Wednesday, 20 June 2012

Layakkah kita digelar pemuda ikhwan?


Siapakah pemuda Ikhwan?
















Oleh: Amer Shammakh

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan seolah-olah mereka adalah anggota sebuah pertubuhan politik kartun yang menentang kerajaan bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan ini untuk mendapatkan jawatan atau keuntungan materialistik.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai golongan yang hilang jati diri dan tertinggal, di mana para pemimpin menguasai mereka untuk kebaikan jamaah, mempergunakan mereka untuk menanggung beban, sanggup menerima serangan, manakala para pemimpin dalam kehidupan yang selesa, jauh dari sebarang bahaya dan konfrantasi dengan rejim penindas.

Musuh-musuh menggambarkan pemuda-pemuda Ikhwan sebagai peribadi mesin, yang tidak mempunyai akal mahupun deria. Mereka hanya mendengar dan taat kepada ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin mereka, ketaatan membuta tuli, tiada sebarang perbincangan mahupun perdebatan.

Musuh-musuh menggambarkan hubungan antara pemimpin dan pemuda, seolah-olah seperti hubungan konflik mereka yang tegang dengan kerajaan, sehingga konflik ini membawa kepada kebimbangan antara satu sama lain dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Musuh-musuh mengambil kesempatan mengkritik orang-orang muda yang menyayangi jamaah atau yang menyokongnya tetapi tidak mendapat tarbiyah yang baik dan cukup dalam asuhannya itu. Musuh-musuh menganggap ianya suatu permulaan dan pengakhiran di mana masa untuk Ikhwan tumbang akan berlaku tidak lama lagi di tangan orang-orang muda.

Apakah benar seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Ikhwan? 

Siapakah pemuda Ikhwan Muslimin?!

Saudara-saudari sekalian,

Pemuda Ikhwan adalah tulang belakang dan tonggak Jamaah. Mereka adalah pemimpin dan anggotanya. Mereka adalah orang-orang yang merancang, mengarah dan menjalankan. Mereka adalah orang yang membuat susulan, menilai aktiviti dan membetulkan kesilapan. 

Jikalau kita lihat secara teliti, kita dapati majoriti kepimpinan adalah dari golongan muda – kecuali Maktab Irsyad yang juga masih boleh dianggotai daripada kalangan orang muda. Mereka adalah ketua-ketua jawatankuasa, ahli parlimen, ketua-ketua daerah dan cawangan. Mereka juga anggota tertinggi parti, ahli-ahli sekretariat, ketua-ketua jawatankuasa dan ketua-ketua unit parti.

Saudara-saudari sekalian, 

Pemuda-pemuda Ikhwan adalah orang yang mengasaskan dakwah ini. Imam al-Banna sendiri umurnya ketika itu tidak melebihi 22 tahun. Manakala 6 orang yang turut sama menubuhkan Jamaah ini serta mengumumkan penubuhannya (pada tahun 1928) umur mereka ketika itu tidak lebih daripada 22 tahun. 

Namun, antara keistimewaan yang paling penting bagi Jamaah ini ialah: 

"Sambutan pemuda kepadanya, kesediaan untuk menolong dan menyokongnya" kata Imam Al-Banna. Inilah antara punca - selepas taufik daripada Allah SWT - kekuatan, ketulenan, dan kestabilan .. Oleh sebab itu, Jamaah ini merangkumi tiga bahagian penting yang khusus dalam tarbiyah dan pembinaan orang muda, iaitu: Unit Universiti, Unit sekolah rendah dan menengah dan unit kanak-kanak.

Saudara-saudari sekalian, 

Orang-orang muda adalah “rijal ummah” (pembela umat) yang bersifat rabbani (dekat dengan Tuhan) dan menghayati al-Quran, yang serius dan bersungguh-sungguh, yang tidak merasa lemah dengan ramainya musuh dan tidak gentar dengan kekuatan musuh. Mereka adalah “ruhban al-lail” (ahli ibadah di waktu malam) dan “fursan an-nahar” (pejuang-pejuang yang tangkas di waktu siang). Gerak tubuh mereka mengatakan:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. ( Al-Hasyr: 10),

Mereka tidak melakukan perkara kejahatan, tidak mengeluarkan percakapan yang keji. Mereka bersikap sabar dan belas kasihan, tulus ikhlas kepada Tuhan dengan tidak melakukan pekerjaan kerana seseorang dan tidak takut kepada sesiapa pun ketika berada di jalan Allah. 

