Wednesday 30 May 2012

Jom gerak !




Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. 

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
-KH Rahmat Abdullah  

Saturday 26 May 2012

Aku manusia bermasalah.




Bila ada masalah dalam kehidupan, jangan lari ye. Berusaha untuk menghadapi masalah tu walaupun kadang-kadang kita tak nampak jalan keluar kepada masalah tu.



Kehidupan ni, nak tak nak kita memang akan berhadapan dengan masalah. Samada kita suka atau tidak, kena juga hadapi. 


Kerana kerana,


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



Yakinlah, tangan yang selalu melawan ombak lebih kuat berbanding tangan yang berenang-berenang di sungai yang tenang.




Sekian.
Pemimpi Tegar
Zumar, Nilai



Thursday 24 May 2012

Nasihat Umar al-Khattab r.a kepada aku.






Akhii,

Barangsiapa meninggalkan ucapan yang tidak perlu, maka dia akan diberi hikmah.

Barangsiapa meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, maka dia akan diberi kekhusyu’an dalam solat.



Barangsiapa meninggalkan makan yang berlebihan, maka dia diberi kenikmatan beribadah


Barangsiapa meninggalkan tertawa yang berlebihan, maka dia akan diberi kehebatan diri.


Barangsiapa menjaga gurau-sendanya, maka dia akan diberi kehormatan diri.


Barangsiapa meninggalkan cinta duniawi, maka dia akan diberi kecintaan kepada akhirat.


Barangsiapa meninggalkan dari mencari aib orang lain, maka dia akan diberi kemampuan untuk memperbaiki aibnya sendiri.


Barangsiapa meninggalkan penelitian tentang bagaimana wujudnya Allah, maka dia akan terhindar dari nifaq.

Wednesday 23 May 2012

Kerana aku ingin ikhlas.




Aku mahukan keikhlasan dalam setiap perbuatan aku, kerana itu aku selalu bertanya.


Aku selalu tanya kepada orang-orang sekeliling aku tentang baaanyak perkara.


Aku selalu tanyakan kepada kalian bagaimana aku ingin tingkatkan teknik dari segi penyampaian, bagaimana aku mampu tingkatkan teknik dalam bidang penulisan, aku ingin mantapkan diri dalam membina mutarabbi dan banyak sangat benda lagi yang aku ingin tingkatkan.


Sebab aku bukan macam kalian. Dari zaman sekolah memang dah hebat dari setiap aspek. 


Aku adalah manusia yang ketinggalan dalam baaanyak sangat aspek.


Dalam study aku.


Dalam pentarbiyahan aku.


Dalam soft skill aku.


Dan banyak sangat benda yang aku nak tingkatkan.


Tapi ada satu benda yang selalu buat aku terkilan. Aku terkilan dengan manusia-manusia yang setiap kali aku tanyakan kepada mereka bagaimana ingin tingkatkan diri aku dalam satu-satu benda, maka jawapan mereka adalah,


'' yang penting ikhlas je ''.


Aku ingin tanyakan pada kalian. Apa sebenarnya yang kalian faham mengenai ikhlas?


Aku yakin, kalau aku tanyakan kepada kalian apakah maksud ikhlas, maka kalian pasti katakan, '' lakukan sesuatu kerana Allah ''.


Ya, benar jawapan kalian. 


Dan ingin aku katakan kepada kalian, kerana aku ingin ikhlaslah maka aku bertanya !


Bagi aku, bila kita mengatakan kita ikhlas, maka kita melakukan sesuatu benda tu kerana Allah. 


Maka takkanlah kita nak buat satu-satu benda tu kerana Allah dengan cincai-cancai je kan?


Mestilah kita nak buat sehabis baik. Sehebat mungkin. Sebab kita nak buat kerana Allah. Sebab kita nak buat untuk sesuatu yang paling kita cintai.




Bila exam menjelma. 


Apa pandangan kalian kalau setiap kali kalian nak final exam, dan kalian tanya kepada pensyarah apa yang perlu di baiki dalam pelajaran kalian.


Maka pensyarah kalian katakan, ''ikhlas je''.


Kemudian kalian tanya lagi, 


'' jadi apa yang perlu kami baca dan apa  teknik-teknik yang perlu kami kuasai dalam menjawab peperiksaan? ''


Maka dengan selambernya pensyarah kalian mengatakan '' yang penting ikhlas ''.


Jadi apa yang kalian dapat dengan pertanyaan kalian? Mesti rasa seronok sangat kan. *sinis*


Kalian dapat apa yang cuba aku sampaikan?


Hakikatnya kerana ingin ikhlaslah kita bertanya. Seorang bapa yang membesarkan anak, tidak cukup sekadar mengatakan dalam hati '' aku ikhlas membesarkan anak ini kerana Allah ''.


Tidak cukup !


Tetapi mesti ada teknik-teknik yang dia perlu kuasai dalam membesarkan anaknya dari anaknya bayi hinggalah besar.


Kerana keikhlasan itu seharusnya mendorong kita untuk melakukan perkara itu dengan kualiti yang terbaik.


Dan kerana itulah, sang bapa terdorong untuk membeli dan membaca buku-buku mengenai kaedah dalam mendidik anak.


Begitu juga dengan aku. Kerana aku ingin menjadi manusia yang Super di pandangan Allah, maka aku ingin membaiki diri aku dari sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar perkara !




Kerana mahu lakukan kerana Allah lah, maka aku bertanya.


Sebagai penutup, aku mahu tegaskan kepada kalian. Kerana aku mahukan keikhlasanlah, maka aku bertanya.


Saban hari jahiliyah begitu hebat dalam perancangan-perancangan mereka. Dari sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-besar perkara. Semuanya dilakukan dengan penuh ketelitian dan teknik-teknik yang sangat mantap. Yang kadangkala, kita sendiri pun tidak menyedari itu adalah jahiliyah.


Tapi bagaimana dengan kita? 


Masih lagi sibuk dengan angan-angan kosong. Masih lagi malas mentarbiyah diri. Malah sentiasa bermain-main dalam banyak perkara. Masih sibuk dengan permainan kanak-kanak dan masih sibuk dengan perdebatan yang sia-sia.


Sedangkan dalam penyampaian-penyampaian kita, kita begitu hebat menuturkan,


 '' al-haq yang tidak terancang, akan ditewaskan dengan kebatilan yang terancang. ''


Adakah teori cuma? Tanpa diimani? 


Ya, aku ingin ikhlas, maka aku bertanya.



Tuesday 22 May 2012

Belajar sampai mati.






Siapa yg tak mahu merasai kepahitan belajar meskipun sesaat
Akan menelan beban kebodohan sepanjang hayatnya

Siapa yang ketinggalan belajar pada waktu mudanya

Takbirlah atasnya empat kali kerana dia seperti sudah mati

Seorang pemuda akan berarti apabila ia berilmu dan bertaqwa

Apabila kedua hal itu tidak ada maka pemuda itu tiada bermakna lagi..

(pepatah arab)




* Sibuk-sibuk study untuk exam, jangan lupa minum air suam dan bernafas ye.



Friday 18 May 2012

Antara Takwiniyah dan Madrasiyah



dakwatuna.com – Sering sekali, seorang murabbi terjebak pada pola tarbiyah madrasiyah. Semestinya, tarbiyah yang dilakukannya adalah takwiniyah. 


Tarbiyah madrasiyah, menitikberatkan pada penyampaian materi. 


Sedangkan takwiniyah, menekankan terbentuknya “sesuatu” pada diri mutarabbi.
Dalam konteks ta’sisi misalnya, sang murabbi takwini akan berkata kepada mutarabbinya: “jalin hubungan dengan si fulan, kemudian rekrut dia”. 
Caranya:
1) Baca petunjuk dakwah fardiyah yang ditulis oleh Mustafa Masyhur.

  1. 2) Pahami langkah-langkah dalam menjalin hubungan.

Dan saya akan memutabaah perkembangannya. Dalam konteks mujtama’i, misalnya:

  1. 1) Buat acara tadarrusan di masjid, berapa pun yang ikut.

  2. 2) Lakukan kegiatan itu secara rutin.

  3. 3)Laporkan seluruh perkembangannya.

Catatan: Pepatah mengatakan: “Orang pintar itu cukup diberi isyarat”.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/02/18832/antara-takwiniyah-dan-madrasiyah/#ixzz1vFYJrHHz