Friday, 15 June 2012

Aku hilang tsiqah.



Ah. Kadang-kadang saya hairan melihat segelintir mutarabbi. Yang mana begitu mudah menyatakan hilangnya tsiqah pada murabbinya hanya kerana sifat-sifat manusiawi yang berada pada murabbi tersebut.. (sayapun macam tu jugak dulu. heh)

Cuba la fikir. Suatu hari nanti kita juga akan jadi murabbi. Kita menjadi ayah kepada anak-anak kita yang comel dan gebu. Tidak mahu tidak, suatu hari kelak mesti kita akan menjadi orang yang berada di atas, dan akan ada orang bawahan kita sendiri.

Kelak kita akan menjadi 'someone' kepada manusia-manusia disekeliling kita. Benar bukan?

Tidak kiralah suatu hari kelak anda akan menjadi pemimpin negara, pemimpin sekolah, mahupun pemimpin kepada keluarga hatta kepada diri anda sendiri. Pokoknya kita semua akan menjadi seorang murabbi.

Kadang-kadang saya hairan menghadapi kerenah manusia begini. Kalau kita katakan begitu saatnya kita tidak pernah terlibat dalam tarbiyah ini, tidak apa. Ataupun kita masih lagi baru-baru dalam tarbiyah ni. *sila jangan perasan anda masih baru dalam tarbiyah ni.

Tetapi yang buat saya rasa ketok kepala  terkilan sebab benda-benda tu diucapkan oleh orang yang dah lama ada dalam tarbiyah ni. Kadang-kadang saya tengok, orang yang tak ikut tarbiyah lagi faham benda ni. Yela, ikhwah pun kan manusia~

Saudaraku,

Kita berhak untuk jatuh tsiqah kepada seseorang pimpinan itu saatnya dia melakukan dosa-dosa besar.

Ya. Kita layak untuk jatuh tsiqah tatkala kondisinya begitu. Tetapi andai saja kita memahami bahawa dia juga seorang manusia, pasti kita akan membantu dan mendoakan agar dia kembali kepada Allah.

Tetapi saya sangat tak setuju kalau anda jatuh tsiqah kerana sifat-sifat manusiawi yang ada pada dirinya. Sebagai contoh, masa dia tengah bawak kereta dia terkeluarkan angin dari seluarnya (baca : kentut). Atau dia menguap ketika solat.

Dia menyanyi masa tengah masak sampai melolong-lolong. Tau la suara tu sedap. Heh. Dia ketawa sampai keluar suaranya yang nyaring tu. Anda terlihat dia melompat sambil terkangkang kakinya kerana gembiranya dia dapat anak yang baru.

pernah lihat murabbi anda lompat begini? 

Mungkin juga anda melihat dia kelihatan letih masa mengendalikan halaqah.

Yang paling saya hairan, bila ada seorang mutarabbi pernah berkata, '' ana jatuh tsiqah dengan murabbi yang datang daurah pakai kain pelikat. =_+

Karang panjang-panjang nanti anda tak larat nak baca. Jadi kepada mutarabbi sebegini, anda cubalah ketok-ketok minda anda agar menjadi seorang yang bersifat manusiawi. Cubalah menjadi seorang mutarabbi yang memahami kondisi murabbinya. Saatnya dia kepenatan, dia masih lagi sudi luangkan masa untuk bersama kita.

Dan mungkin suatu hari bila anda berada dikondisinya, anda akan lebih memahami. tetapi di saat itu mungkin telah terlewat kerana mutarabbi anda juga akan berperwatakan seperti anda.

Pemimpi Tegar
Ipoh, Perak.
- akan belajar dan terus belajar

4 comments:

  1. Replies
    1. Kita adalah kaum yg miskin, jika tak kerana Allah tutup aib kita, nescaya terbukalah segala 'aib kita. Jika kamu semua mengetahui tentang dosa yg ada pada aku, nescaya kalian akan letakkan tanah di atas kepada aku. :)

      Delete
  2. hahaha, nice one! tak ada reason langsung nak hilang tsiqah only because of kain pelikat. oh,please..

    manusia,manusia.. macam-macam. itu baru dari mutarabbi kpd murabbi. kalau dari mutarabbi kpd mutarabbi yg lbih qowiy? ada yg hilang tsiqoh dan smpi dengki lg.astaghfirullah..

    thanks for the post! keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala akhi. Mutarabbi pun manusia. Murabbi pun manusia. Yg penting kita pun manusia. Heh.

      Delete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.