Pada diri mereka terdapat tanda iman, bersemangat dan bekerja. Mereka bukanlah pendakwah yang malas atau lalai, dan bukan orang yang tenggelam dalam kesufian, bukan pendakwah yang memecah belahkan bangsa dan menanamkan perkauman sempit. 

Mereka adalah golongan pragmatik yang menyeru dari lapangan berkata-kata kepada lapangan bekerja. Mereka menjadikan dari hanya menyusun rancangan dan program kepada bidang perlaksanaan dan penilaian.

Saudara-saudari, 

Pemuda Jamaah sering menimbang antara akal dan emosi, material dan roh, pemerhatian dan bekerja, individu dan masyarakat, syura dan ketaatan, hak dan kewajipan, lama dan baru. 

Mereka bersederhana dalam pendirian tentang dakwah dan idea-idea yang lain. Mereka menikmati semangat yang baik dan jiwa yang besar.

Mereka adalah orang yang membawa dan menggerakkan dakwah Islam ke sekolah, universiti, kampung dan taman. Mereka adalah orang yang memimpin manusia ke masjid-masjid dan mempamerkan teladan ketulusan pendakwah dan kemurniaan dakwah. 

Mereka adalah orang yang membayar dengan harga yang sangat mahal apabila bersemuka dengan pemerintah zalim dan diktator. Mereka adalah orang yang memperjuangkan orang-orang yang ditindas dan melindungi Revolusi bulan Januari daripada kegagalan; di mana mereka dengan pantas sedia menjadi korban. maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka tidak mengubah apa yang mereka janjikan sedikitpun. 

Mereka adalah manusia dari generasi baru, yang memiliki jiwa yang lurus, yang hidup untuk merealisasikan fikrah, yang bekerja untuk mencapai matlamat dan yang berjuang demi keyakinan dan pegangan mereka.

Sifat-sifat ini bukan terhasil pada hari ini, tetapi pemuda-pemuda jamaah telah terhasil sejak penubuhannya. Di sini kami ingin memetik ungkapan daripada penulis terkenal Ihsan Abdul Quddus, yang disiarkan dalam majalah Rose al-Youssef (13 September 1945) yang menerangkan tentang pemuda Ikhwan pada masa itu. Beliau berkata:

"Mereka ini sama seperti pemuda moden. Mereka tidak jumud seperti yang pernah diagungkan oleh golongan agama dan pengikut mereka, tidak kedengaran dalam perbualan mereka mantra kosong yang kita digunakan untuk membuat sesuatu darinya, tetapi mereka adalah golongan realistik yang boleh bercakap dengan anda tentang kehidupan dan tidak bercakap tentang kematian. Hati mereka ke langit, tetapi kaki mereka menjejak di atas bumi. Mereka sentiasa berusaha menyelesaikan, membincangkan masalah kehidupan, merasai suka dan duka. Kadang-kadang kita boleh mendengar di kalangan mereka yang mengeluarkan kata-kata lucu dan ada pula yang boleh membicarakan soal-soal ekonomi, undang-undang, kejuruteraan, dan perubatan."

Sesungguhnya orang yang jauh dan dekat telah mengetahui tentang tahap kekuatan ikatan yang mengikat anggota Ikhwan antara satu sama lain. 

Imam dan pengasas mereka telah menjadikan ukhuwwah (persaudaraan) sebagai salah satu rukun Baiah yang sepuluh. 

Oleh sebab itu, pemuda Ikhwan adalah orang yang sangat mengambil berat Jamaah mereka dan orang yang paling  menyayangi guru-guru dan pemimpin mereka.


2 comments:

  1. dah baca tajuk sudah rasa tak layak

    tp inshaallah
    mendekati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam proses mendekati insyaAllah. :)

      Delete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.