda kah? ‘’

Sambil ketawa dengan kuat seorang diri. Saya berkata dalam hati, ‘’ boleh tahan perasan jugak mamat ni’’. Ahah.

Hei. Anda jatuh tsiqah kerana saya gelak kuat-kuat? Sila rujuk perkongsian saya mengenai jatuh tsiqah.


Tapi kan, bila saya muhasabah balik atas ketidakperasan Inspector Saahab itu, maka saya seolah-olah menjumpai titik persamaan antara kami berdua. Ya ! Titik persamaan. Walaupun kami hanya berkenalan dan menyemai cinta di mukabuku dan blog, tapi tapi saya sangat senang dengan beliau.

Kami sama-sama minat menulis meskipun penulisan bukanlah fokus utama kami (err..maksud saya kami bukanlah pelajar bidang sastera apalagi penulis novel terkenal). Kami sama-sama minat dan sangat gila dengan dakwah, walaupun kami bukanlah orang yang hebat dalam dakwah.

Kami sama-sama cuba membina rijal yang bergaya buat ummah ini walaupun kami sendiri bertatih dalam mentarbiyah diri kami.

Walaupun penulisan kami tidaklah sehebat Imam Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Syeikh Maududi, Amru Khalid, dan penulisan-penulisan hebat yang lain, tapi kami tetap akan terus menulis dan perbaiki penulisan kami. Semuanya tidak lain adalah untuk dakwah ini ! InsyaAllah.

Dan atas titik persamaan ini, tak salahkan kalau suatu hari nanti kami akan membina website kami sendiri kan ? Ahah.

Daripada menjadi mutarabbi, cubalah berusaha agar mampu menjadi murabbi.

Daripada sekadar menjadi orang yang ditarbiyah, berusahalah agar menjadi pengurus kepada tarbiyah.

Daripada sekadar menjadi pembaca, berusahalah menjadi penulis.

Daripada sekadar menjadi pendengar, berusahalah menjadi pembicara yang hebat.

Kerana tarbiyah ini tiadalah ertinya kalau saban tahun anda masih ditakuk yang lama.

Pemimpi Tegar – Maaf kalau anda tidak menjumpai isi-isi menarik dalam perkongsian ini. Sekali-sekala apa salahnya saya nak berjiwang di blog saya sendiri kan? Kalau bukan saya yang menulis, takkanlah anda pula yang menulis di blog saya. Heh.

Jangan jadi manusia yang suka hidup dengan zaman silam, kerana zaman silam adalah sejarah. Hari ini kita kena berjuang. JOM !

Sekian.
Pemimpi Tegar,
Ipoh, Perak.

Monday 25 June 2012

Manusia itu istimewa tahu?




Assalamualykum. 

InsyaAllah hari ni kita akan bincang sedikit mengenai manusia.

Ya. Manusia. Kerana anda adalah makhluk yang dinamakan manusia, dan saya sendiri adalah seorang manusia sekalipun gaya saya menaip di keyboard lebih laju dari anda. Heh.

Ok. Berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Manusia dalah makhluk yang sangat unik. Yang sangat istimewa diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini. Mengapa saya katakan begitu? Kerana pada hakikatnya tiada manusia yang hidup di bulan mahupun planet marikh. Err.

Di dalam Al-Quran banyak menyebut perihal manusia. Antara di dalam surah yang ke 32, Surah As-Sajadah ayat 7 :

‘’ Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah ‘’

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘’ Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk ‘’. (Al-Hijr 15:28).


Saudaraku,

Ada sebuah pepatah arab yang berbunyi, man arafa nafsah, faqod arafa Rabbah” yang maksudnya “barangsiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya.”

Allah s.w.t menciptakan manusia dengan tiga komponen. Yang mana mereka bertiga ini sangat berkait antara satu sama lain. Seumpama isi dengan kuku.

Di mana andai ketiga-tiga komponen ini tidak diberi permakanan dan perhatian yang sewajarnya, maka menbesarlah manusia tersebut menjadi manusia yang tidak sihat. Apatah lagi manu menjadi kacak bergaya seperti saya. Ehem.

Ok. Tiga komponen yang saya maksudkan adalah hati, akal dan jasad.


Dalam diri manusia itu ada seketul daging. Nyum nyum!

Rasulullah bersabda ‘’ Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah ! Itulah yang dikatakan hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim) -anda boleh merujuk matan arbain karangan imam nawawi.

Kalau kita merujuk kepada hadith di atas, kita akan mengetahui bahwa diantara ketiga-tiga komponen ini hatilah yang paling berperanan penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa. Oh. Dalam konteks ini kita mengatakan jatuh bangunnya seseorang manusia tersebut.

Makanan bagi hati adalah zikrullah. Mengingati Allah. Kerana itu dalam proses pentarbiyahan kita amatlah menekankan aspek penjagaan amal fardi (ada yang menyebutkan sebagai mutabaah amal).

