Thursday 23 February 2012

Tentang hubungan.



Bila engkau mendapati hubungnmu rengang dgn manusia, 
semak dulu hubunganmu dgn Allah,

Bila engkau bersedih dgn kehilangan sesuatu, 
jgn risau krana Allah dgn memberimu suatu yg lebih baik,

Bila Allah meletakanmu disuatu tmpt, 
yakinlah Allah yg meletakkanmu, 

Tiada yg lebih baik dari yg telah dtetapkan Allah.




Tuesday 14 February 2012

Menyelami ayat-ayat Allah.





Alhamdulillah, selesai sudah baca buku '12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman'. Karya Syeikh Al-Qaradhawiy.


Sebenarnya saya tengah fight dengan seorang ikhwah ni, untuk habiskan lima buah buku dalam masa seminggu. 


Kalau dapat 3-4 buah seminggu pun, cantek la kan? Saja target tinggi-tinggi sikit.


Bak kata satu pepatah tu,


" You must aim the star, if you can get the star, you can get the moon "


Lagipun saya tak kawin lagi, takda anak lagi, tak la ambik master lagi, jadi saya rasa macam ok la.


Kawan yang ajak saya lawan habiskan buku tu bukan setakat dah nikah, dah ada anak seorang, tapi tengah habiskan master lagi. Tu pun dia target nak habiskan 75 buku setahun ! Uhuk.

Antara part yang ceritakan tentang ciri ibadurrahman dan saya rasa menarik nak kongsi dengan anda semua adalah bila saya baca bahagian ' menyelami ayat-ayat Allah'. kalau anda rasakan tidak menarik, maaflah hamba yang lemah ini. Cewah.. 

=============================


Penulis menukilkan,

" Al-Quran diturunkan kepada mereka agar mereka mengetahuinya dan mengambil pelajaran daripadanya untuk di amalkan. Ada seorang antara kalian yang membaca al-Quran dari awal hingga akhir, tanpa ada satu huruf pun yang tercicir, namun dia tercicir dalam amalannya. " -Ibnu Mas'ud.


Membaca al-Quran tidak cukup dengan membaca dan menghafalnya. Beramal dengan al-Quran ialah yang paling penting. Inilah yang dilakukan oleh para sahabat.

'' Orang sebelum kalian (para sahabat) mengganggap al-Quran sebagai risalah daripada Allah yang diturunkan kepada diri mereka. Mereka membacanya pada malam hari dan mengamalkan kandungannya pada siang hari '' - Al-Hasan.



=============================

Betul kan cakap penulis tu? 


Kalau kita tengok raliti sekarang, ramai sangat yang hafal quran. 


Tapi kebanyakan dari kita menghafalnya kerana nak lulus peperiksaan semata. Hafal quran sebab nak jadi imam sahaja. Baca quran sebab nak isi masa kosong yang kita ada. 


Maka kesannya jadilah alquran tu teori-teori kosong yang bersarang dalam minda kita.Sedangkan para sahabat Rasulullah membaca alquran untuk diamalkan dan untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di muka bumi. Sebat tu lah mereka menjadi generasi yang hebat.


Kesimpulan : Marilah kembali memahami kenapa quran diturunkan.

Kata Iman As-Syafie, '' Sesungguhnya dalam al-Quran itu ada satu surah yang singkat, dan sekiranya manusia mengamalkannya, maka hal itu sudah cukup baginya.

Aha. Teruja tak nak tau? Heh.

'Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan denagan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. '' ( Surah al-'Asr !03 : 1-3 )


Maafkan jela.


Cantik kan? Allah yg ciptakan alam ni pun sudi maafkan hambaNya !


Dan hendaklah mereka memaafkn serta melupakn kesalahan org itu. Tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (24:22)




Friday 10 February 2012

Andai Rasulullah bersama kita.





Sekarang ni saya tengok tengah hot orang bagi pengisian tentang tajuk ni. Kolej saya pun sama juga kena tempias. Siap ajak Ustaz Don lagi bagi pengisian tentang tajuk ni.


Selalu saya tengok, bila kita ditanya tentang benda ni, kita mesti semangat nak jawab kan?

Mesti kita akan cakap, 

" oh, mesti saya akan lebih beriman "

" oh, mesti saya akan menangis kalau tiba-tiba baginda ada bersama saya "

" mesti saya akan semakin bersemangat untuk laksanakan segala sunnah baginda. Yeah !! " *ini hanyalah reaksi bila lebih semangat. 

Fuh. Persoalannya, betul ke statement anda di atas?

Betul ke bila Rasulullah bersama-sama kita, kita akan lagi bersungguh-sungguh untuk praktiskan agama ni?

Benda ni buat saya bertambah-tambah terasa, bila dalam bulatan gembira saya baru-baru ni, kami sempat tadabbur satu ayat ni.


'Rasul-Rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. 

Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mujizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). 

Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-Rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka).

 Tetapi mereka bertelingkah maka timbulah di antara mereka orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka berbunuh-bunuhan tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. ( al-baqarah 2 : 253)



Bila kita tadabbur ayat tu, kita dapat tahu bahawa bukanlah satu jaminan yang kita akan beriman, andainya para nabi bersama kita. Malahan kalau para nabi tu tunjuk kat kita segala kelebihan (mukjizat) yang Allah bagi kat mereka pun, belum tentu kita ni akan beriman.

Tidak ! Itu bukan jaminannya !

Cuba kita perhatikan kelebihan yang Allah bagi pada Nabi Musa 'alaihi slatul wassalam. Kalau kita baca sejarah, mukjizat yang Allah kurniakan kat Nabi Musa sangat banyak. Antaranya adalah tongkat baginda. Yang mana boleh membelah laut dan juga bertukar menjadi ular yang besar.

Ketika ular baginda menelan kesemua tali-tali tukang sihir Firaun, adakah mereka semuanya beriman? Tidak ! Kecuali sedikit dari mereka yang beriman.

Sama juga macam di zaman Rasulullah. Abu Lahab, Abu Jahal, dan lain-lain geng jahat yang lain sempat juga bertemu Rasulullah dan hidup bersama Rasulullah.


Tapi adakah mereka beriman?


Bukan sekadar tidak beriman, malah bermati-matian menentang Rasulullah dan para sahabat.


Sebagai penutup saya nak ajak kita muhasabah diri kita balik. Seandainya baginda Rasulullah bersama kita dan ditakdirkan oleh Allah berjumpa kita, 


Adakah kita akan semakin beriman?



Bila letih menjengah.


Jalan ini masih panjang tahu?


Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. 


Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal.