Thursday 9 August 2012

Sampai masa, aku akan kembali.



بسم الله الرحمن الرحيم

Kepada kalian yang selalu menjengah ke sini, mencari mutiara-mutiara di sebalik penulisan ini, aku ingin mohon maaf sangat-sangat kepada kalian.

Bukan tidak mahu menulis. Bukan aku tidak mahu mencoretkan sesuatu untuk tatapan kalian. Kerana aku sendiri merasakan bahawa apa yang selalu menguatkan aku tatkala aku mula lemah, adalah dengan membaca penulisan mereka yang berada di medan dakwah ini.

Aku mahu menulis, tapi aku tidak mahu menulis sesuatu yang biasa-biasa. Aku tidak mahu penulisan aku adalah bacaan yang dibaca sebagai bacaan yang ringan. Tetapi aku sangat ingin menjadi seperti penulis hebat yg lain, yang mana tatkala manusia membaca penulisan mereka terus mendorong untuk bergerak dan terus bergerak. 

Masih banyak benda yang perlu aku baca. 
Masih ada beberapa perkara yang aku sedang usaha baiki.
Aku tidak mahu menghasilkan karya-karya picisan.
Suatu hari, aku akan menulis.
Dan terus menulis.

Hingga tiba masanya, sejarah bakal menentukan apa yang aku tuliskan.
Mohon doakan aku ya. :)

Sentiasa membina diri, agar menjadi golongan yang praktikal.
Yang kurang cakapnya, dan banyak amalnya.
Biarlah amal-amal kita yang berbicara.

Pemimpi Tegar - Hiba itu pasti berlalu. Pengalaman itu pasti menjadi sebahagian tentera yang menguatkan. Dan aku akan terus di sini, merubah dan akan terus mengubah. 


Tuesday 31 July 2012

Solat kat masjid tau !

Pada tahun 1946, Sheikh Abdul Mu'iz Sattar telah dihantar ke Palestin untuk berdakwah kepada umat Islam di sana mengenai tipu daya Zionis. Beliau telah mengumpulkan umat Islam, menyedarkan mereka, menghidupkan hati mereka, menyalakan semangat cintakan Islam ke dalam hati mereka. 

Pernah suatu ketika, beliau ke masjidil Aqsa untuk solat berjamaah di sana. Tetapi amat menyedihkan kerana hanya dua atau tiga baris jamaah muslim yang solat ketika itu. 

Lebih menyedihkan lagi, apabila beliau bertanya beberapa orang yang solat ketika itu, mengapa tidak ramai yang datang untuk solat berjamaah, mereka menjawab,


'' Solat itu berat bagi mereka, tetapi jika mereka di seru untuk berperang, mereka pasti akan segera menyahut seruan tersebut secepat kilat.

Lantas sheikh Abdul Mu'iz Abdus Sattar menjawab, '' Jihad yang pertama yang perlu dilakukan adalah jihad melawan hawa nafsu dalam diri. Hingga kita mampu menundukkan dan memenangi diri kita. Seperti firman Allah SWT berfirman kepada kita, '' Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat '' ( 2 : 45)


Jom la sama-sama usaha solat jamaah di masjid. Uhuk. 



Monday 30 July 2012

Bila kita rasa kita sorang-sorang.


Pernah suatu ketika, aku rasa aku keseorangan. Bukan pernah satu ketika,(haha)  tapi dalam kebanyakan masa dalam kehidupan aku, sentiasa aku rasakan aku keseorangan.  Realitinya memang begitu.

Tatkala aku berada ditengah manusia, aku tetap merasakan keseorangan. Kerana bukan semua orang mampu fikir seperti apa yang kita fikir, nak buat apa yang kita nak buat dan tak semua orang faham seperti mana kita faham.

Bila aku belajar di sebuah kolej-yang-dirahsiakan-namanya, kebanyakan keadaan aku banyak bergerak sendiri. Merancang sendiri, pergi DF adik-adik sendiri, bawak adik-adik jalan-jalan sendiri, guna duit sendiri, jatuh bangun sendiri, aku nanges sendiri-sendiri. 

Pening fikir macam mana nak ikat hati dengan adik-adik sendiri, pengisian apa yg nak kena bagi, malah mujahadahnya aku dalam study pun sendiri-sendiri. Dan mujahadahnya dalam study ni, saaaaaaaaaaaangat perit !

Hinggakan pada suatu hari mutarabbi aku pernah cakap kat aku, ‘’ kalau ko datang kelas, aku ikut halaqah ko. Kalau ko tak datang, aku pun tak nak datang ‘’. Haha. Bukan senang beb nak tinggalkan jahiliyah. =) 

Time tu aku baru berapa bulan ikut madrasah tarbiyah islamiyah karya SangVivaBiru. Sedangkan telah 5 tahun aku ditarbiyah dengan jahiliyah. Tarbiyah suka ponteng kelas. Heh.

Aku katakan bahawa aku lakukan sendiri, (of kos la kebanyakannya idea tu datang dr ikhwah) tidak lain tidak memang begitulah realitinya.

Tatkala aku curhat kepada ikhwah, betapa beratnya tanggungjawab syahadatulhaq yang aku rasakan ketika tu, ikhwah hanya mampu mendengar, dan memberikan secebis motivasi untuk aku bergerak sendiri. Kerana mereka juga mengalami apa yang aku alami. Mereka juga ada ujian dan rintangan yang sedang mereka hadapi.