Kita di seru agar manjaga solat berjemaah, bertilawah al-quran, membaca mathurat dan lain-lain. Malah sewaktu saya ditarbiyah oleh seorang engineer, dia menyarankan saya agar tidur di masjid setiap malam demi menjaga solat subuh berjemaah. Sungguh tegas anda wahai murabbiku. Tapi tapi dengan ketegasan beliaulah saya amat bersemangat untuk berada di jalan dakwah. Heh.

Tetapi terdapat segelintir manusia hanya menekankan aspek penjagaan hati dan rohani sahaja. Lalu ia hanya menyibukkan diri di masjid dan surau tanpa memikirkan anak kucing yang belum mandi dan juga itik yang sedang kelaparan disamping pakaian diampaian yang belum dijemur.

Malah lagi ekstrem lagi jadilah seperti paderi yang mengharamkan apa yang Allah halalkan !


Saya pandai tetapi saya..................

Komponen yang kedua itulah aqal. Yang mana makanan bagi aqal adalah ilmu. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al-Mulk, surah ke 67 ayat 10 yang berbunyi :

’ Dan mereka berkata, ‘’ Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni  neraka yang menyala-nyala ‘’ *gulp.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al Mujadilah : 11)



Saudaraku yang dikasihi Allah,

Ilmu andai tidak disandarkan kepada keimanan kepada Allah, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Terdapat segelintir dalam kalangan kita yang hanya mementingkan aspek penjagaan akal. Lalu ia begitu sibuk sehingga mengabaikan aspek penjagaan hati dan penjagaan kesihatan tubuh badannya.

Mereka study sehingga tidak menunaikan kewajipan sehingga mengabaikan hak-hak kepada Allah dan kepada manusia sekeliling.

Lalu lahirlah manusia-manusia yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi, tetapi mempunyai akhlak yang tidak mencerminkan ketinggian pelajaran.

Mereka terlibat dengan masalah sosial yang begitu meruncing. Ada yang terlibat dengan dadah, ada yang terlibat dengan penceraian, ada yang memukul anak dan mencederakan isteri. Bak kata sebuah video dari utara, ‘’ Hang pukui orang ni, hang pukui orang tu. Hang nak jadi gangster ?‘’

Malah yang lebih menyedihkan hati nurani saya (lucu sebenarnya. heh) adalah golongan pendidikan tinggi sebegini, yang mana bakal engineer, bakal doktor, bakal pakar motivasi disibukkan dengan cerita karton doremon dan shin shan. Wahai.

Benarlah seperti firman Allah, di dalam surah az-zumar, surah ke 39 ayat 9 : Katakanlah, ‘’ Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? ’’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima pelajaran.


Badang yang diperkotak-katikkan.

Cuba lihat kepada kisah badang. Walaupun dia seorang yang gagah, sihat, berotot dan perkasa, tetapi kerana tidak mendengar kata ibunya untuk pergi ke sekolah maka ia menjadi pemuda yang sering diperbodohkan dan mudah diperkudakan. *ini versi saya sendiri.  Ahah.


Begitulah kesannya apabila kita hanya menekankan aspek pembinaan jasad sahaja !

Lantas bagaimana kami mahu menangani problematika ini ?

Itulah beramal.

Ya. Makanan bagi jasad adalah amal. Seperti firman Allah di dalam surah At-taubah, surah ke 9 ayat ke 105 :

Dan katakanlah, ‘’ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin ‘’.

Saya berani mengatakan bahawa obesitinya seseorang bukanlah kerana dia kurang makan. Tetapi kerana dia kurang beramal. Hanya makan, makan dan makan, mana mungkin badannya sihat lagi bergaya ! 


Tetapi jangan pula menjadi seperti Badang yang hanya membina badan, tanpa mahu pergi ke sekolah. Kelak anda akan menjadi manusia yang mudah dipermainkan.

Jadi saudaraku, dengan ketiga-tiga komponen berharga ini Allah telah memberikan kepada kita satu amanah. Yang mana amanah itu tidak mampu dipikul oleh gunang-ganang dan makhluk lain. Tapi dipikul oleh kita.

Apakah amanah itu? Nantikan !

Pemimpi Tegar
Ipoh, Perak.

Sunday 24 June 2012

Mencari roh yang hilang.



Bismillahirrahmanirrahim.

Allah sangat Penyayang kan? Semalam kita buat mengumpat orang, semalam kita solat lewat waktu, semalam kita tengok movie yang mana dalam movie tu ada cium-cium. Semalam kita tinggikan suara dengan mak ayah kita.

Tapi Allah masih lagi bagi kita makan roti canai dengan teh o ais. Allah masih lagi bagi kita update blog dengan tulis status kat facebook. Allah masih lagi bagi kita mata untuk kita tengok alam ni.

Allah. Baiknya PenciptaKu. Jadi setiap kali kita teringat kita ni buat dosa, cepat-cepat ucapkan.

'' Ya Allah. Sorry, saya buat dosa lagi. ''.

