Monday 4 June 2012

Jangan takut untuk menyampaikan.






Pernah suatu ketika saya begitu takut untuk menyampaikan Islam ini kepada semua orang. Terutama kepada rakan sekelas, rakan sekuliah, kepada adik beradik dan kepada sepupu saya.

Kerana saya selalu dibayangi bahawa mereka akan menjauhi bila saya menyampaikan Islam ini kepada mereka.

Kadang-kadang apabila mereka bertanya, barulah saya akan berkongsi. Tapi masih dalam batas-batas untuk menjaga hati mereka.

Mengapa perlu begitu duhai diri?

Bila saya muhasabah kembali, sebenarnya atas dasar apa perlu kita menyekat diri kita untuk menyampaikan? 


Sekadar tanggapan-tanggapan yang entah benar entah tidak.

Mengapa perlu ada tanggapan-tanggapan bahawa mereka akan menjauhi, mereka akan hilang rasa suka untuk bersembang dengan kita, dan semua tanggapan-tanggapan negetif?

Dan saya amat meyakini, ramai antara kita merasai apa yang saya rasai. 

Mengalami peristiwa ini, seperti yang saya alami.


Benar bukan?

Mengapa persoalan-persoalan itu sering kita wujudkan ya?




Hati mereka bukan milik kita.

Akhi,

Sejauh mana hakikatnya pengetahuan kita mengenai hati mereka? Sejauh mana kita meyakini, bahawa mereka tidak akan tersentuh sedikit pun dengan penyampaian dan perkongsian dari kita?

Bila kembali muhasabah, mahu saja saya kembali ke beberapa tahun lepas. Ketika masih berada di bangku IPT, Malaysia. Ingin rasanya berkongsi dengan semua teman-teman sekuliah mengenai Islam yang saya fahami.

Mengenai dakwah kita !

Mengenai tarbiyah kita !

Dan dan mengenai keindahan Islam yang kita rasai.

Mengapa tergamak untuk tidak berkongsi, sedangkan mereka begitu rapat dengan kita. Ikatan hati itu telah sedia terjalin, malah di setiap persoalan yang mereka hadapi, kitalah orang yang akan mereka rujuk. Betapa ruginya bila kita persiakan peluang yang Allah bukakan untuk kita.

Sedihnya~


Jangan menutup peluang mereka.

Akhi, jangan begitu akhi.

Jangan sesekali kita menutup peluang untuk meraka berubah ! 

Jangan sesekali kita menutup ruang untuk mereka mengenal Allah. 

Untuk mereka merasa izzah dengan agama mereka. Jangan kita tutup peluang kepada mereka untuk mereka di sapa oleh hidayah Allah !

Hanya kerana kita takut untuk menyampaikan.

Hanya kerana sangka-sangkaan negetif kita terhadap mereka.


Kenapa kita perlu sampaikan kepada mereka dengan perasaan positif dan terbuka?


Kerana kita tidak tahu. Faham ke? Heh.


Kerana kita tidak tahu bagaimanakah penerimaan mereka terhadap apa yang kita sampaikan, maka kita perlu menyampaikan. 


Kerana kita tidak tahu, bagaimana kesannya bila mereka mendengar penyampaikan kita.


Saya tidak bermaksud bahawa penyampaian itu perlu duduk ramai-ramai, buka majlis, err gaya-gaya tazkirah umum begitu. Tapi apa yang saya maksudkan dengan menyampaikan adalah bila kita lepak-lepak dengan mereka, bila kita makan-makan dengan mereka, dan bila mereka bertanyakan sesuatu kepada kita.


Dan lepas kamu dah sampaikan tu, kalau agak-agak kena baling batu, tukar la teknik baru ye. Heh.


Dakwah ni try and error. Jalan je. :)


Dia pemberi hidayah, bukan kita.

Yang memberikan hidayah tu adalah Allah, bukan kita. Maka janganlah kita menutup ruang-ruang untuk hatinya disapa oleh hidayah Allah.

Dan perkara ini tidaklah cukup sekadar disampaikan menggunakan peribadi-peribadi kita saja. Tidak cukup sekadar disampaikan dengan qudwah kita sahaja.


Kita perlu bercakap, perkongsian, sembang-sembang dan seangkatannya dengannya.

Ya. Aku tidak tahu, kerana itu aku menyampaikan.

p/s : Dakwah tu mudah. Takwin tu je yang susah sikit. Heh.


Sekian,
Pemimpi Tegar
05 Jun 2012
Ipoh, Perak.

17 comments:

  1. tula dakwah tu mudah

    muhasabah diri n dakwah sme

    jgn pkir y kite tak layak

    stiap org layak menyampaikan

    #entry menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dakwah tu mudah, cuma sampaikan saja dengan seni-seni yang kita ada. Selebihnya serahkan kepada Pencipta. Terima kasih ziarah sini.