Dalam kesibukan aku bertarung dengan raksasa (syaitan dan hawa nafsu) untuk aku melepaskan diri, kadang-kadang aku jatuh. Aku tewas. Hingga aku menanges sendirian. Aku terduduk kaku. 

Lalu aku melihat di kiri dan kanan aku, para ikhwah juga sedang bertarung dengan raksasa yang mengerumuni mereka. Mereka juga bersungguh-sungguh dalam pertarungan antara hak dan batil itu.

Adakalanya, bila raksasa mereka berjaya mereka lemahkan, mereka berpaling seketika ke  arah aku, lalu menghulurkan pertolongan. Dengan satu libasan kilat saja, mereka mampu menumbangkan raksasa yang mengerumuni aku.

Tetapi dalam kebanyakan masa pertarungan tersebut, tidak banyak yang mereka dapat bantu aku. Tenaga mereka, kekuatan yang mereka ada benar-benar hanya mampu digunakan bagi menewaskan  raksasa mereka saja.

Lalu di dalam pertarungan yang sangat dasyat itu, aku terdengar sayup-sayup suara para ikhwah melaung,

‘’ Akhii, mohon pertolongan dari Allah akhi. Mohonlah pertolongan dari yang Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Perkara, Maha Bijaksana. Kerana hanya dia akhi, hanya Dia yang mampu membantu kita semua di saat ini ‘’.


************************



Banyak benda aku belajar dari tarbiyah ni.

Ikhwah juga sedang berperang.

Bila kita berharap-harap agar ikhwah mampu untuk sentiasa membantu dan menolong kita, ketahuilah mereka juga sedang bermujahadah dalam menewaskan nafsu dan syaitan. Mereka juga sedang bersungguh-sungguh dalam peperangan ini. Mereka juga sedang mujahadah dalam merangka strategi dan memperkasakan diri mereka.

Adakalanya bila mereka kuat dan jahiliyah lemah, mereka mampu berpaling seketika ke arah kita lalu menghulurkan pertolongan kepada kita. Tetapi dalam kebanyakan masa, mereka tidak mampu sangat nak hulurkan pertolongan, kerana mereka juga sedang berperang.

Kekuatan itu hanya pada Allah.

Dalam liqo kami, murabbi kami ‘Ammar Sahrim, moga Allah mengasihi beliau pernah berkata kepada kami, tatkala kami seringkali mengadu agar diberi kekuatan dalam beramal. Tatkala kami sering mengadu sangat banyak masalah yang berlaku antara kami.

Kata beliau dengan penuh macho lagi bergaya,

‘’ Akhii. Ana berikan satu analogi kepada antum. Cuba antum tengok kepada laptop. Laptop ini ana umpamakan seperti murabbi/ikhwah. Seringkali kita datang kepada ikhwah untuk mengadu masalah dan mencari kekuatan. Lalu ana umpamakan antum seperti USB Charger yang tercucuk pada laptop tersebut. Bila antum dicucuk pada laptop, antum akan mendapat kekuatan itu. Tapi akhi, semakin lama laptop itu pula akan berkurangan energynya kerana disedut oleh antum.

Lalu tatkala laptop tu kehabisan bateri, ke mana lagi kita hendak menyedut energy tersebut? Tidak lain tidak adalah daripada sumber elektrik itu sendiri. Laptop kena dapat kekuatan dari elektrik, sama juga seperti hp antum yg caj pada laptop ana ni. So, elektrik tu adalah Allah. Maka mohonlah kekuatan dr Allah.  ‘’

Okay. Semua kata-kata beliau ni aku edit sesuka hati. Mana sempat nak copy paste sebijik-sebijik. Ahha.

Kita memang kena survive sendiri.

Di awal tarbiyah, memang kita akn di layan dengan penuh kasih dan manja. Tapi semakin lama di dalam tarbiyah, segalanya akan bergantung kepada diri kita. Dalam tempoh 2 bulan aku terdampar di Perak ni, aku seolah-olah belajar satu benda.

Aku memang di lahirkan untuk menyendiri. Membina kekuatan sendiri. Melakukan semua benda dengan sendiri.

Aku memang kena survive sendiri !

Pemimpi Tegar - Bila dipilih untuk berada di atas jalan ini, janganlah pernah berhenti. Kerana kita sebenarnya bukanlah telah gagal, tetapi kita belum berjaya. Saat kakimu berhenti melangkah buat selamanya, di saat itulah sebenarnya kamu tewas. Aku harap, kakiku hanya terhenti tatkala aku di masukkan ke dalam keranda. 




Sunday 29 July 2012

Membaca JOM !



Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah ketaqwaan, mencarinya adalah ibadah, mengulanginya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak tahu adalah sedeqah dan mengorbankannya kepada yang berhak adalah korban (kedekatan kepada Allah). Dengan ilmu, Allah dikenal dan disembah serta diesakan. Dengan ilmu, halal dan haram diketahui. Dan dengan ilmu, hubungan rahim disambung. 

- Muaz bin Jabal R.A.

Thursday 26 July 2012

Jaga dua benda ni !





Kita kuat, kita lemah.