Ok. Hari ni saya taknak share tentang nikmat-nikmat Allah. Cuma nak kongsikan satu kata-kata dari saya. Yang mana tengah mencari-cari roh yang hilang.

Aku rindu zaman ketika kita naik ktm berjam-jam untuk pergi halaqah di klang setiap minggu dan pulang hingga lewat petang.


Aku rindu zaman ketika aku menanges menelefon ikhwah kerana kejatuhan (haha).


Aku rindu ketika daurah menjadi satu kemestian dan sentiasa merindukan, bukan bebanan apatah lagi paksaan.


Aku rindu zaman ketika dakwah fardiah menjadi kewajipan, bukanlah perkara-perkara yang perlu selalu diingatkan.


Aku rindu zaman ketika aku diamanahkan untuk membawa halaqah di sebuah sekolah dikajang, dan BEB kehabisan minyak ditengah jalan.


Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah sanggup tidur di masjid demi menjaga amal fardi.


Aku rindu zaman ketika aku berulang alik ke Badar dan Zumar demi mencari bekalan.


Aku rindu zaman ketika nasyid jalan dakwah, tekad, dan semua lagu izzatul islam menjadi nasyid yang sentiasa dikumandangkan.


Aku rindu zaman ketika motor isang dijadikan tunggangan agar tidak ditapis dari jalan ini.


Aku rindu zaman itu...


Ya Rabb..


Jangan Kau buang kenikmatan berda'wah dari hati-hati kami..


Ya Robb..


Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da'wah ini.

Pemimpi Tegar
250612
Ipoh, Perak.
- semoga di Mesir kelak diberi kekuatan untuk bergerak tangkas dan bergaya. Heh.

Friday 22 June 2012

Merendahlah.



Kehidupan ini memang memenatkan. Kerana inilah medan untuk kita beramal. Dunia ini hanya ladang tempat kita bercucuk tanam. Ibarat seorang petani yang bercucuk tanam. Mungkin mampu untuk menuai hasil, mungkin saja hasil itu hanya akan diwarisi oleh anak-anaknnya.


Kadang-kadang dalam kepenatan dalam mengharungi kehidupan, aku rasa ada hembusan-hembusan kekuatan. Yang mana membuat aku kembali bangkit dari kegelisan, bangkit dari sifat berputus asa, dan terus menerus melakar sesuatu di atas kanvas kehidupan aku.


Tentu saja kekuatan itu datangnnya dari Allah, Pencipta kita semua. Tetapi bila aku fikir balik. Mungkin saja hembusan kekuatan itu datangnya daripada doa-doa mereka disekeliling aku.


Mungkin saja daripada ibu ayah kita, mungkin datang daripada mereka yang pernah mendengar perkongsian-perkongsian kita, mungkin juga ianya datangnya daripada anak didik kita, malah mungkin saja doa-doa daripada mereka yang kita sendiri tidak penat kenal. 


Dan perkara ini, sebenarnya tazkirah buat diri aku dan anda semua. Agar kita tidak mendabik diri, mengatakan kita super dan orang lain lemah. 



Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang;
Berkilau di pandang orang,
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi;

Janganlah seperti asap,
Yang mengangkat diri tinggi di langit,
Padahal dirinya rendah-hina.

(Almarhum KH Rahmat Abdullah)


Pepimpi Tegar 
Ipoh, Perak
- terima kasih kepada anda yang terus mendoakan agar aku kuat. Moga untung disana.

Wednesday 20 June 2012

Layakkah kita digelar pemuda ikhwan?


Siapakah pemuda Ikhwan?
















Oleh: Amer Shammakh

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan seolah-olah mereka adalah anggota sebuah pertubuhan politik kartun yang menentang kerajaan bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan ini untuk mendapatkan jawatan atau keuntungan materialistik.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai golongan yang hilang jati diri dan tertinggal, di mana para pemimpin menguasai mereka untuk kebaikan jamaah, mempergunakan mereka untuk menanggung beban, sanggup menerima serangan, manakala para pemimpin dalam kehidupan yang selesa, jauh dari sebarang bahaya dan konfrantasi dengan rejim penindas.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai peribadi mesin, yang tidak mempunyai akal mahupun deria. Mereka hanya mendengar dan taat kepada ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin mereka, ketaatan membuta tuli, tiada sebarang perbincangan mahupun perdebatan.

Musuh-musuh menggambarkan hubungan antara pemimpin dan pemuda, seolah-olah seperti hubungan konflik mereka yang tegang dengan kerajaan, sehingga konflik ini membawa kepada kebimbangan antara satu sama lain dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Musuh-musuh mengambil kesempatan mengkritik orang-orang muda yang menyayangi jamaah atau yang menyokongnya tetapi tidak mendapat tarbiyah yang baik dan cukup dalam asuhannya itu. Musuh-musuh menganggap ianya suatu permulaan dan pengakhiran di mana masa untuk Ikhwan tumbang akan berlaku tidak lama lagi di tangan orang-orang muda.

