Tuesday 17 April 2012

Muslim sejati.




Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah kitab terbuka yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah dakwah yang bergerak.


 -Imam As-Syahid Hassan al-Banna


Monday 16 April 2012

Belajar dari kesungguhan kura-kura.





Pernah beberapa kali aku rasa down sangat (menyerah kalah) bila tengok kawan-kawan yang semakin hari semakin jauh meninggalkan aku Semakin hari semakin banyak kejayaan yang diraih oleh mereka. Kejayaan-kejayaan yang mampu perhebatkan lagi dakwah mereka. Terasa sangat diri ni jauh tinggal di belakang.

Bila tengok ada yang dah tinggal 2 tahun je nak habis degree. Ada yang dah mula buat master. Ada yang dah jadi penyampai yang hebat, yang mana menyentuh hati-hati manusia dan membuat manusia sekeliling ingin bersama dalam gerabak dakwah. Ada yang menjadi penulis dan ramai sangat lagi yang berjaya menempa kejayaan dalam hidup mereka saban hari membuat akusedih sendirian. 


Seringkali hidup aku diisi dengan tidur yang berpanjangan kerana kekecewaan yang panjang. Pandangan-pandangan manusia di sekeliling aku dan desakan-desakan dari ibu ayah dan adik beradik membuat aku rasa saya tewas. Oh. 


Yelah, umur dah awal 20-an, tapi macam takda apa-apa pun. Rasa macam dah 20 tahun masa di buang macam tu je. Aku faham mengapa mereka mendesak begitu, tidak lain adalah agar di hari tua kelak aku mampu menyara mereka kembali. *ehem*. Tidak lain tidak, kerana mereka mahu aku berjaya seperti orang lain.


Hingga satu hari bila aku fikir-fikir balik, ternyata ada hikmahnya kenapa Allah susun hidup saya macam ni. Ofkos la setiap apa yang Allah susun tu ada hikmah kan? Tapi untuk apa yang berlaku pada aku ni, aku dapat satu ibrah (pengajaran) yang saaaangat hebat !


Allah susunkan aku gagal dari form 1 hingga form 5. 


Aku gagal dalam alam IPT. ( sekarang menunggu-nunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang baru.)


Boleh kata semuaaaanya ada hikmah ! Dan Allah izin satu hari nanti impian aku tercapai, aku akan ceritakan kepada kalian apa hikmahnya.. :D



Sang kura-kura dan sang arnab.


Aku yakin ramai yang tau cerita arnab dan sang kura-kura ni kan? Secara ringkasnya ia adalah kisah perlumbaan sang arnab dengan kura-kura. Yang mana sang kura-kura dicabar oleh sang arnab, dan di pengakhirannya perlumbaan dimenangi oleh sang kura-kura. 


Ketika aku fikir-fikir balik kehidupan aku yang tak nampak pokok pangkal ni kan, Allah izin terlintas difikiran aku mengenai cerita ini.


Sang kura-kura ni, dia bagi pengajaran yang sangat hebat dalam hidup aku dan untuk hidup kalian juga semestinya. 


Yang mana dia telah buktikan, sikap konsisten dia akhirnya mampu membuat dia berjaya.


Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita rasa kita dah terlambat kan? Kita rasa kita dah jauh ketinggalan.


Betul kan?


Bila tengok kawan-kawan yang seusia kita pergi oversea (serius ni aku sangat jeles!), ada yang dah jadi penulis, ada yang dah jadi penyampai yang hebat, dan mereka mampu mencipta baaaaanyak sangat kejayaan membuat kita rasa kita dah terlambat. 


Kita rasa kita telah tewas kepada mereka !


Kalau kita kaitkan dengan cerita tu, kita boleh kata kawan-kawan kita yang dah kedepan ni sama lah macam sang arnab. Banyak sangat kelebihan mereka berbanding diri kita yang baru terkial-kial ni. Kita? Aku sorang je kot~


Kita pula umpama sang kura-kura yang mempunyai kekurangan dari segi kepantasan dan..dan..kalau tengok dalam perlawanan ni, boleh kata sang kura-kura ni mesti kalah la kan?