‎'' Sesungguhnya kita ini kuat dengan bantuan Allah, dan tidak akan pernah menjadi lemah dengan pertolongan Allah. Kita ini mulia kerana Allah dan tidak akan pernah hina kerana Allah. Kaya kerana Allah dan tidak akan pernah jatuh miskin kerana Allah. 

Kami ingin mendidik umat Islam dengan sikap yang baru yang sesuai dengan nilai-nilai Islam. kami ingin membina umat dengan akhlak Islam dan membimbing mereka dengan sistem hidup Islam. Agar umat Islam dapat berjalan di belakang pimpinannya yang terulung.

Pemimpin yang paling mulia. Nabi Muhammad SAW. ''

Aku dan IM - Sheikh Yusuf al-Qardawi.



Pesanan Syeikh al-Banna




Tuesday 24 July 2012

Sejujurnya, aku sangat merindui kalian.



Bila tengok kawan-kawan ramai yang makin menyerlah, aku tiba-tiba jadi takut nak menyapa mereka. Takut disalah sangka hanya mahu menumpang senang atas ke'femes'an mereka. 


Sedangkan bukanlah sengaja selama ini aku mahu menyepi. Bukanlah sengaja aku mahu melarikan diri dari kalian. Bukanlah sengaja aku tidak mahu berseronok dan beramah mesra seperti kalian. Serius ! Aku sangat rindu suasana ketika kita bersama.


Tapi aku menyepi diri, tidak lain tidak adalah untuk membina diri. Menjadi seperti beluncas di dalam kepompong. Membina diri dalam senyap, hingga tiba saatnya mampu terbang dengan riang gembira. 


Cukuplah aku memerhati kalian dari jauh. Kerana aku malu dengan kalian yang mengetahui sejarah silamku.


Bila kalian mengajak aku agar membuat program untuk bersama, aku tak mampu untuk bersama. Dengan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas aku, dalam masa yang sama aku perlu fokus dalam membina diri.


Andai saja 5 tahun lepas aku telah berusaha gigih seperti kalian, tentu saja hari ini aku mampu bergembira dengan kalian. Tetapi aku, aku dah jaaaaaaaaauh sangat tertinggal. Aku perlukan satu pembinaan yang jitu dan serius, agar kelak aku tidak menjadi beban dan fitnah kepada dakwah ini.

Kerana dakwah ini amat memerlukan pemuda yang terbina sifat-sifatnya. 

Kerana persahabatan dan kebersamaan dengan kalian adalah suatu nikmat yang sentiasa membuat aku kuat di kala aku lemah, maka aku sentiasa berusaha dan berusaha. Semoga kita mampu bersama ' disana '.


Aku harap kalian memahami. Bahawa aku sangat merindui kalian. :)


"BELUMkah dtg waktunya bagi orang2 yg beriman, utk TUNDUK HATI mrk mengingat ALLAH & kpd KEBENARAN yg telah turun (kpd mrk), & jgnlah mrk spt orang2 yg sblmnya telah diturunkan Al Kitab kpdnya, kemudian berlalulah MASA yg PANJANG atas mrk lalu HATI mrk menjadi KERAS. & kebanyakan di antara mrk adalah orang2 yg fasik." (Al-Hadid 57:16)


Telah berlalunya masa-masa untuk kita hidup dengan masa silam. Hari ini adalah perjuangan. - Ramadhan lotphi










Monday 16 July 2012

Ini kerana cinta !





Aku membesar dalam tarbiyah ini dengan melihat sendiri bagaimana kesungguhan murabbi aku dalam membesarkan aku. Daripada aku hanya reti bertatih, dan Alhamdulillah kini aku mampu berlari walaupun masih tidak selaju ikhwah yang lain.

Kadang-kadang aku hairan. Hairan mengapa mereka ini sanggup menghabiskan masa mereka, tenaga, duit poket, semata-mata untuk membesarkan kami dalam tarbiyah ini.

Sedangkan apa yang mereka dapat daripada kami untuk melayan kami di awal tarbiyah dulu adalah ‘’ sori ye akhi, minggu ni ana macam malas nak datang usrah’’. Haha. Tapi itu cerita 2 tahun lepas ye. Hihi.

Aku membesar dalam tarbiyah ini bukan saja dengan cerita-cerita ikhwah Indonesia akan kesungguhan mereka dalam dakwah. Tetapi saat sang murabbi menceritakan kepada aku kesungguhan ikhwah Indonesia, sebenarnya kesungguhan itu sendiri telah ada pada dia.

Aku kagum. Sangat kagum dengan mereka.

Di awal tarbiyah ini, aku mengenal sebuah qudwah.


[ kenangan ini sangat indah. Sobs. ]

Murabbi pertama aku, sanggup luangkan masa boleh dikatakan setiap malam hanya untuk mendengar aku bercerita. Layan je apa yang aku cerita. Kalau hari ni aku fikir-fikir balik, kadang-kadang tak logik pun benda yg aku cerita tu. Tapi dia, tetap layan segala kerenah aku. Hihi. Dengan dia, aku belajar banyak sangat pengalaman dalam menyantuni mad’u.