Apakah benar seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Ikhwan? 

Siapakah pemuda Ikhwan Muslimin?!

Saudara-saudari sekalian,

Pemuda Ikhwan adalah tulang belakang dan tonggak Jamaah. Mereka adalah pemimpin dan anggotanya. Mereka adalah orang-orang yang merancang, mengarah dan menjalankan. Mereka adalah orang yang membuat susulan, menilai aktiviti dan membetulkan kesilapan. 

Jikalau kita lihat secara teliti, kita dapati majoriti kepimpinan adalah dari golongan muda – kecuali Maktab Irsyad yang juga masih boleh dianggotai daripada kalangan orang muda. Mereka adalah ketua-ketua jawatankuasa, ahli parlimen, ketua-ketua daerah dan cawangan. Mereka juga anggota tertinggi parti, ahli-ahli sekretariat, ketua-ketua jawatankuasa dan ketua-ketua unit parti.

Saudara-saudari sekalian, 

Pemuda-pemuda Ikhwan adalah orang yang mengasaskan dakwah ini. Imam al-Banna sendiri umurnya ketika itu tidak melebihi 22 tahun. Manakala 6 orang yang turut sama menubuhkan Jamaah ini serta mengumumkan penubuhannya (pada tahun 1928) umur mereka ketika itu tidak lebih daripada 22 tahun. 

Namun, antara keistimewaan yang paling penting bagi Jamaah ini ialah: 

"Sambutan pemuda kepadanya, kesediaan untuk menolong dan menyokongnya" kata Imam Al-Banna. Inilah antara punca - selepas taufik daripada Allah SWT - kekuatan, ketulenan, dan kestabilan .. Oleh sebab itu, Jamaah ini merangkumi tiga bahagian penting yang khusus dalam tarbiyah dan pembinaan orang muda, iaitu: Unit Universiti, Unit sekolah rendah dan menengah dan unit kanak-kanak.

Saudara-saudari sekalian, 

Orang-orang muda adalah “rijal ummah” (pembela umat) yang bersifat rabbani (dekat dengan Tuhan) dan menghayati al-Quran, yang serius dan bersungguh-sungguh, yang tidak merasa lemah dengan ramainya musuh dan tidak gentar dengan kekuatan musuh. Mereka adalah “ruhban al-lail” (ahli ibadah di waktu malam) dan “fursan an-nahar” (pejuang-pejuang yang tangkas di waktu siang). Gerak tubuh mereka mengatakan:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. ( Al-Hasyr: 10),

Mereka tidak melakukan perkara kejahatan, tidak mengeluarkan percakapan yang keji. Mereka bersikap sabar dan belas kasihan, tulus ikhlas kepada Tuhan dengan tidak melakukan pekerjaan kerana seseorang dan tidak takut kepada sesiapa pun ketika berada di jalan Allah. 

Pada diri mereka terdapat tanda iman, bersemangat dan bekerja. Mereka bukanlah pendakwah yang malas atau lalai, dan bukan orang yang tenggelam dalam kesufian, bukan pendakwah yang memecah belahkan bangsa dan menanamkan perkauman sempit. 

Mereka adalah golongan pragmatik yang menyeru dari lapangan berkata-kata kepada lapangan bekerja. Mereka menjadikan dari hanya menyusun rancangan dan program kepada bidang perlaksanaan dan penilaian.

Saudara-saudari, 

Pemuda Jamaah sering menimbang antara akal dan emosi, material dan roh, pemerhatian dan bekerja, individu dan masyarakat, syura dan ketaatan, hak dan kewajipan, lama dan baru. 

Mereka bersederhana dalam pendirian tentang dakwah dan idea-idea yang lain. Mereka menikmati semangat yang baik dan jiwa yang besar.

Mereka adalah orang yang membawa dan menggerakkan dakwah Islam ke sekolah, universiti, kampung dan taman. Mereka adalah orang yang memimpin manusia ke masjid-masjid dan mempamerkan teladan ketulusan pendakwah dan kemurniaan dakwah. 

Mereka adalah orang yang membayar dengan harga yang sangat mahal apabila bersemuka dengan pemerintah zalim dan diktator. Mereka adalah orang yang memperjuangkan orang-orang yang ditindas dan melindungi Revolusi bulan Januari daripada kegagalan; di mana mereka dengan pantas sedia menjadi korban. maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka tidak mengubah apa yang mereka janjikan sedikitpun. 

Mereka adalah manusia dari generasi baru, yang memiliki jiwa yang lurus, yang hidup untuk merealisasikan fikrah, yang bekerja untuk mencapai matlamat dan yang berjuang demi keyakinan dan pegangan mereka.

