Sunday 10 June 2012

Bila amal itu untuk manusia.



Hidup ini terlalu singkat untuk kita bermaksiat kepada Allah. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan melakukan perkara jahiliyah. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bercita-cita dengan cita-cita seorang kanak-kanak.


Apalah ertinya hidup kita tatkala kita melakukan sesuatu kerana manusia? Yang mana akan menyebabkan seringkali kita berasa kecewa. Kerana pada hakikatnya manusia itu sendiri memang tidak tahu atau buat-buat tak tahu menghargai manusia.


Saudaraku, upakah kita kepada firman Allah?


"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih '' [Surah Al-Insaan 76: 10]


Apa yang kita lakukan dalam hidup kita, cubalah berusaha sungguh-sungguh agar kita melakukan kerana Allah semata-mata. 


Dan jangan ! Jangan sesekali mengharap agar manusia berterima kasih kepada kita. 


Kerana kita akan penat dengan menunggu ucapan terima kasih itu.


Saudaraku, 


Hidup ini jangan selalu mengharap pandangan manusia. Jangan terlalu menghiraukan pandangan-pandangan insan di sekeliling. Teruslah berjalan, berlari, hatta merangkak sekalipun dalam melaksanakan semua impian-impian kita. Semua impian-impian yang kita imani.


Ya ! saya katakan ia adalah impian kita. Kerana kita amat mengharapkan agar islam ini menjadi rujukan kepada alam. Dan akhi kita adalah golongan yang bekerja ke arah itu.


Jom beramal kerana  Pencipta.


Pemimpi Tegar
110612
Ipoh, Perak



2 comments:

  1. thanks for the post.

    jagalah cinta pada sahabat kita supaya tidak melebihi cinta kepada Allah dan daripada lalai beribadah kepadaNya..

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.