Seorang ikhwah, sanggup bawak aku pergi rumah ikhwah, sanggup bawak aku jalan-jalan naik motor LC nya untuk iktikaf kat masjid, sanggup belanja aku makan, demi membantu aku untuk lebih kuat dalam tarbiyah ini. Walaupun hubungan kami kadang-kadang agak selalu gaduh (haha), tapi dengan dia aku belajar sebuah pengalaman berharga. Pengalaman dalam menjadi seorang sahabat. T__T

Ada seorang ikhwah ni. Selalunya ikhwah lain panggil dia dengan ikhwah rugged.  Sebab setiap kata-kata dia selalunya pedaaas sangat dan laju je menusuk dalam hati. Tapi apa yang buat aku sangat sayang kat dia, sebab setiap kali aku ada masalah mesti dia akan dating hulurkan telingan untuk dengar setiap masalah aku. Dan aku banyak belajar erti kesungguhan dari dia.

Seorang ikhwah yang bekerja sebagai Engineer. Kebiasannya sampai rumah lewat petang. Sanggup ulang alik dari Nilai ke Bangi semata-mata untuk buat liqo dengan aku. Aku seorang ! Dengan dia aku belajar agar disiplin dengan tarbiyah dan dakwah.

Ah. Kalau aku nak ceritakan, di sana banyak sangat pengorbanan yang ikhwah tunjukkan kepada aku sebagai qudwah untuk aku dalam dakwah ni.

Mereka ini pemuda-pemuda yang tak dikenali, tapi sentiasa ikhlas dalam membina satu generasi untuk ummah ini. Menyediakan pemuda-pemuda yang akan bekerja bersama-sama dalam membina dakwah ini.



Sudah cukupkah pengorbanan kita?

Aku masih ingat saat kita sama-sama naik KTM untuk liqo di Klang. Sama-sama berkumpul dari Bangi untuk berjumpa dengan akh kita yang masih belajar di sana. Perjalanan pergi dan balik selama 4 jam  naik KTM itu menjadi singkat dengan tilawah kita, dengan membincangkan masalah umat, dengan planning masa hadapan kita, mahupun dengan curhat yang berlaku antara kita.

Aku masih ingat bila kita sama-sama menggunakan BEB. Untuk pergi ke program-program. Menggunkan BEB untuk bawa halaqah di Sekoalh Yang di Rahsiakan Namanya. Membina murabbi buat ummah ini, walau aku akui aku bukanlan seorang murabbi yang terbaik.

Aku masih ingat saat-saat kita tidur di sebuah masjid, demi menjaga mutabaah amal kita, agar sentiasa bertenaga dalam menggerakkan dakwah ini. Ketika itu hanya kita berdua. Dan kini engkau telah pergi akhi sayang. Pergi bertemu Tuhanmu dengan jiwa yang tenang. Setenang wajahmu ketika aku melihat engkau terlantar di hospital itu. Dan betapa berungtungnya engkau, kerana pemergian engkau adalah di saatnya engkau baru pulang dari menghadiri program  tarbawi. Sunnguh aku cemburu padamu akhi. 

Ya ikhwah,


Sudah cukupkah pengorbanan kita ini? Terhenti setakat itu sajakah cerita-cerita manis kita? Adakah hari ini kita masih bersemangat seperti dulu, atau kita mula disibukkan dengan jahiliyah yang amat kita hindari satu hari dulu? 


Masih adakah waktu-waktu yang kita peruntukkan untuk DF orang sekeling? Masih ada lagikah masa untuk kita terus membina diri kita? Dari zero kepada Superhero? Semoga kalian masih menjadi seperti yg aku kenali dulu.



ProjeKita masih belum selesai.

Akhi, ProjeKita masih belum selesai. Projek menyediakan murabbi buat ummah ini.


Masih aku ingat pesanan akh yang mengasaskan projek ini. 


Kata beliau, ‘’ Akhii, kita kena sediakan murabbi untuk umat ni. Ramai orang menjadi daie, tapi tidak ramai yg sanggup menjadi murabbi’’.

Akhi, masih banyak rijal yang perlu kita santuni. Masih banyak jiwa-jiwa yang perlukan sentuhan dari jiwa-jiwa antum yang ikhlas untuk dakwah ini.

Masih banyak jiwa-jiwa yang kekeringan diluar sana akibat bermain-main dan tidak fokusnya kita dalam membentuk murabbi.

Bila aku melihat kesungguhan mereka, para ikhwah yang aku kagumi dalam amal mereka, barangkali hanya satu penyataan yang sentiasa bermain-main di benak fikirkan mereka.

‘’ Kerana dakwah ini adalah cinta ‘’.

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)


Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."  [QS Al-Hadid, 57:16]

Pemimpi - Suatu hari nanti kita akan mati. Menulislah. Biar sejarah menentukannya.



Ingat berjuang ni senang?




Saturday 14 July 2012

Aku nak kawin. Heh.



Ahha. Teringat saat-saat di awal tarbiyah ini. Dibesarkan oleh ikhwah yang bernikah awal. Dan sangat-sangat diprovok dan digalakkan untuk kawin awal. Siot je. Haha.

Murabbi aku sendiri, bernikah seawal usia 22 tahun. Tapi ayah aku bernikah seawal umur 21 tahun. Err.

Kerana aku ingin bernikah, bukanlah semudah menuturkannya. Aku tidak ingin melangkah ke fasa kedua, dalam keadaan aku sentiasa merangkak-rangkak di fasa pertama. Baaaaaaaaaaanyak sangat benda yang perlu dibaiki.