      Delete
  2. Replies
    1. Dakwah tu mudah, takwin tu yg susah. JOM ! :D

      Delete
  3. Assalamualaikum. :)

    jangan takut untuk menyampaikan.

    ya.
    mak sendiri sebenarnya termasuk dalam golongan ini.
    kadang-kadang, mak ada rasa nak menyampaikan, tetapi...mak takut, orang yang menerima penyampaian mak tu tak dapat terima apa yang mak sampaikan.

    iya.
    mak mahu berkongsi. tetapi kadang-kadang, dengan pengetahuan yang mak ada, mak rasa mak tak layak nak berkongsi. rasa macam, cetek pengetahuan dan membuatkan mak takut nak berkongsi.

    macam mana tu ya?

    :)

    salam perkenalan daripada mak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mak sudi ziarah sini.

      Kalau tanya pandangan saya, sampaikan saja apa yang kita nak sampaikan. Kerana yang akan menyentuh hati manusia itu bukanlah lidah kita, mahupun penulisan kita. Tapi yg menyentuh hati itu adalah Allah.

      Semoga dengan menjaga ibadah, Allah akan jadikan pecakapan dan penulisan kita hidup.

      Delete
  4. Salam alaik..

    Thanks for the post. Saya pun fikir seribu kali sebelum nak cuba sampaikan, risau, takut dengan apa yang mereka akan fikir. Tapi kalau tak cuba,mana tau kan?

    Mungkin ada yang akan terasa hati, itu yang kita semua paling risaukan, tapi betul lah according to popular belief, sampai bila-bila pun kita takkan berjaya untuk puaskan hati semua orang.

    Takut nanti di akhirat akan dipersoalkan kenapa tak pernah sampaikan apa-apa mengenai islam pada mereka,lagi-lagi kalau ahli keluarga sendiri.*gulp*

    Jzkk, good job and do keep updating.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.

      terima kasihsudi jenguk dan baca dan komen. Sangat hargai. :)

      Delete
  5. kerana hati kita sentiasa ingin menjaga perasaan orang lain sehingga kita takut untuk berdakwah...sedangkan kita tahu, dakwah itu perlu dalam hidup kita...

    ReplyDelete
  6. betul..pesan rasulullah"sebarkan lah walaupon sepotong ayat"
    ilmu untuk dkongsi...:)
    trma kasih...

    ReplyDelete
  7. bener tuh :D kita harus bagi bagi ilmu,soal mereka akan mengikuti itu urusan belakang hehhe iyap hidayah hanya dari allah,jadi kita juga gak boleh tutup peluang mereka :D nice post ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, lepas ni anda boleh buat entry. Anda pun ada idea yang menarik ! Terima kasih sudi jenguk dan komen sini.

      Delete
  8. salam alaik tuan rumah..ana baru berkesempatan nak tinggalkan komentar disini..

    Sebenarnya,sapa2 pon akan merasai 'takot' utk menyampaikan..dulu kata2 spt "tunjuk alim la tu" , "ingat baik sangat ke?, "Ala, kau sama2 pot pet pot pet ngan kitorang gak dulu" yang paling menyedihkan ana ada yang ckp bw ajaran sesat..

    Alhamdulillah, nilai tarbiyah yang tak terhingga dengan sehelai tudung labuh yang dihadiahi dalam 'raga' motor secara tersembunyi membuatkan ana kagum kepada org yang menghadiahkannya sehingga la ni tak berhenti2 ana bersyukur kpd Nya.. halus sungguh org yang memberi hadiah kpd ana tanpa membuatkan ana kecil hati.. tu cara org tu berdakawah bg ana yang sangat berkesan..

    moga seorang da'e adalah seorang yang kreatif dalam menjalankan dakwahnya..menarik seramai yang mungkin menjadi mad'u nya. jaga sebaik mungkin mereka2 itu agar tetap tegar dijalan Ilahi kerana hati2 mereka bersama Yang Maha Esa..

    Allah..terkenang 6 tahun yang lepaas tatkala kali pertama di panggil 'ustazah'... Agak rasa nak marah.heh? knp? sebab diri ini jauh sesangat dari gelaran itu..

    la ni gelaran 'ustazah' dah menjadi mainan mulut orang. pabila mendengarnya akan disertakan 'amin, insyaAllah smg Allah permudahkan' kerana kata2 itu adalah satu doa..

    p/s~maaf, pjg lebar pula..teruja sikit.. ana nak letakkan link entri saudara kat ruangan 'Tinta Ikhwah' kat bloglist ana..^_^

    ReplyDelete
  9. nice entry! headshot
    alhamdulillah

    qudwah qabla dakwah;
    begini bagaimana?

    kerana dgn dia, percakapan itu hnya menambah jurang,
    sekadar hint boleh mematikan perbualan.

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.