Monday 16 July 2012

Ini kerana cinta !





Aku membesar dalam tarbiyah ini dengan melihat sendiri bagaimana kesungguhan murabbi aku dalam membesarkan aku. Daripada aku hanya reti bertatih, dan Alhamdulillah kini aku mampu berlari walaupun masih tidak selaju ikhwah yang lain.

Kadang-kadang aku hairan. Hairan mengapa mereka ini sanggup menghabiskan masa mereka, tenaga, duit poket, semata-mata untuk membesarkan kami dalam tarbiyah ini.

Sedangkan apa yang mereka dapat daripada kami untuk melayan kami di awal tarbiyah dulu adalah ‘’ sori ye akhi, minggu ni ana macam malas nak datang usrah’’. Haha. Tapi itu cerita 2 tahun lepas ye. Hihi.

Aku membesar dalam tarbiyah ini bukan saja dengan cerita-cerita ikhwah Indonesia akan kesungguhan mereka dalam dakwah. Tetapi saat sang murabbi menceritakan kepada aku kesungguhan ikhwah Indonesia, sebenarnya kesungguhan itu sendiri telah ada pada dia.

Aku kagum. Sangat kagum dengan mereka.

Di awal tarbiyah ini, aku mengenal sebuah qudwah.


[ kenangan ini sangat indah. Sobs. ]

Murabbi pertama aku, sanggup luangkan masa boleh dikatakan setiap malam hanya untuk mendengar aku bercerita. Layan je apa yang aku cerita. Kalau hari ni aku fikir-fikir balik, kadang-kadang tak logik pun benda yg aku cerita tu. Tapi dia, tetap layan segala kerenah aku. Hihi. Dengan dia, aku belajar banyak sangat pengalaman dalam menyantuni mad’u.

Seorang ikhwah, sanggup bawak aku pergi rumah ikhwah, sanggup bawak aku jalan-jalan naik motor LC nya untuk iktikaf kat masjid, sanggup belanja aku makan, demi membantu aku untuk lebih kuat dalam tarbiyah ini. Walaupun hubungan kami kadang-kadang agak selalu gaduh (haha), tapi dengan dia aku belajar sebuah pengalaman berharga. Pengalaman dalam menjadi seorang sahabat. T__T

Ada seorang ikhwah ni. Selalunya ikhwah lain panggil dia dengan ikhwah rugged.  Sebab setiap kata-kata dia selalunya pedaaas sangat dan laju je menusuk dalam hati. Tapi apa yang buat aku sangat sayang kat dia, sebab setiap kali aku ada masalah mesti dia akan dating hulurkan telingan untuk dengar setiap masalah aku. Dan aku banyak belajar erti kesungguhan dari dia.

Seorang ikhwah yang bekerja sebagai Engineer. Kebiasannya sampai rumah lewat petang. Sanggup ulang alik dari Nilai ke Bangi semata-mata untuk buat liqo dengan aku. Aku seorang ! Dengan dia aku belajar agar disiplin dengan tarbiyah dan dakwah.

Ah. Kalau aku nak ceritakan, di sana banyak sangat pengorbanan yang ikhwah tunjukkan kepada aku sebagai qudwah untuk aku dalam dakwah ni.

Mereka ini pemuda-pemuda yang tak dikenali, tapi sentiasa ikhlas dalam membina satu generasi untuk ummah ini. Menyediakan pemuda-pemuda yang akan bekerja bersama-sama dalam membina dakwah ini.



Sudah cukupkah pengorbanan kita?

Aku masih ingat saat kita sama-sama naik KTM untuk liqo di Klang. Sama-sama berkumpul dari Bangi untuk berjumpa dengan akh kita yang masih belajar di sana. Perjalanan pergi dan balik selama 4 jam  naik KTM itu menjadi singkat dengan tilawah kita, dengan membincangkan masalah umat, dengan planning masa hadapan kita, mahupun dengan curhat yang berlaku antara kita.

Aku masih ingat bila kita sama-sama menggunakan BEB. Untuk pergi ke program-program. Menggunkan BEB untuk bawa halaqah di Sekoalh Yang di Rahsiakan Namanya. Membina murabbi buat ummah ini, walau aku akui aku bukanlan seorang murabbi yang terbaik.

Aku masih ingat saat-saat kita tidur di sebuah masjid, demi menjaga mutabaah amal kita, agar sentiasa bertenaga dalam menggerakkan dakwah ini. Ketika itu hanya kita berdua. Dan kini engkau telah pergi akhi sayang. Pergi bertemu Tuhanmu dengan jiwa yang tenang. Setenang wajahmu ketika aku melihat engkau terlantar di hospital itu. Dan betapa berungtungnya engkau, kerana pemergian engkau adalah di saatnya engkau baru pulang dari menghadiri program  tarbawi. Sunnguh aku cemburu padamu akhi. 

Ya ikhwah,


Sudah cukupkah pengorbanan kita ini? Terhenti setakat itu sajakah cerita-cerita manis kita? Adakah hari ini kita masih bersemangat seperti dulu, atau kita mula disibukkan dengan jahiliyah yang amat kita hindari satu hari dulu? 


Masih adakah waktu-waktu yang kita peruntukkan untuk DF orang sekeling? Masih ada lagikah masa untuk kita terus membina diri kita? Dari zero kepada Superhero? Semoga kalian masih menjadi seperti yg aku kenali dulu.



ProjeKita masih belum selesai.

Akhi, ProjeKita masih belum selesai. Projek menyediakan murabbi buat ummah ini.


Masih aku ingat pesanan akh yang mengasaskan projek ini. 


Kata beliau, ‘’ Akhii, kita kena sediakan murabbi untuk umat ni. Ramai orang menjadi daie, tapi tidak ramai yg sanggup menjadi murabbi’’.

Akhi, masih banyak rijal yang perlu kita santuni. Masih banyak jiwa-jiwa yang perlukan sentuhan dari jiwa-jiwa antum yang ikhlas untuk dakwah ini.

Masih banyak jiwa-jiwa yang kekeringan diluar sana akibat bermain-main dan tidak fokusnya kita dalam membentuk murabbi.

Bila aku melihat kesungguhan mereka, para ikhwah yang aku kagumi dalam amal mereka, barangkali hanya satu penyataan yang sentiasa bermain-main di benak fikirkan mereka.

‘’ Kerana dakwah ini adalah cinta ‘’.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)


Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."  [QS Al-Hadid, 57:16]

Pemimpi - Suatu hari nanti kita akan mati. Menulislah. Biar sejarah menentukannya.



3 comments:

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.