Dan bukanlah semata-mata kewangan yang aku peningkan, kerana kewangan insyaAllah mampu dicari. Tapi yang aku risaukan adalah pembinaan diri. Kerana bagi aku, indikator untuk bernikah ini bukanlah umur, tetapi sejauh mana persiapan yang kita lakukan.

Kerana aku beriman sesungguhnya bukanlah yang umurnya tua itu bermakna ia lebih matang, dan tidak pula bermakna yang muda itu tidak matang. Semuanya bergantung kepada muwasofat yang telah kita bina pada diri kita.

Kerana aku ingin berkahwin, ia bukanlah semudah mengemukakan teori-teori kepada ibu bapa, walaupun aku dah mula melobi mak ayah aku dua tahun lepas. Haha.  Dan ayah dan mak aku pun sebenarnya dah terima dakwah aku ' untuk nikah awal', cuma ada beberapa perkara yang masih belum ada pada diri aku. Heh.


Kerana aku ingin berkahwin, aku pernah tegaskan kepada diri aku beberapa perkara. Wahai diri, janganlah engkau bermain-main dengan persaksian yang engkau berikan ini. :)


Selagi benda ni aku tak mampu nak maintain, atau erti kata lain tidak menjadi darah daging aku, aku cuba untuk taknak fikir mengenai nikah. InsyaAllah, aku sedang berusaha menjadikan benda-benda ni suatu kewajipan untuk aku. Sebagai orang yang menggerakkan dakwah. Eh.


Pertama, mutabaah amal.

  1. Istiqamah dalam subuh berjamaah, etlis 5x seminggu
  2. Istiqamah tilawah sehari sejuzuk
  3. Istiqamah qiamulai etlis 5x seminggu
  4. Istiqamah mathurat kubra harian
  5. Dan beberapa mutabaah amal yg lain *boleh rujuk wajibat al-akh - risalah taalim
Kedua, dakwah
  1. Aku dah ada usrah penggerak. Etlis dorang ni dah faham dan sedar + komitmen dengan wasail tarbiyah.
Ketiga, study aku.
  1. Result study aku cemerlang
Ahha. Mesti ada yang pelik kan kenapa macam sikit je, sedangkan banyak lagi benda yang perlu disiapkan untuk melangkah ke alam berdua. Err. Benda-benda yang lain tu insyaAllah dah boleh maintain. Dan benda-benda yang aku nak capai dalam hidup aku, (planning jangka masa panjang sampai mati) biarlah aku je yang tau.
Kenapa aku letakkan indikator tersebut pada diri aku?

Kan senang kalau belaja dulu, pastu kerja. Dah dapat duit baru la fikir nak kawin. Kemudian baru la fikir nak istiqamah dengan baca quran segala bagai  tu. Heh.

Sebab aku nak nikah awal la! Nak nikah masa belajar. Ahha.

Kerana aku mahu bernikah kerana dakwah.

Bila aku katakan aku mahu bernikah kerana dakwah, yang paling utama sekali yang aku kena dakwahi adalah diri aku. Mana mungkin aku mampu lahirkan sebuah baitudakwah, andai diri aku sendiri tidak mampu aku dakwahi?

Macam mana aku nak lahirkan anak-anak yg comel dan gebu yang boleh menjadi murabbi buat ummah ni, kalau aku sediri tak mampu buktikan cinta aku kepada Allah?

Paling utama, macam mana aku nak menyeru manusia kepada Allah, sedangkan aku sendiri jauh dr Allah. Sobs. T__T,

Entah lah. Kalau aku nak bagi teori untuk kuatkan hujah aku untuk nikah, baaaaaaaaanayk sangat yang aku boleh bagi. Tapi cukuplah satu ayat yang aku bagi sebagai sebab untuk aku nikah iaitu, '' kerana dakwah. ''


Dan semestinya dengan sebab-sebab lain, seperti nak tundukkan pandangan, agar ada pasangan boleh curhat dan bermanja, menjadi penguat ketika susah dan senang, jalan-jalan pegang tangan pergi daurah sama-sama hoyey, dan  banyak lagi la. Eh.


Dan sebelum memasuki marhalah kedua itu, Baitudakwah, aku sedang berusaha untuk menjadi individu muslim yang baik, kacak lagi bergaya !


Kerana si comel itu perlu membesar dengan hammasah.


Ni satu lagi sebab utama kenapa aku nak nikah awal. Aku ingin agar anak-anak membesar ketika hammasah aku tengah membara. Err. Aku nak mereka membesar melihat semangat abah mereka dalam menggerakkan dakwah ini. Aku ingin mereka terbiasa dengan program tarbawi dari kecil. Si kecil tu boleh lepak sama-sama dengan anak ikhwah yang lain, yang nikah masa usia muda-muda. Barulah membesar menjadi seperti Syeikh Yusuf Qaradawi. Ehem.


Kerana kami sefikrah. 


Eh, kenapa aku letakkan semua benda tu sebagai untuk diri aku je? Kenapa tak macam lelaki soleh diluar sana yang meletakkan indikator dalam memilih pasangan hidupnya? Nak pasangan yg solehah, pandai masak, manja, caring, pandai jaga anak, minat kucing bla bla bla..Ahha. 


