Tuesday 10 July 2012

Senyuman kalian.




Bismillahirrahmanirrahim.

Susah. Susah aku nak kongsikan betapa beruntung Allah memilih kita berada bersama kafilah dakwah ini. Seringkali saja bila melihat kepada diri sendiri, aku akan mengatakan,

‘’ Apa sebenarnya yang ada pada diri aku, sehingga Allah memilih aku? ‘’ –bukan utk mempertikaikan, sekadar peringatan

Di antara berjuta makhluk ciptaannya di alam ini. Bila dilihat dari atas KLCC saja sudah tergambar betapa keciknya kita, aptah lagi bila memandang luar dari planet yang kita duduk ni.

Sungguh, aku malu dengan kalian. Wahai ikhwah yang bersungguh-sungguh dalam amal kalian.

Ikhwah fillah,

Suka aku mengatakan bahawa antara kegembiraan dan kebahagiaan aku di dunia ini adalah melihat senyuman kalian. 

Ya. Senyuman kalian.

Senyuman yang terpancar dari hati-hati yang bersih, dari wajah-wajah yang berpenat lelah dalam dakwah, dari wajah yang sentiasa mengalir air matanya demi memikirkan bebanan dakwah ini. Dari wajah-wajah kalian yang sentiasa berfikir bagaimana kalian mahu melahirkan murabbi buat ummah ini.


Ada saatnya ukhwah kita bermasalah.

Kadang-kadang bila kita memikirkan masalah yang berlaku antara kita, seringkali solusi yang kita lakukan adalah membawa kepada perubahan luaran semata.

Kita sekadar memikirkan bagaimana mahu membuat satu program yang mana kita akan bersama-sama bergembira. Kita panjat bukit bersama, mandi sungai bersama, ber'BBQ bersama, berjaulah bersama, hingga kita merasakan bahawa hanya itulah jalan untuk mencapai kebahagiaan ukhwah yang sebenar.

Ahha. Aku tidak mengatakan apa yang kalian lakukan salah. Tidak sekali-kali ! Malah aku amat mengagumi kesungguhan kalian dalam menjaga persaudaraan antara kita.

Tapi aku hanya ingin mengajak agar kita mencari solusi dari akarnya.

Itulah iman.

Kerana yang aku sentiasa risaukan ikhwah yang aku kasihi, bukanlah pada ukhwah kita. Tapi yang aku risaukan adalah pada iman kita. Kerana ikhwah, ukhwah itu hanya bermasalah tatkala iman kita bermasalah.

Setuju ke?

Lihatlah ikhwah. Tatkala kita mula culas dalam mentadabbur al-quran, maka tatkala itulah persaudaraan kita menjadi renggang. Sedangkan yang kita sering laung-laungkan sesungguhnya al-quran itu adalah manual untuk kita hidup sebagai hamba dan khalifah

Bila kita gagal dalam mentadabbur al-quran, bagaimana al-quran itu hendak membekas di hati kita, seterusnya menghasilkan pemuda-pemudi yang cintakan persaudaraan.

Maka ikhwah. Aku menyeru. Aku menyeru kepada kalian dan kepada diriku sendiri. Marilah kita sama-sama menjaga iman kita.

Dalam erti kata lain kita menjaga mutabaah amal kita.

Tidak dilupakan agar sentiasa tadabbur al-quran, dan berusaha mengamalkan isi kandungannya.


Stamina iman kita terus tingkatkan dari hari kehari, agar jiwa kita sentiasa hidup dan merasa pemerhatian Allah dalam setiap perbuatan kita. Hingga akhirnya dari jiwa-jiwa yang sarat keimanan ini, mampu kita kongsikan kepada manusia di sekeliling kita. 

Kerana ikhwah, sesungguhnya aku sentiasa rindukan senyuman kalian. :')

Pemimpi Tegar - Ya Allah, sampaikanlah aku ke Afrika Utara. 

2 comments:

  1. nah satu senyuman alam maya.. ^____^

    teruskan menulis..sungguh blog enta salah satu menjadi rujukan buat ana.. ^^

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.