Sifat-sifat ini bukan terhasil pada hari ini, tetapi pemuda-pemuda jamaah telah terhasil sejak penubuhannya. Di sini kami ingin memetik ungkapan daripada penulis terkenal Ihsan Abdul Quddus, yang disiarkan dalam majalah Rose al-Youssef (13 September 1945) yang menerangkan tentang pemuda Ikhwan pada masa itu. Beliau berkata:

"Mereka ini sama seperti pemuda moden. Mereka tidak jumud seperti yang pernah diagungkan oleh golongan agama dan pengikut mereka, tidak kedengaran dalam perbualan mereka mantra kosong yang kita digunakan untuk membuat sesuatu darinya, tetapi mereka adalah golongan realistik yang boleh bercakap dengan anda tentang kehidupan dan tidak bercakap tentang kematian. Hati mereka ke langit, tetapi kaki mereka menjejak di atas bumi. Mereka sentiasa berusaha menyelesaikan, membincangkan masalah kehidupan, merasai suka dan duka. Kadang-kadang kita boleh mendengar di kalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata lucu dan ada pula yang boleh membicarakan soal-soal ekonomi, undang-undang, kejuruteraan, dan perubatan."

Sesungguhnya orang yang jauh dan dekat telah mengetahui tentang tahap kekuatan ikatan yang mengikat anggota Ikhwan antara satu sama lain. 

Imam dan pengasas mereka telah menjadikan ukhuwwah (persaudaraan) sebagai salah satu rukun Baiah yang sepuluh. 

Oleh sebab itu, pemuda Ikhwan adalah orang yang sangat mengambil berat Jamaah mereka dan orang yang paling  menyayangi guru-guru dan pemimpin mereka.


Monday 18 June 2012

Aku rindukan persaudaraan.



Persaudaraan yang aku maksudkan ialah hati-hati dn roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah. 

Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.

Persaudaraan adalah saudara kandung kepada iman dan perpecahan adalah saudara kufur. 

Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan.

 Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. 

Kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain 

- Imam Hassan Albanna -


Aku rindukan persaudaraan.

Pemimpi Tegar
Taiping, Perak

Friday 15 June 2012

Aku hilang tsiqah.



Ah. Kadang-kadang saya hairan melihat segelintir mutarabbi. Yang mana begitu mudah menyatakan hilangnya tsiqah pada murabbinya hanya kerana sifat-sifat manusiawi yang berada pada murabbi tersebut.. (sayapun macam tu jugak dulu. heh)

Cuba la fikir. Suatu hari nanti kita juga akan jadi murabbi. Kita menjadi ayah kepada anak-anak kita yang comel dan gebu. Tidak mahu tidak, suatu hari kelak mesti kita akan menjadi orang yang berada di atas, dan akan ada orang bawahan kita sendiri.

Kelak kita akan menjadi 'someone' kepada manusia-manusia disekeliling kita. Benar bukan?

Tidak kiralah suatu hari kelak anda akan menjadi pemimpin negara, pemimpin sekolah, mahupun pemimpin kepada keluarga hatta kepada diri anda sendiri. Pokoknya kita semua akan menjadi seorang murabbi.

Kadang-kadang saya hairan menghadapi kerenah manusia begini. Kalau kita katakan begitu saatnya kita tidak pernah terlibat dalam tarbiyah ini, tidak apa. Ataupun kita masih lagi baru-baru dalam tarbiyah ni. *sila jangan perasan anda masih baru dalam tarbiyah ni.

Tetapi yang buat saya rasa ketok kepala  terkilan sebab benda-benda tu diucapkan oleh orang yang dah lama ada dalam tarbiyah ni. Kadang-kadang saya tengok, orang yang tak ikut tarbiyah lagi faham benda ni. Yela, ikhwah pun kan manusia~

Saudaraku,

Kita berhak untuk jatuh tsiqah kepada seseorang pimpinan itu saatnya dia melakukan dosa-dosa besar.

Ya. Kita layak untuk jatuh tsiqah tatkala kondisinya begitu. Tetapi andai saja kita memahami bahawa dia juga seorang manusia, pasti kita akan membantu dan mendoakan agar dia kembali kepada Allah.

Tetapi saya sangat tak setuju kalau anda jatuh tsiqah kerana sifat-sifat manusiawi yang ada pada dirinya. Sebagai contoh, masa dia tengah bawak kereta dia terkeluarkan angin dari seluarnya (baca : kentut). Atau dia menguap ketika solat.

Dia menyanyi masa tengah masak sampai melolong-lolong. Tau la suara tu sedap. Heh. Dia ketawa sampai keluar suaranya yang nyaring tu. Anda terlihat dia melompat sambil terkangkang kakinya kerana gembiranya dia dapat anak yang baru.

pernah lihat murabbi anda lompat begini? 

Mungkin juga anda melihat dia kelihatan letih masa mengendalikan halaqah.