Kerana aku yakin, dia juga sedang membina dirinya. *kenyit mata.


Dia juga semestinya sedang melalui fasa yang aku sedang lalui. Dia juga sedang membina dirinya agar bila melangkah ke marhalah kedua kelak, dakwah itu semakin haybat.


Mujahadah itu memang pahit, kerana hasilnya manis seperti eskrem coklat dan strawberi. Nyum nyum !


Setahun atau dua tahun lagi insyaAllah. 

Teringat kata-kata murabbi Sang Engineer. '' kalau mutabaah macam ni pun enta tak mampu maintain masa zaman study, maka yakinlah, enta takkan mampu nak maintain bila dan berkeluarga dan bekerja. Rindu anda. Sobs. T_T

Pemimpi Tegar - Kalau kalian minat kat seseorang tu, kalian doa je hari-hari, doa je terus,

''Ya Allah, Kau kahwinkanlah aku dengan dia, aku dah minat gila-gila ni''.


Friday 13 July 2012

Kadang-kadang kita lupakan sunnatullah.





Kadang-kadang aku keliru dengan segelintir manusia yang berada dalam medan dakwah dan tarbiyah ni. Aku keliru bila mereka seolah-olah terlupa dengan sunnatullah dalam tarbiyah ini.

Entah lah. Barangkali kerana terlebih membaca buku fikrah, atau tidak memahami apa sebenarnya fikrah yang disampaikan pada buku tersebut.

Straight to point. 


Kita nak ubah manusia.

Dari jahat kepada baik. Dari bergelumung dengan jahiliyah kepada cahaya Islam. Daripada bekerja dan beramal untuk jahiliyah, kepada beramal dan bekerja untuk islam sendiri. Daripada segala kebolehan yang ada pada individu tersebut dipergunakan oleh jahiliyah, seterusnya mengubah kebolehan tersebut agar membantu islam.

Lantas bagaimana cara yang kita gunakan?

Seringkali apa yang kita lakukan adalah dengan mengubah luaran individu tersebut.

Malah ada yang berkata, ‘’ adakalanya kita perlu ubah luaran dari, baru meresap ke dalam ‘’. 


Fikrah apa ini? Ehem.

Antara contohnya macam ni. Bila kita nampak orang kapel pegang tangan, kita ambik pedang samurai pastu kita cantas tangan dia. Bila orang buang sampah merata-rata, kita ambik penukul ketuk jari dia, bila orang hisap rokok, kita bakar mulut dia dengan api.

Dan perkara terus dan terus berlaku dalam masyarakat kita ! Kita ubah luaran luaran dan luaran !

Dengan apa? Kebiasannya dengan pukul,pukul dan pukul.

Dan teknik mengubah luaran ni terus dipraktikkan dari zaman dulu saaaaaaaaaampai sekarang.

Persoalannya, menjadi ke kaedah tu? Kaedah mengubah luaran manusia? Berdasarkan pemerhatian aku selama aku hidup 20 tahun, kebanyakkan mereka-mereka yang dihukum sebegitu, tidak berhasil menjadi baik.

Yang kita perlu lakukan sebenarnya tarbiyah individu tu. Seperti mana yang Rasulullah lakukan. Dengan melakukan perubahan dari dalam kepada luaran.

Nak ubah corak dia berfikir, nak ubah luaran dia, kena ubah dalaman dulu. Ha ! Hati dia tu.

Sebab kat situlah bertapaknya keyakinan, keazaman, kepercayaan pada diri seseorang tu.

Mat rempit sentiasa merempit sebab dalam hati dia meyakini  bahawa merempit tu benda yang tak salah..Keyakinan dalam hati tu mempengaruhi fikiran dia (fikrah) seterusnya menghasilkan amal dalam kehidupan dia. 


Hatta semua orang panggil dorang sampah masyarakat pun, dorang tetap buat dono. Sebab dorang yakin apa yang dorang buat tu tak salah. Malah bagi mereka merempit sebenarnya satu suka yang menguji tahap kecekapan dan kelicikan dalam membawa motor. Huh.

Jadi apa yang kita kena lakukan untuk mengubah seseorang?


Yang kita kena lakukan :

  1.  Hidupkan Islam dalam diri kita dahulu
  2. Hidupkan Islam pada diri orang sekeliling kita.
*tahrim : 4


Dan kedua-dua perkara ini akan berlansung dengan seiring, bukannya setelkan diri kita dulu, kemudian baru setelkan orang lain.

Kadang-kadang kita ni terlalu sibuk nak ubah orang lain, tanpa memikirkan untuk ubah diri kita dulu.

Dan please lah, jangan mengajar manusia beriman dengan kita. Jangan ajar manusia berubah kerana kita. jangan ajar manusia meninggalkan sesuatu kejahatan kerana takutkan kita. Jangan ajar manusia lakukan sesuatu kebaikan kerana gerun melihat wajah kacak kita. 

Tapi ajar orang beriman dengan Allah. Ajarlah manusia lakukan sesuatu kerana malu dengan Allah. Ajar manusia lakukan sesuatu kerana dia segan dengan kebaikan Allah pada dia. Ajar manusia agar takutkan Allah.


Kerana manusia itu akan mati meninggalkan dunia yang fana ini, menuju kepada Tuhan yang menciptakan dia. Lantas mengapa masih magu mengajar manusia takutkan manusia?


