Monday 4 June 2012

Akukah pemuda itu?



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang menyayangi hambaNya meskipun kita selalu melanggar batas-batasnya, yang sentiasa mengampuni dosa hambaNya, walaupun begitu banyak dosa yang dilakukan. 


Sudah 20 tahun berlalu. Banyak kisah suka dan duka dilakarkan di atas kanvas kehidupan sepanjang 20 tahun itu. 


Kadangkala diri ini terasa ingin kembali ke belakang. Kembali bermula dari petak pertama. Dari seawal diri ini mengenali dunia.


Allah. Terlalu banyak rasanya masa yang dihabiskan begitu sahaja. Hatta selepas disentuh dengan tarbiyah sekalipun, masih lagi selalu bermain-main dengan masa. Heh.


Seolah-olah diri ini diciptakan untuk bermain-main, tanpa menyedari bahawa diri ini akan kembali menghadap Penciptanya.


Bila melihat kata-kata mereka mengenai pemuda, aku bertanya kembali kepada diriku. Akukah pemuda itu?




Tatkala Dr. Abdullah Nasih Ulwan mengatakan,


'' Ya Allah, sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiyah, kemuliaan dan keangungan bagi ummat Muhammad. ''


Akukah pemuda yang dimaksudkan itu? Terlalu jauh rasanya diri ini daripada harapan Abdullah Nasih Ulwan.




Ketika As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan, 


'' Sesunggunya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat. ''


Adakah aku pemuda yang dimaksudkan itu? Sedangkan masaku banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Berapa banyak kepala ini telah mengalami kepeningan dalam membina rijal buat ummat ini? Ya Allah, ampunkan aku atas khilafku Allah.




 Tatkala Syeikh Mustafa Masyhur berbicara mengenai pemuda, 




“Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.”


Akukah pemuda yang begitu dihargai, disanjungi dan dicintai oleh Syeikh Mustafa Masyur itu? 



Saudaraku,

Ketika umurmu sudah menjaungkau 20-an, sejarah apa telah kau lakarkan untuk tatapan generasi masa hadapan?


Adakah sejarahmu sekadar memenangi game sahaja? Adakah sejarahmu marathon movie selama berjam-jama? Atau adakah sejarahmu itu sekadar sejarah picisan?

Sudah berapa ramaikah pemuda-pemuda yang telah kita lahirkan buat ummah ini?

Sudah berapa murabbikan kita lahirkan sebagai penyambung nadi dakwah ini?

Ya Allah. Janganlah engkau tapis kami dari jalan dakwah ini ya Allah. 


Ampunkahlah kami kerana selalu bermain-main untuk dakwah ini. 


Ampunkanlah kami kerana selaku beralasan untuk dakwah ini.


Ampunkanlah kami kerana selalu bermain-main dengan tanggungjawab yang di berikan kepada kami.

Aku rindu syurga.


 ************

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam

Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu

hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi

Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam

Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu  



Sekian,
Pemimpi Tegar
04 Jun 2012
Ipoh, Perak

4 comments:

  1. persoalan yg sama berlegar di kotak minda

    apakah aku pemuda itu ?
    jauh api dari panggang :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak persoalan yang bermain diminda.
      Semoga tsabat akhi. :')

      Delete
  2. Mabruk, entri yang menarik.Persoalan yang perlukan jawapan.

    Akukah pemuda itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Sentiasa berusaha menjadi terbaik !

      Delete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.