Yang paling saya hairan, bila ada seorang mutarabbi pernah berkata, '' ana jatuh tsiqah dengan murabbi yang datang daurah pakai kain pelikat. =_+

Karang panjang-panjang nanti anda tak larat nak baca. Jadi kepada mutarabbi sebegini, anda cubalah ketok-ketok minda anda agar menjadi seorang yang bersifat manusiawi. Cubalah menjadi seorang mutarabbi yang memahami kondisi murabbinya. Saatnya dia kepenatan, dia masih lagi sudi luangkan masa untuk bersama kita.

Dan mungkin suatu hari bila anda berada dikondisinya, anda akan lebih memahami. tetapi di saat itu mungkin telah terlewat kerana mutarabbi anda juga akan berperwatakan seperti anda.

Pemimpi Tegar
Ipoh, Perak.
- akan belajar dan terus belajar

Monday 11 June 2012

Cemburu itu membina, bukan meruntuhkan.





Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang terus memberi banyak nikmat, tatkala kita selalu mengkufuri nikmatnya. Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini. Kalaulah Allah berikan kepada kita kekuatan untuk keluar dari galaksi bima sakti, pasti kita akan merasai betapa kerdilnya diri kita. Hatta hakikatnya apalah nilai diri kita di sisi Allah.


Selawat dan salam kepada Rasulullah, dan para sahabat kerana kesungguhan baginda, hari ni kita masih lagi dalam merasai hidup dalam tarbiyah dan dakwah.




Cemburu kepada Islam. 


Tarbiyah yang aku fahami dan yakini, sesungguhnya akan menghasilkan pemuda pemudi yang mempunyai rasa cemburu.


Sungguh aku cemburu kerana hari ini Islam masih belum menjadi rujukan kepada alam ini.


Aku cemburu kerana saban hari islam terus ditindas dan terus ditindas tapi kita tak punya kekuatan untuk melawan balik.


Aku cemburu melihat saudari-saudari aku yang diperkosa tanpa ada belas kasihan oleh hizbuzsyaitan laknatullah.


Aku cemburu melihat para suami yang gila akibat tidak tahan melihat isterinya dinodai kehormatannya.


Allah. *air mata menitik laju*




Cemburu kepada jahiliyah.


Hari ni aku begitu cemburu. 


Aku cemburu melihat betapa tersusunnya jahiliyah dalam perancangan-perancangan mereka. Sehinggakan tempiasnya bukan hanya pada diri kita, tetapi kepada ibu ayah kita, kepada adik beradik kita, kepada sepupu-sepupu kita, malah mungkin akan memberi kesan kepada generasi anak cucu kita kelak.


Kadang-kadang tanpa kita sedari, diri kita juga turut terperangkan dalam perancangan jahiliyah, dengan memberi alasan bertopengkan islam. 




Cemburu kepada para ikhwah 


Aku cemburu. 


Sungguh aku cemburu dengan para ikhwah yang sangat bersungguh-sungguh dalam tarbiyah mereka. Sanggup tidur di masjid untuk menjaga subuh mereka. Sanggup menahan rasa mengantuk untuk habiskan tilawah mereka. Sanggup habiskan duit, luangkan masa, tenaga semata-mata untuk dakwah ini.


Sehinggakan bila aku melihat mereka, pasti aku akan mengatakan pada diri aku. 


'' Ya Allah, kuatnya mereka dalam membina diri mereka dan membina rijal buat ummah ini. Hebatnya mereka dalam membina lapisan-lapisan murabbi buat ummah ini.''


Dan aku yakin, apabila kalian melihat mereka dalam membina mutarabbi mereka, pasti kalian akan mempersoalkan, '' dia ni tak kenal ke penat tu apa? '' T___T,


Tarbiyah ini mengajar aku satu hakikat.


Tarbiyah ini bukan mengajar aku agar cemburu kosong. Tapi ia mengajar aku agar cemburu itu disalurkan dengan jalan yang sihat. 


Cemburu yang perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita adalah cemburu yang membina, bukanlah cemburu yang meruntuhkan.


Lalu bagaimana caranya ?


Caranya adalah dengan kita sendiri perlu melakukan. 


Ya. Kita perlu lakukan. Dan kita memang perlu lakukan ! Apa yang kita cemburukan kepada orang lain, kita perlua melakukan agar kita dapat menjadi seperti mereka.


Bukanlah saatnya kia cemburu dengan satu-satu tanzim, maka kita pergi meruntuhkannya dengan menjaja keburukan dan kebodohan mereka ke sana sini. 


Tapi caranya adalah dengan bersungguhnya kita siang dan malam dalam membina tanzim kita. Fikirkan bagaimana caranya, dan terus bekerja bagi mengukuhkan tanzim kita. Agar tanzim kita lebih mantap. Lakukan !


Tarbiyah ini tidak mengajar aku tatkala aku cemburukan seorang ikhwah dengan mantapnya dia dalam dakwah, maka aku pergi mencari-cari kesalahannya agar dia jatuh. 


Kenapa perlu perbodohkan diri sendiri mencari-cari kesalahannya? Mengapa begitu tega kita mahu meruntuhkan akh kita sendiri? 