Wednesday 11 July 2012

Kata-kata keramat ikhwah Jalan Keramat. Eh.






Jaga amal fardi, jaga amal fardi, jaga amal fardi. 
Buat dakwah, buat dakwah, buat dakwah. 
Bismillah, jalan je.
- Nur bakri



Semai, suburkan dan peliharalah keikhlasan cinta.Bbahkan inilah hakikat perjalanan ini
Majeed Al-Bangi.



Anta harus ada rasa tawadhuk. itu akan menyebabkan anta rasa kekurangan lalu rasa keperluan untuk belajar banyak perkara, lantas rela mengambil segala ilmu dan hikmah dari sesiapa sahaja. Ir Faridul Farhan


Sentiasa bangun dan dekati quran. InsyaAllah disitu ada kekuatan. Sebab kekuatan bukan dari ikhwah, tapi dari Allah. Bersungguh-sungguhlah kita jadi yang terbaik di mata Allah. Allah sebaik-baik penilai.
 - Ammar Sahrim


Dakwah ni try and error je. Kalau dah takda orang lain boleh buat, enta la kena buat. 
Tuan Taufik


Berimanlah dengan Allah. Jangan beriman dengan ikhwah. Mujahadah dan terus mujahadah. 
Hussaini Khairuddin


Kita perlukan hati yang ikhlas, jiwa yang hidup, keinginan yang kuat, kesungguhan beramal, ilmu yang walaupun tidak banyak tapi menyuburkan hati dan jiwa manusia sekeliling kita. 
-Akhi Azrin 


Dalam kehidupan ini, kita perlu ingat. Tiada apa yang kita perlu cari melainkan keredhaan Allah. Sama-sama berusaha.
 Nasri Ishak


Dalam pentarbiyahan mad'u, kita kena make sure dorang faham secara ber'step, 
1) Islam
2) Dakwah
3) Jamaah. 
Adam Tan


Dalam dakwah ni, kita kena fokus !
 -Adam Effendy


Jangan menulis benda-benda kosong. Tulis sesuatu yang mampu buat fikrah kita disampaikan kepada orang sekeliling (sambil provok) 
- Harith Amran


Dakwah ini bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita serta hubungan dengan Rabb. 
-Faiz Perancis



Err. Aku? Ahha. Yaang aku suka pesan kepada diri aku satu benda je.


'' Jangan buang masa umat ini dengan kemalasan dan tidak fokusnya kita ''. *headshot diri sendiri*

Pemimpi Tegar,
Ipoh, Perak.



Tuesday 10 July 2012

Senyuman kalian.




Bismillahirrahmanirrahim.

Susah. Susah aku nak kongsikan betapa beruntung Allah memilih kita berada bersama kafilah dakwah ini. Seringkali saja bila melihat kepada diri sendiri, aku akan mengatakan,

‘’ Apa sebenarnya yang ada pada diri aku, sehingga Allah memilih aku? ‘’ –bukan utk mempertikaikan, sekadar peringatan

Di antara berjuta makhluk ciptaannya di alam ini. Bila dilihat dari atas KLCC saja sudah tergambar betapa keciknya kita, aptah lagi bila memandang luar dari planet yang kita duduk ni.

Sungguh, aku malu dengan kalian. Wahai ikhwah yang bersungguh-sungguh dalam amal kalian.

Ikhwah fillah,

Suka aku mengatakan bahawa antara kegembiraan dan kebahagiaan aku di dunia ini adalah melihat senyuman kalian. 

Ya. Senyuman kalian.

Senyuman yang terpancar dari hati-hati yang bersih, dari wajah-wajah yang berpenat lelah dalam dakwah, dari wajah yang sentiasa mengalir air matanya demi memikirkan bebanan dakwah ini. Dari wajah-wajah kalian yang sentiasa berfikir bagaimana kalian mahu melahirkan murabbi buat ummah ini.


Ada saatnya ukhwah kita bermasalah.

Kadang-kadang bila kita memikirkan masalah yang berlaku antara kita, seringkali solusi yang kita lakukan adalah membawa kepada perubahan luaran semata.

Kita sekadar memikirkan bagaimana mahu membuat satu program yang mana kita akan bersama-sama bergembira. Kita panjat bukit bersama, mandi sungai bersama, ber'BBQ bersama, berjaulah bersama, hingga kita merasakan bahawa hanya itulah jalan untuk mencapai kebahagiaan ukhwah yang sebenar.

Ahha. Aku tidak mengatakan apa yang kalian lakukan salah. Tidak sekali-kali ! Malah aku amat mengagumi kesungguhan kalian dalam menjaga persaudaraan antara kita.

Tapi aku hanya ingin mengajak agar kita mencari solusi dari akarnya.

Itulah iman.

Kerana yang aku sentiasa risaukan ikhwah yang aku kasihi, bukanlah pada ukhwah kita. Tapi yang aku risaukan adalah pada iman kita. Kerana ikhwah, ukhwah itu hanya bermasalah tatkala iman kita bermasalah.

Setuju ke?

Lihatlah ikhwah. Tatkala kita mula culas dalam mentadabbur al-quran, maka tatkala itulah persaudaraan kita menjadi renggang. Sedangkan yang kita sering laung-laungkan sesungguhnya al-quran itu adalah manual untuk kita hidup sebagai hamba dan khalifah

Bila kita gagal dalam mentadabbur al-quran, bagaimana al-quran itu hendak membekas di hati kita, seterusnya menghasilkan pemuda-pemudi yang cintakan persaudaraan.

