Monday 25 June 2012

Manusia itu istimewa tahu?




Assalamualykum. 

InsyaAllah hari ni kita akan bincang sedikit mengenai manusia.

Ya. Manusia. Kerana anda adalah makhluk yang dinamakan manusia, dan saya sendiri adalah seorang manusia sekalipun gaya saya menaip di keyboard lebih laju dari anda. Heh.

Ok. Berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Manusia dalah makhluk yang sangat unik. Yang sangat istimewa diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini. Mengapa saya katakan begitu? Kerana pada hakikatnya tiada manusia yang hidup di bulan mahupun planet marikh. Err.

Di dalam Al-Quran banyak menyebut perihal manusia. Antara di dalam surah yang ke 32, Surah As-Sajadah ayat 7 :

‘’ Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah ‘’

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘’ Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk ‘’. (Al-Hijr 15:28).


Saudaraku,

Ada sebuah pepatah arab yang berbunyi, man arafa nafsah, faqod arafa Rabbah” yang maksudnya “barangsiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya.”

Allah s.w.t menciptakan manusia dengan tiga komponen. Yang mana mereka bertiga ini sangat berkait antara satu sama lain. Seumpama isi dengan kuku.

Di mana andai ketiga-tiga komponen ini tidak diberi permakanan dan perhatian yang sewajarnya, maka menbesarlah manusia tersebut menjadi manusia yang tidak sihat. Apatah lagi manu menjadi kacak bergaya seperti saya. Ehem.

Ok. Tiga komponen yang saya maksudkan adalah hati, akal dan jasad.


Dalam diri manusia itu ada seketul daging. Nyum nyum!

Rasulullah bersabda ‘’ Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah ! Itulah yang dikatakan hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim) -anda boleh merujuk matan arbain karangan imam nawawi.

Kalau kita merujuk kepada hadith di atas, kita akan mengetahui bahwa diantara ketiga-tiga komponen ini hatilah yang paling berperanan penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa. Oh. Dalam konteks ini kita mengatakan jatuh bangunnya seseorang manusia tersebut.

Makanan bagi hati adalah zikrullah. Mengingati Allah. Kerana itu dalam proses pentarbiyahan kita amatlah menekankan aspek penjagaan amal fardi (ada yang menyebutkan sebagai mutabaah amal).

Kita di seru agar manjaga solat berjemaah, bertilawah al-quran, membaca mathurat dan lain-lain. Malah sewaktu saya ditarbiyah oleh seorang engineer, dia menyarankan saya agar tidur di masjid setiap malam demi menjaga solat subuh berjemaah. Sungguh tegas anda wahai murabbiku. Tapi tapi dengan ketegasan beliaulah saya amat bersemangat untuk berada di jalan dakwah. Heh.

Tetapi terdapat segelintir manusia hanya menekankan aspek penjagaan hati dan rohani sahaja. Lalu ia hanya menyibukkan diri di masjid dan surau tanpa memikirkan anak kucing yang belum mandi dan juga itik yang sedang kelaparan disamping pakaian diampaian yang belum dijemur.

Malah lagi ekstrem lagi jadilah seperti paderi yang mengharamkan apa yang Allah halalkan !


Saya pandai tetapi saya..................

Komponen yang kedua itulah aqal. Yang mana makanan bagi aqal adalah ilmu. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al-Mulk, surah ke 67 ayat 10 yang berbunyi :

’ Dan mereka berkata, ‘’ Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni  neraka yang menyala-nyala ‘’ *gulp.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al Mujadilah : 11)



Saudaraku yang dikasihi Allah,

Ilmu andai tidak disandarkan kepada keimanan kepada Allah, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Terdapat segelintir dalam kalangan kita yang hanya mementingkan aspek penjagaan akal. Lalu ia begitu sibuk sehingga mengabaikan aspek penjagaan hati dan penjagaan kesihatan tubuh badannya.

Mereka study sehingga tidak menunaikan kewajipan sehingga mengabaikan hak-hak kepada Allah dan kepada manusia sekeliling.

Lalu lahirlah manusia-manusia yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi, tetapi mempunyai akhlak yang tidak mencerminkan ketinggian pelajaran.

Mereka terlibat dengan masalah sosial yang begitu meruncing. Ada yang terlibat dengan dadah, ada yang terlibat dengan penceraian, ada yang memukul anak dan mencederakan isteri. Bak kata sebuah video dari utara, ‘’ Hang pukui orang ni, hang pukui orang tu. Hang nak jadi gangster ?‘’

Malah yang lebih menyedihkan hati nurani saya (lucu sebenarnya. heh) adalah golongan pendidikan tinggi sebegini, yang mana bakal engineer, bakal doktor, bakal pakar motivasi disibukkan dengan cerita karton doremon dan shin shan. Wahai.

Benarlah seperti firman Allah, di dalam surah az-zumar, surah ke 39 ayat 9 : Katakanlah, ‘’ Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? ’’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima pelajaran.


Badang yang diperkotak-katikkan.

Cuba lihat kepada kisah badang. Walaupun dia seorang yang gagah, sihat, berotot dan perkasa, tetapi kerana tidak mendengar kata ibunya untuk pergi ke sekolah maka ia menjadi pemuda yang sering diperbodohkan dan mudah diperkudakan. *ini versi saya sendiri.  Ahah.


Begitulah kesannya apabila kita hanya menekankan aspek pembinaan jasad sahaja !

Lantas bagaimana kami mahu menangani problematika ini ?

Itulah beramal.

Ya. Makanan bagi jasad adalah amal. Seperti firman Allah di dalam surah At-taubah, surah ke 9 ayat ke 105 :

Dan katakanlah, ‘’ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin ‘’.

Saya berani mengatakan bahawa obesitinya seseorang bukanlah kerana dia kurang makan. Tetapi kerana dia kurang beramal. Hanya makan, makan dan makan, mana mungkin badannya sihat lagi bergaya ! 


Tetapi jangan pula menjadi seperti Badang yang hanya membina badan, tanpa mahu pergi ke sekolah. Kelak anda akan menjadi manusia yang mudah dipermainkan.

Jadi saudaraku, dengan ketiga-tiga komponen berharga ini Allah telah memberikan kepada kita satu amanah. Yang mana amanah itu tidak mampu dipikul oleh gunang-ganang dan makhluk lain. Tapi dipikul oleh kita.

Apakah amanah itu? Nantikan !

Pemimpi Tegar
Ipoh, Perak.

6 comments:

  1. ceh nantikan

    superais gittew

    Jazakallahukheir akh.

    untungla type laju.
    untngla pandai arab.
    untngla murabbi engineer
    untungla
    ...
    haha

    ReplyDelete
  2. Manusia yang sia-sia...!


    p/s~ayat cikgu sekolah saya dulu-dulu..Alhamdulillah, anak pelajarnya ini tak menjadi manusia yang sia-sia..InsyaAllah..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Moga kita tak menjadi manusia yang sia-sia. JOM!

      Delete
  3. Fizikal ana ok dah. Hensem dan bergaya. Heh
    Cuma perlu banyak usahakan hati dan akal lagi.

    ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk.. Itu macam statement bermasalah tu..haha..
      Fizikal yang hensem dan bergaya juga boleh obesiti tahu kalau x jaga.. :D

      Sama-sama usaha jaga !

      Delete
  4. p/s : Ni sebenarnya persediaan halaqah ni. Hehe. Bahan indonesia. Tajuk : Taariful Insan. Boleh juga digabungkan dengan surah an-nas (jadikan muqadimah). So, kalau panjang dan letih membaca tu, maaf ye. :D

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.