Tapi kita tengok, betapa optimisnya sang kura-kura, walaupun dia tau sang arnab ni banyak kelebihan, dia tetap juga menyahut cabaran sang arnab. 


Walaupun dia sedar dia akan ketinggalan, dan mungkin akan kalah, tapi dia tetap berjalan-berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya dia menang.


Padan muka sang arnab. Sapa suruh tido masa belumba! Wahaha.. 




gambar ini tiada kaitan tahu? 


Saudaraku,


Begitulah kehidupan ini mengajar kita. Agar jangan tidur ketika tengah lumba lari. Eh.


Kehidupan ini mengajar kita agar jangan mudah putus asa. Meskipun kita rasa kita tewas. Meskipun kita rasa kawan-kawan kita kedepan dalam banyak aspek, berusahalah agar terus mengekalkan momentum optimis. 


Walaupun kita rasa kita terlewat, teruslah merangka strategi agar 10-20 tahun lagi dan paling utama di akhirat kelak kita mampu menjadi lebih kehadapan berbanding mereka.


Kerana walaupun pada hari ini mereka berada di hadapan, mungkin ada saatnya mereka tertidur seperti sang arnab.


Jangan putus asa. Yakinlah, masa depanmu pasti kan bersinar.




Kesimpulannya : Jangan tidur ketika berlari


Jangan mudah putus asa, teruslah merangka strategi untuk membina kehidupan anda.


Dan ingat, kejayaan hakiki adalah saatnya kita melangkah ke syurga.


Jangan ukur diri kita dengan orang lain, walaupaun orang lain boleh jadi motivasi untuk kita berjaya.


#sungguh dalam cerita sang arnab dan sang kura-kura bnyak ibrahnya. Maka 
nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan?



Thursday 12 April 2012

Teruslah mentarbiyah diri.







"Bila penggiat DOTA sanggup untuk habiskan 24 jam untuk berlatih DOTANYA,


Bila ulat-ulat buku sanggup untuk tidak tidur malam demi menghabiskan wirid mereka,

Bila penggemar-penggemar porn di satu tempat di UPM sanggup mengambil risiko, untuk menonton porn mereka secara berjemaah,

Bila kaki-kaki perempuan sanggup menghabiskan gaji bulanan untuk mendapatkan keseronokan bersama awek-awek mereka,

Mengapa kita masih ragu-ragu untuk bersungguh-sungguh mentarbiyyah diri?


Untuk mentarbiyyah ahli?


Tidak cukupkah izzah dan himmah di hati?


Tidak cukupkah janji kemenangan yang pasti?


Tidak cukupkah syurga dan bidadari yang menanti?"

- Prof Muhammad Hussaini Khairudin.


Wednesday 11 April 2012

Rumah ikhwah 2.0



Alhamdulillah. Moga Allah masih memberikan kepada kita kekuatan dalam menempuhi kehidupan seharian.


Pada minggu lepas saya telah menceritakan mengenai dua prinsip dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di rumah ikhwah. Jadi insyaAllah pada minggu ni saya akan kongsikan sebanyak mengenai prinsip tersebut.


Sila ambil posisi yang santai dan bergaya. Heh.




Mengenai prinsip.


Prinsip ini bukan hanya untuk diaplikasi di rumah ikhwah saja tahu? Tapi dalam seluruh aspek kehidupan kita. Tak kira anda di rumah sendiri, di sekolah, di pejabat, di tandas awam sekalipun. Ehem.

Bahasa mudah bagi prinsip ini adalah, banyakkan memberi, kurangkan mengharap. Selaras dengan firman Allah di dalam surah al-Insan, surah ke 76 ayat 9.


'' Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah intuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. ''


Faham ke? 


Macam ni lah. Mari saya jelaskan kepada anda. 


Ok. Contohnya begini.


Bila anda melihat rumah ikhwah atau satu-satu tempat tu bersepah yang amat, malah suasana dalam rumah tu pula sangatlah hampeh maka anda perlua lakukan perubahan dengan diri anda dahulu.