Tetapi tarbiyah ini mengajar aku agar cemburunya aku pada ikhwah tersebut, mendoronga aku untuk membuat perubahan pada diri aku. Perhebatkan tarbiyah dzatiyah. Perhebatkan gerak kerja dakwah.


Tatkala aku begitu membenci seseorang kerana akhlaknya, tarbiyah ini tidak mengajar aku agar pergi memaki hamun dia. Pergi menjaja keburukan dia ke sana ke sini.Tetapi mengajar aku agar aku memberikan buah setelah diberikan batu. 




Kesimpulan : Kita memang perlu cemburu, tapi bukan cemburu kosong.


Tarbiyah ini bermula dari kehendak diri kita untuk menjadi lebih baik. Malah bukankah slogan yang sering kita laung-laungkan adalah , '' hari ini aku harus lebih baik dari semalam. ''


Saudaraku,


Apalah beza kita dengan mereka, tatkala kita mengatakan mereka bodoh, tetapi kita juga mengikut kebodohan mereka?


Apakah bezanya kita dengan mereka, tatkala mereka melemparkan batu kepada kita, lalu kita melemparkan kembali batu kepada mereka.


Kita mengajak manusia atas dasar cinta. Maka cintailah manusia disekelilingmu.


Islam mengajar aku agar menyalakan lilin, bukan memarahi kegelapan. 


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang tersusun, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ As-Saff : ayat 4 ]


Pemimpi Tegar.
120612
Ipoh, Perak.

Kerja masih banyak. Jalan masih panjang.




Terlalu banyak perkara lain yang perlu kita utamakan. Terlalu banyak kerja yang kita kena selesaikan. Terlalu banyak jiwa-jiwa yang kita perlu santuni.

Dakwah ini tidak memerlukan kita. Tetapi kitalah yang memerlukan dakwah. Jangan sampai bermain-mainnya kita dijalan dakwah ini, membuat Allah menggantikan kita dengan orang lain.

Sedangkan kita begitu menginginkan agar dimasukkan ke dalam syurganya.

Masanya akan tiba, semoga Allah menyatukan.

Optimislah. Kamu pasti akan bahagia.

InsyaAllah. :)

Sunday 10 June 2012

Bila amal itu untuk manusia.



Hidup ini terlalu singkat untuk kita bermaksiat kepada Allah. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan melakukan perkara jahiliyah. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bercita-cita dengan cita-cita seorang kanak-kanak.


Apalah ertinya hidup kita tatkala kita melakukan sesuatu kerana manusia? Yang mana akan menyebabkan seringkali kita berasa kecewa. Kerana pada hakikatnya manusia itu sendiri memang tidak tahu atau buat-buat tak tahu menghargai manusia.


Saudaraku, upakah kita kepada firman Allah?


"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih '' [Surah Al-Insaan 76: 10]


Apa yang kita lakukan dalam hidup kita, cubalah berusaha sungguh-sungguh agar kita melakukan kerana Allah semata-mata. 


Dan jangan ! Jangan sesekali mengharap agar manusia berterima kasih kepada kita. 


Kerana kita akan penat dengan menunggu ucapan terima kasih itu.


Saudaraku, 


Hidup ini jangan selalu mengharap pandangan manusia. Jangan terlalu menghiraukan pandangan-pandangan insan di sekeliling. Teruslah berjalan, berlari, hatta merangkak sekalipun dalam melaksanakan semua impian-impian kita. Semua impian-impian yang kita imani.


Ya ! saya katakan ia adalah impian kita. Kerana kita amat mengharapkan agar islam ini menjadi rujukan kepada alam. Dan akhi kita adalah golongan yang bekerja ke arah itu.


Jom beramal kerana  Pencipta.


Pemimpi Tegar
110612
Ipoh, Perak



Thursday 7 June 2012

Kita ni hiasan dunia je.


macam ni la agaknya kita. 


'' Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan ''
(al-Kahfi 18 : ayat 46)

Harta dan anak-anak ni hiasan dunia je. Kita ni hiasan dunia je tahu? Ala, macam kereta, basikal, henpon, ipad, laptop, cincin emas warisanan nenek terchenta, kucing yang gebu, dan lain-lain.

Jadi nak jadi lebih baik tak? Nak pahala dan ganjaran lebih baik tak? Maka buatlah amalan kebajikan terus-menerus saaampai mati ! 

Aku yakin anda semua adalah anak kepada ibu dan bapa anda. Dan ibu dan bapa anda adalah anak kepada datuk dan nenek anda. Maka kita semua adalah anak. Jadi jangan perasan ayat ni tak ditujukan kepada kita tahu? 

Aku juga yakin bahawa kita semua ada harta. Jangan la tipu saya, anda menghadap laptop, pc, henpon 3310 dan ipad semua tu kan harta? Yela2. Saya tahu anda cuma ada selipar jepun. Harta jugak kan? Jom !

# Tadabbur al-Kahfi 18 : 46. 
# Boleh juga tadabbur al-Engineer.
# Jemput habiskan surah al-Kahfi.

Sekian,
Pemimpi Tegar
080612
Ipoh, Perak.


Wednesday 6 June 2012

Saya tak banyak harta.



Kita tidak akan mampu melapangkan manusia dengan harta kita.

Maka lapangkanlah mereka dengan cerianya wajah kita dan ketinggian akhlak kita.


Saya suka orang senyum. JOM senyum ! ^_^,


Monday 4 June 2012

Jangan takut untuk menyampaikan.






Pernah suatu ketika saya begitu takut untuk menyampaikan Islam ini kepada semua orang. Terutama kepada rakan sekelas, rakan sekuliah, kepada adik beradik dan kepada sepupu saya.

Kerana saya selalu dibayangi bahawa mereka akan menjauhi bila saya menyampaikan Islam ini kepada mereka.

Kadang-kadang apabila mereka bertanya, barulah saya akan berkongsi. Tapi masih dalam batas-batas untuk menjaga hati mereka.

Mengapa perlu begitu duhai diri?

Bila saya muhasabah kembali, sebenarnya atas dasar apa perlu kita menyekat diri kita untuk menyampaikan? 


Sekadar tanggapan-tanggapan yang entah benar entah tidak.

Mengapa perlu ada tanggapan-tanggapan bahawa mereka akan menjauhi, mereka akan hilang rasa suka untuk bersembang dengan kita, dan semua tanggapan-tanggapan negetif?

Dan saya amat meyakini, ramai antara kita merasai apa yang saya rasai. 

Mengalami peristiwa ini, seperti yang saya alami.


Benar bukan?

Mengapa persoalan-persoalan itu sering kita wujudkan ya?




Hati mereka bukan milik kita.

Akhi,

Sejauh mana hakikatnya pengetahuan kita mengenai hati mereka? Sejauh mana kita meyakini, bahawa mereka tidak akan tersentuh sedikit pun dengan penyampaian dan perkongsian dari kita?

Bila kembali muhasabah, mahu saja saya kembali ke beberapa tahun lepas. Ketika masih berada di bangku IPT, Malaysia. Ingin rasanya berkongsi dengan semua teman-teman sekuliah mengenai Islam yang saya fahami.

Mengenai dakwah kita !

Mengenai tarbiyah kita !

Dan dan mengenai keindahan Islam yang kita rasai.

Mengapa tergamak untuk tidak berkongsi, sedangkan mereka begitu rapat dengan kita. Ikatan hati itu telah sedia terjalin, malah di setiap persoalan yang mereka hadapi, kitalah orang yang akan mereka rujuk. Betapa ruginya bila kita persiakan peluang yang Allah bukakan untuk kita.

Sedihnya~


Jangan menutup peluang mereka.

Akhi, jangan begitu akhi.

Jangan sesekali kita menutup peluang untuk meraka berubah ! 

Jangan sesekali kita menutup ruang untuk mereka mengenal Allah. 

Untuk mereka merasa izzah dengan agama mereka. Jangan kita tutup peluang kepada mereka untuk mereka di sapa oleh hidayah Allah !

Hanya kerana kita takut untuk menyampaikan.

Hanya kerana sangka-sangkaan negetif kita terhadap mereka.


Kenapa kita perlu sampaikan kepada mereka dengan perasaan positif dan terbuka?


Kerana kita tidak tahu. Faham ke? Heh.


Kerana kita tidak tahu bagaimanakah penerimaan mereka terhadap apa yang kita sampaikan, maka kita perlu menyampaikan. 


Kerana kita tidak tahu, bagaimana kesannya bila mereka mendengar penyampaikan kita.


Saya tidak bermaksud bahawa penyampaian itu perlu duduk ramai-ramai, buka majlis, err gaya-gaya tazkirah umum begitu. Tapi apa yang saya maksudkan dengan menyampaikan adalah bila kita lepak-lepak dengan mereka, bila kita makan-makan dengan mereka, dan bila mereka bertanyakan sesuatu kepada kita.


Dan lepas kamu dah sampaikan tu, kalau agak-agak kena baling batu, tukar la teknik baru ye. Heh.


Dakwah ni try and error. Jalan je. :)


Dia pemberi hidayah, bukan kita.

Yang memberikan hidayah tu adalah Allah, bukan kita. Maka janganlah kita menutup ruang-ruang untuk hatinya disapa oleh hidayah Allah.

Dan perkara ini tidaklah cukup sekadar disampaikan menggunakan peribadi-peribadi kita saja. Tidak cukup sekadar disampaikan dengan qudwah kita sahaja.


Kita perlu bercakap, perkongsian, sembang-sembang dan seangkatannya dengannya.

Ya. Aku tidak tahu, kerana itu aku menyampaikan.

p/s : Dakwah tu mudah. Takwin tu je yang susah sikit. Heh.


Sekian,
Pemimpi Tegar
05 Jun 2012
Ipoh, Perak.