Monday 11 June 2012

Cemburu itu membina, bukan meruntuhkan.





Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang terus memberi banyak nikmat, tatkala kita selalu mengkufuri nikmatnya. Segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini. Kalaulah Allah berikan kepada kita kekuatan untuk keluar dari galaksi bima sakti, pasti kita akan merasai betapa kerdilnya diri kita. Hatta hakikatnya apalah nilai diri kita di sisi Allah.


Selawat dan salam kepada Rasulullah, dan para sahabat kerana kesungguhan baginda, hari ni kita masih lagi dalam merasai hidup dalam tarbiyah dan dakwah.




Cemburu kepada Islam. 


Tarbiyah yang aku fahami dan yakini, sesungguhnya akan menghasilkan pemuda pemudi yang mempunyai rasa cemburu.


Sungguh aku cemburu kerana hari ini Islam masih belum menjadi rujukan kepada alam ini.


Aku cemburu kerana saban hari islam terus ditindas dan terus ditindas tapi kita tak punya kekuatan untuk melawan balik.


Aku cemburu melihat saudari-saudari aku yang diperkosa tanpa ada belas kasihan oleh hizbuzsyaitan laknatullah.


Aku cemburu melihat para suami yang gila akibat tidak tahan melihat isterinya dinodai kehormatannya.


Allah. *air mata menitik laju*




Cemburu kepada jahiliyah.


Hari ni aku begitu cemburu. 


Aku cemburu melihat betapa tersusunnya jahiliyah dalam perancangan-perancangan mereka. Sehinggakan tempiasnya bukan hanya pada diri kita, tetapi kepada ibu ayah kita, kepada adik beradik kita, kepada sepupu-sepupu kita, malah mungkin akan memberi kesan kepada generasi anak cucu kita kelak.


Kadang-kadang tanpa kita sedari, diri kita juga turut terperangkan dalam perancangan jahiliyah, dengan memberi alasan bertopengkan islam. 




Cemburu kepada para ikhwah 


Aku cemburu. 


Sungguh aku cemburu dengan para ikhwah yang sangat bersungguh-sungguh dalam tarbiyah mereka. Sanggup tidur di masjid untuk menjaga subuh mereka. Sanggup menahan rasa mengantuk untuk habiskan tilawah mereka. Sanggup habiskan duit, luangkan masa, tenaga semata-mata untuk dakwah ini.


Sehinggakan bila aku melihat mereka, pasti aku akan mengatakan pada diri aku. 


'' Ya Allah, kuatnya mereka dalam membina diri mereka dan membina rijal buat ummah ini. Hebatnya mereka dalam membina lapisan-lapisan murabbi buat ummah ini.''


Dan aku yakin, apabila kalian melihat mereka dalam membina mutarabbi mereka, pasti kalian akan mempersoalkan, '' dia ni tak kenal ke penat tu apa? '' T___T,


Tarbiyah ini mengajar aku satu hakikat.


Tarbiyah ini bukan mengajar aku agar cemburu kosong. Tapi ia mengajar aku agar cemburu itu disalurkan dengan jalan yang sihat. 


Cemburu yang perlu kita terjemahkan dalam kehidupan kita adalah cemburu yang membina, bukanlah cemburu yang meruntuhkan.


Lalu bagaimana caranya ?


Caranya adalah dengan kita sendiri perlu melakukan. 


Ya. Kita perlu lakukan. Dan kita memang perlu lakukan ! Apa yang kita cemburukan kepada orang lain, kita perlua melakukan agar kita dapat menjadi seperti mereka.


Bukanlah saatnya kia cemburu dengan satu-satu tanzim, maka kita pergi meruntuhkannya dengan menjaja keburukan dan kebodohan mereka ke sana sini. 


Tapi caranya adalah dengan bersungguhnya kita siang dan malam dalam membina tanzim kita. Fikirkan bagaimana caranya, dan terus bekerja bagi mengukuhkan tanzim kita. Agar tanzim kita lebih mantap. Lakukan !


Tarbiyah ini tidak mengajar aku tatkala aku cemburukan seorang ikhwah dengan mantapnya dia dalam dakwah, maka aku pergi mencari-cari kesalahannya agar dia jatuh. 


Kenapa perlu perbodohkan diri sendiri mencari-cari kesalahannya? Mengapa begitu tega kita mahu meruntuhkan akh kita sendiri? 


Tetapi tarbiyah ini mengajar aku agar cemburunya aku pada ikhwah tersebut, mendoronga aku untuk membuat perubahan pada diri aku. Perhebatkan tarbiyah dzatiyah. Perhebatkan gerak kerja dakwah.


Tatkala aku begitu membenci seseorang kerana akhlaknya, tarbiyah ini tidak mengajar aku agar pergi memaki hamun dia. Pergi menjaja keburukan dia ke sana ke sini.Tetapi mengajar aku agar aku memberikan buah setelah diberikan batu. 




Kesimpulan : Kita memang perlu cemburu, tapi bukan cemburu kosong.


Tarbiyah ini bermula dari kehendak diri kita untuk menjadi lebih baik. Malah bukankah slogan yang sering kita laung-laungkan adalah , '' hari ini aku harus lebih baik dari semalam. ''


Saudaraku,


Apalah beza kita dengan mereka, tatkala kita mengatakan mereka bodoh, tetapi kita juga mengikut kebodohan mereka?


Apakah bezanya kita dengan mereka, tatkala mereka melemparkan batu kepada kita, lalu kita melemparkan kembali batu kepada mereka.


Kita mengajak manusia atas dasar cinta. Maka cintailah manusia disekelilingmu.


Islam mengajar aku agar menyalakan lilin, bukan memarahi kegelapan. 


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang tersusun, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ As-Saff : ayat 4 ]


Pemimpi Tegar.
120612
Ipoh, Perak.

8 comments:

  1. Islam mengajar aku agar menyalakan lilin, bukan memarahi kegelapan.

    Nice quote. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap ana tu Syeikh Yusuf Qardawi ucapkan. :)

      Delete
  2. peringatan yang telus :) InshaAllah, berharap dapat menteladani mereka yang berjiwa besar dalam proses tarbiyah ini :)

    ReplyDelete
  3. ana cemburu sama enta. sngt qowiyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita adalah kaum yg miskin, jika tak kerana Allah tutup aib kita, nescaya terbukalah segala 'aib kita. Jika kamu semua mengetahui tentang dosa yg ada pada aku, nescaya kalian akan letakkan tanah di atas kepada aku. T___T

      Delete
  4. dan mencintai manusia itu bermula dari cintamu kepada Allah,

    dengan seizin-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata anda. InsyaAllah. Terima kasih atas perkongsian.

      Delete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.