Mulakan sekarang !

Bila anda sampai je rumah ikhwah. Beri salam dengan suara yang sangat merdu (walaupun suara anda sangatlah tidak merdu) dan dengan penuh kecintaan. Kalau boleh bagi salam tu sampai rasa nak nanges je. Bagi menggambarkan kecintaan kita yang aaaaaamat mendalam kepada ikhwah sehingga membuat kita terharu tatkala mengucapkan '' salam sejahtera ke atas kamu ya akhi''.


Jangan la bagi salam sambil fikir, '' kejap lagi aku nak online, tengok cerita korea, baca mangga sambil pekena teh tarik dan minuman jus ''. Sungguh kurang asam tahu? Heh.


Stop ! 


Sebelum masuk rumah pastikan anda menyusun selipar anda dengan penuh teratur. Sambil memandang ke dalam rumah, lemparkanlah selipar senyuman anda kepada ikhwah dengan penuh kasih sayang. Letakkan barangan anda dengan teratur.


Dan dan paling penting, bawaklah buah tangan. Ehem.


Ok ok. Saya tahu anda sangat kecewa tatkala masuknya anda ke rumah ikhwah, sambutan mereka sangat hampeh. Dah la hampeh, relex je online sambil mengunyah keropok dan memainkan jari di pusat. 


Tapi apakata dengan kecewanya kita tu, kita pergi ke arah ikhwah sambil tampar bahunya. Kemudian belai bahunya sambil katakan padanya, '' akhi, neraka tu panas. Sekali anta masuk mesti tercabut segala isi kulit anta. Jom la semayang dhuha sama-sama. Moga mampu mengantar kita ke syurga. Ewah.

Hidupkan pula rumah tersebut dengan gemersiknya suara melantunkan ayat al-quran. Ikhwah usha pelik? Berimanlah kepada Allah. 


Dan akhi, kalau ada apa-apa yang anda tak puas hati maka ringan tangan untuk mengemas. Janganlah dalam hati kita merungut dan memarahi mereka dengan sesungguh-sungguhnya.

Yelah. Kita ni kan suka berleter. Kebiasaannya kalau tengok rumah sepah, kita ni banyak berleter dari mengemas. 


Berleter itu penat tahu?

Buat apa penat-penat buang tenaga berleter? 

Tengok rumah sepah, kemaslah. 

Tengok kehangatan ukhwah tak wujud, hidupkanlah. 

Selipar tak reti-reti bersusun, susunkanlah.

Ada pula memang spesis tak paham bahasa lepas makan kena basuh, tunjukkan contoh, basuhkanlah. 

Mudah bukan? 

Saya kata ini bukan teori tahu? Apa yang saya katakan telah saya usaha amalkan dan alhamdulillah ada perubahannya. Kalau suatu hari anda tengok saya telah tersasar dari fikrah saya, maka tolong tegur ye. Tampar-tampar je pipi  hati saya dengan ayat-ayat Allah.



Apa kebaikan yang kita dapat?

  1. Tak perlu buang masa berleter
  2. Tak perlu buang tenaga untuk stress bila kita tegur orang lain, ada yang buat tak tau je.
  3. Peluang untuk beramal.

Menarik bukan? 



Kesimpulan : Iman. Itulah pendorongnya.

Bila kita beriman dengan adanya syurga. Bila kita beriman dengan adanya pahala. Kita akan sentiasa termotivasi untuk beramal.

Biarpun  manusia tidak menghargai kita. Biarpun jiwa kita terluka dengan sikap mereka, yakinlah ada pahala disisiNya.

hakikatnya mereka yang malas-malas itu adalah anasir yang dihantar oleh Allah kepada kita untuk memberi peluang kepada kita untuk beramal.

Persoalannya, di mana kita harus meletakkan diri kita? Di posisi mereka yang malas-malas atau di posisi mereka yang rajin-rajin.

Pemimpi Tegar. - yang mengingatkan sudah pasti tidak sempurna.

Friday 6 April 2012

Bila cerita tentang rumah ikhwah.






