Thursday 28 June 2012

Siapakah mereka berdua itu?





Assalamualykum.

Apa khabar anda semua? Semoga anda terus tangkas dan bergaya membina impian dalam hidup anda. Kerana sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Ar-Ra’d, surah yang ke 13 ayat 11,

‘’ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. ‘’

Oh. Ini bukanlah slot motivasi seperti yang anda selalu dengar di radio mahupun ketika ingin mengambil SPM dahulu.  Walaupun saya begitu teringin menjadi pakar motivasi suatu hari nanti. Heh.

Baru-baru ini petisurat mukabuku saya telah diketuk (bahasa mudahnya saya mendapat mesej facebook) dari seorang jejaka yang agak tampan dan bergaya. Err. Yang sentiasa berangan-angan menjadi Inspector yang menjual nasik lemak dengan jayanya.

Ahah. Saya nampak anda mula tersenyum-senyum sambil mengangguk-angguk kepala. Anda memang pandai meneka! (sambil tepuk dahi anda)

Ya. Baru-baru ini Inspector Saahab menghantar mesej kepada saya. Yang berbunyi (ok, ayat skema disitu) :

‘’ Siapakah gerangan budak kecik berdua di header anda itu? Saya dan anda kah? ‘’

Sambil ketawa dengan kuat seorang diri. Saya berkata dalam hati, ‘’ boleh tahan perasan jugak mamat ni’’. Ahah.

Hei. Anda jatuh tsiqah kerana saya gelak kuat-kuat? Sila rujuk perkongsian saya mengenai jatuh tsiqah.


Tapi kan, bila saya muhasabah balik atas ketidakperasan Inspector Saahab itu, maka saya seolah-olah menjumpai titik persamaan antara kami berdua. Ya ! Titik persamaan. Walaupun kami hanya berkenalan dan menyemai cinta di mukabuku dan blog, tapi tapi saya sangat senang dengan beliau.

Kami sama-sama minat menulis meskipun penulisan bukanlah fokus utama kami (err..maksud saya kami bukanlah pelajar bidang sastera apalagi penulis novel terkenal). Kami sama-sama minat dan sangat gila dengan dakwah, walaupun kami bukanlah orang yang hebat dalam dakwah.

Kami sama-sama cuba membina rijal yang bergaya buat ummah ini walaupun kami sendiri bertatih dalam mentarbiyah diri kami.

Walaupun penulisan kami tidaklah sehebat Imam Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Syeikh Maududi, Amru Khalid, dan penulisan-penulisan hebat yang lain, tapi kami tetap akan terus menulis dan perbaiki penulisan kami. Semuanya tidak lain adalah untuk dakwah ini ! InsyaAllah.

Dan atas titik persamaan ini, tak salahkan kalau suatu hari nanti kami akan membina website kami sendiri kan ? Ahah.

Daripada menjadi mutarabbi, cubalah berusaha agar mampu menjadi murabbi.

Daripada sekadar menjadi orang yang ditarbiyah, berusahalah agar menjadi pengurus kepada tarbiyah.

Daripada sekadar menjadi pembaca, berusahalah menjadi penulis.

Daripada sekadar menjadi pendengar, berusahalah menjadi pembicara yang hebat.

Kerana tarbiyah ini tiadalah ertinya kalau saban tahun anda masih ditakuk yang lama.

Pemimpi Tegar – Maaf kalau anda tidak menjumpai isi-isi menarik dalam perkongsian ini. Sekali-sekala apa salahnya saya nak berjiwang di blog saya sendiri kan? Kalau bukan saya yang menulis, takkanlah anda pula yang menulis di blog saya. Heh.

Jangan jadi manusia yang suka hidup dengan zaman silam, kerana zaman silam adalah sejarah. Hari ini kita kena berjuang. JOM !

Sekian.
Pemimpi Tegar,
Ipoh, Perak.

13 comments:

  1. salam alaik..memang saling kenal mengenali ka enta ngan inspektor sahab tu? dia pon selalu ke blog ana..selalu mencuit hati jika tinggalkan komen..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla. Ana pun kenal dia dari mukabuku. Tapi insyaAllah kami seideologi. Heh.

      Delete
  2. Terharu bagi pihak inspector

    boleh tahan perasan ah dia tu - -"

    *tapi enta hebakk akhi.
    tah tah dah boleh jalan atas air ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheh. Tiba-tiba bertukar nama.. --''

      Ahaha. Dia tu memang suka perasan. Tapi xpe, sebab ikhwah sentiasa memahami. :p

      Ana bukan setakat jalan atas air akhi, berenang di lautan juga boleh. XD

      Delete
  3. Dai'e kena fleksibel. fleksibel sampai kalah gymnas gymnas olimpik wahahah

    -______-

    ah. level brapa ni ? terlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepuluh kali fikir baru dapat tangkap..tingginya sastera.. -_-''

      Ana? O88 ! Ahah.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Tidak dilupa inovatif dan kritis. Ahah.

      Delete
    2. korang ni orang yang sama dak?

      kenak jugak ka pelaut Rabbani??

      Delete
    3. Orang yang sama? Taklah. KKmi berbeza, tapi sama ideologi saja.

      Dengan Pelaut, pernah sekolah sekali. Tapi tidak sehebat beliau. Beliau dari zaman sekolah memang stok budak alim. Ahah.

      Dengan Inspector masih baru lagi menyemai cinta menyulam rindu. Eh.

      Delete
  6. alhamdulillah dah jumpa dengan org yang seideologi.. ^_^

    p/s: salam ziarah.. ^_^

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.