Maka ikhwah. Aku menyeru. Aku menyeru kepada kalian dan kepada diriku sendiri. Marilah kita sama-sama menjaga iman kita.

Dalam erti kata lain kita menjaga mutabaah amal kita.

Tidak dilupakan agar sentiasa tadabbur al-quran, dan berusaha mengamalkan isi kandungannya.


Stamina iman kita terus tingkatkan dari hari kehari, agar jiwa kita sentiasa hidup dan merasa pemerhatian Allah dalam setiap perbuatan kita. Hingga akhirnya dari jiwa-jiwa yang sarat keimanan ini, mampu kita kongsikan kepada manusia di sekeliling kita. 

Kerana ikhwah, sesungguhnya aku sentiasa rindukan senyuman kalian. :')

Pemimpi Tegar - Ya Allah, sampaikanlah aku ke Afrika Utara. 

Monday 9 July 2012

Anda ni haybat lah.


Suatu hari masa saya lepak-lepak dengan sorang member ni, tiba-tiba je dia buat muka mintak penyepak. ghairah sambil memandang saya.

Dia kata, ‘’ saya kagum gila dengan anda wahai pemimpi tegar. Dulu kat sekolah anda femes dengan kenakalan anda, sekarang ni makin meningkat dengan kebaikan anda’’. Boleh ajarkan saya bagaimana saya ingin menjadi seperti anda?

*muka dono sambil sedut tea o ais*

Err. Saya haybat? Apa yang hebatnya?

Yelah. Anda kan ikut tarbiyah, anda pandai bawak halaqah. Kalau satu je saya tak la kagum sangat, tapi anda bawak 80 halaqah seminggu ! (ok, ni sumpah tipu). Ceria la..cerita la kat saya macam mana nak jadi macam anda.

*muka dono sambil sedut tea o ais*

Kalau aku dah masuk syurga boleh la cakap aku hebat. Heh.

Teringat kata-kata seorang akh, bila aku selalu mengagumi amal beliau, lantas dia bagi aku penampar setepek kat muka. Katanya,

‘’ Kalau ingin mengambil contoh, ambillah dari para salafussoleh. Kerana mereka telah diyakini dengan kesudahannya ‘’. 



Kita selalu berbangga mengatakan kita ahli ikhwan,
Sejauh mana ikhwan itu berada pada diri kita? 

Sunday 8 July 2012

Kerana kita insan berdosa.



Ya Allah, aku mohon padaMu,
agar nikmatnya berdakwah tidak ditarik dari hati kami,

Aku mohon padaMu Allah,
janganlah kerana kelalaian kami, 
kami ditapis dari jalan dakwah ini.

Kerana sesungguhnya kamilah yang memerlukan dakwah,
sedangkan dakwah tidak sekali-kali memerlukan kami.

Ya Allah,
aku mohon padaMu,
agar nikmatnya bertilawah,
nikmatnya mengerjakan subuh berjamaah,
nikmatnya mengadu padaMu dalam keheningan malam,
nikmatnya bergerak ke sana sini,
berpenat lelah dalam menyediakan murabbi buat ummah ini,
tidak Kau tarik dari jiwa-jiwa kami.


Dosamu adalah penyebab mengapa engkau perlu berdakwah.


Nikmat berbuat maksiat akan hilang tp dosa akan kekal, penat beribadah akan hilang tp pahala akan kekal :)


Thursday 5 July 2012

Jangan Jatuh Cinta.






Di sini pernah ada rasa simpati
Di sini pernah ada rasa menggagumi

Rasa ingin memiliki
Memasukkanmu ke dalam hati ini 

Menjadi penghuni...

Mencoba berlindung di balik fitrahnya hati 
Untuk mencari pembenaran diri...
Namun ternyata semua hanya permainan nafsu



Untuk memburu cinta yang semu
Aku Tertipu...

Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan 
Bukan cinta yang pernah ku tanam 



Aku ingin rasa cinta ini 
Masih menjadi cinta perawan
Cinta yang hanya aku berikan 
Saat ijab qabul telah tertunaikan 



Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan 
Bukan cinta yang ku tanam 

Album : Jangan Jatuh Cinta Tapi Bangun Cinta
Munsyid : Maidany


Maafkan saya kerana lama tak hapdet blog. Kesibukan sikit di alam realiti. Walaupun hakikatnya tidaklah sesibuk mana. Kerana saya meyakini satu pepatah, '' hanya orang yang sibuk mempunyai masa ''. Tapi kerana kelemahan saya dalam menguruskan hidup saya, maka seringkali tertangguh-tangguh untuk hapdet blog.

Jadi maafkanlah saya atas kekurangan dan kelemahan saya. T__T,

Tapi serius, beberapa hari ni sibuk sangat. Dan satu lagi perkara, saya ingin cuba hidup di alam realiti. Kerana bukan sahaja anda yang perlukan sentuhan saya, malah mereka diluar sana lebih-lebih lagi perlukan perhatian, kasih sayang dan belaian saya ! Ahha. 

Ok. Sampai ketemu lagi ! *senyum*