Baru-baru ni ada ikhwah buat curhat (curahan hati) kepada saya. Dia ceritakan kepada saya mengenai sebuah rumah ikhwah ni Mesir yg sangat best. Segala-galanya best !


Ah. Kadangkala susah juga saya mahu hidup dengan manusia ideal begini, tapi nak buat macam mana. Dia pun manusia kan? 


Katanya bila masuk rumah tu kita akan rasa sangat rohnya. 


Semua ikhwah akan menyambut kita dengan muka ceria, dengan pelukan yang erat. Kebersihannya sangat terjaga. Rumah itu memang sangat-sangat terisi dengan program-program Islami. Semua penghuni rumah itu saaangat menjaga amal fardi. 


Mudah kata kalau anda masuk ke dalam rumah tu, keluar-keluar mesti rasa nak terbang ! Dan..dan anda akan rasa nak taaaangkap je semua org dan ajak masuk dalam rumah tu ! Huh.


Begitulah cerita ikhwah tersebut kepada saya disaat dia sendiri masih belum pernah sampai ke Mesir~


Kemudian dia mula membandingkan dengan beberapa rumah ikhwah di Malaysia. Sambil buat muka tak puas hati, dia meneruskan ceritanya.


'' Ana cukup tak puas hati dengan beberapa rumah ikhwah di Malaysia. Tak kiralah RI (rumah ikhwah) Uhud ke, Futaih ke, marZu ke, Qutb ke, apa ke, kebanyakannya yang ana tengok sama je.


Bila masuk rumah tu, mesti sambutannya tak hangat lansung. Ikhwah sibuk dengan laptop masing-masing, sibuk dengan sembang sesama mereka, sampai kadang-kadang ana rasa macam alien pulak bila masuk rumah mereka. Ana tak rasa lansung kehangatan ukhwah tu. 


Kadang-kadang tu ada juga rumah yang tak terjaga kebersihan dan kekemasan. Bila sampai je kat RI, kasut dan selipar tak bersusun, ruang tamu macam tongkang pecah. Bilik aptah lagi ! 


Bila ana masuk dapur dan bilik air akhi, sebak ana rasa. Inikah nilai tarbiyah kita selama ni? Inikah apa yang kita canang-canagkan selama ni? ''


*Saya hanya senyum sambil menyedut tea o ais yang masih bersisa dalam cawan* ^_^, Comel bukan? Hihi.



*********


Mahukah rumah ikhwah seperti ini?


Para pembaca yang saya kasihi sekalian,

 Lazimnya dalam kehidupan kita, kita selalu menyalahkan orang lain tatkala berlaku sesuatu masalah. Kita selalu akan nampak kesalahan orang, sedangkan jarang-jarang kita melihat kepada diri kita.

Di saat kita melihat rumah yang kita duduki tidak seperti yang kita harapkan, tak kiralah rumah ikhwah ke, rumah akhwat ke, hatta rumah anda sendiri pun. Maka apa peranan kita sebenarnya dalam menghadapi masalah tersebut?

Saya tak salahkan ikhwah yang membuat curhat kepada saya tu. Sebabnya saya pun penah rasa apa yang dia rasa. Zaman-zaman merasakan manusia ni jamaah malaikat.

*hati mula sebak. banyaknya dosa dgn ikhwah*

Sepatutnya apabila kita menghadapi satu-satu masalah, kita kena tuding semuaaaaaaaa jari pada diri kita, dan tanyakan dengan sunguh-sungguh pada diri kita,

Apa peranan aku?! Apa peranan aku?! Apa peranan aku?!

Sila jangan jerit di khalayak ramai. Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan yang akan anda hadapi.


Sidang pembaca yang saya sayangi,

Suka untuk saya kongsikan satu prinsip kepada anda semua dalam kita memandang masalah sebegini. 

Prinsip yang saya rasakan, sangat membantu saya dalam memandang kehidupan ini.

Yang pertama : Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi kepada orang lain.


Yang kedua : Kita mesti berikan yang terbaik.


Nak tau lebih lanjut tentang prinsip ni? Nantikan episod akan datang ! Rumah ikhwah 2.0