Thursday 7 June 2012

Kita ni hiasan dunia je.


macam ni la agaknya kita. 


'' Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan ''
(al-Kahfi 18 : ayat 46)

Harta dan anak-anak ni hiasan dunia je. Kita ni hiasan dunia je tahu? Ala, macam kereta, basikal, henpon, ipad, laptop, cincin emas warisanan nenek terchenta, kucing yang gebu, dan lain-lain.

Jadi nak jadi lebih baik tak? Nak pahala dan ganjaran lebih baik tak? Maka buatlah amalan kebajikan terus-menerus saaampai mati ! 

Aku yakin anda semua adalah anak kepada ibu dan bapa anda. Dan ibu dan bapa anda adalah anak kepada datuk dan nenek anda. Maka kita semua adalah anak. Jadi jangan perasan ayat ni tak ditujukan kepada kita tahu? 

Aku juga yakin bahawa kita semua ada harta. Jangan la tipu saya, anda menghadap laptop, pc, henpon 3310 dan ipad semua tu kan harta? Yela2. Saya tahu anda cuma ada selipar jepun. Harta jugak kan? Jom !

# Tadabbur al-Kahfi 18 : 46. 
# Boleh juga tadabbur al-Engineer.
# Jemput habiskan surah al-Kahfi.

Sekian,
Pemimpi Tegar
080612
Ipoh, Perak.


2 comments:

  1. harta harus ada sedikit.. semua org ada harta kot. hehe.. tapi jadikan harta tu sebagai tiket untuk kita hidup senang di"sana" nanti :)

    ReplyDelete
  2. hehehe betul lah tu , wpun selipar jepun.

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.