Wednesday 23 May 2012

Kerana aku ingin ikhlas.




Aku mahukan keikhlasan dalam setiap perbuatan aku, kerana itu aku selalu bertanya.


Aku selalu tanya kepada orang-orang sekeliling aku tentang baaanyak perkara.


Aku selalu tanyakan kepada kalian bagaimana aku ingin tingkatkan teknik dari segi penyampaian, bagaimana aku mampu tingkatkan teknik dalam bidang penulisan, aku ingin mantapkan diri dalam membina mutarabbi dan banyak sangat benda lagi yang aku ingin tingkatkan.


Sebab aku bukan macam kalian. Dari zaman sekolah memang dah hebat dari setiap aspek. 


Aku adalah manusia yang ketinggalan dalam baaanyak sangat aspek.


Dalam study aku.


Dalam pentarbiyahan aku.


Dalam soft skill aku.


Dan banyak sangat benda yang aku nak tingkatkan.


Tapi ada satu benda yang selalu buat aku terkilan. Aku terkilan dengan manusia-manusia yang setiap kali aku tanyakan kepada mereka bagaimana ingin tingkatkan diri aku dalam satu-satu benda, maka jawapan mereka adalah,


'' yang penting ikhlas je ''.


Aku ingin tanyakan pada kalian. Apa sebenarnya yang kalian faham mengenai ikhlas?


Aku yakin, kalau aku tanyakan kepada kalian apakah maksud ikhlas, maka kalian pasti katakan, '' lakukan sesuatu kerana Allah ''.


Ya, benar jawapan kalian. 


Dan ingin aku katakan kepada kalian, kerana aku ingin ikhlaslah maka aku bertanya !


Bagi aku, bila kita mengatakan kita ikhlas, maka kita melakukan sesuatu benda tu kerana Allah. 


Maka takkanlah kita nak buat satu-satu benda tu kerana Allah dengan cincai-cancai je kan?


Mestilah kita nak buat sehabis baik. Sehebat mungkin. Sebab kita nak buat kerana Allah. Sebab kita nak buat untuk sesuatu yang paling kita cintai.




Bila exam menjelma. 


Apa pandangan kalian kalau setiap kali kalian nak final exam, dan kalian tanya kepada pensyarah apa yang perlu di baiki dalam pelajaran kalian.


Maka pensyarah kalian katakan, ''ikhlas je''.


Kemudian kalian tanya lagi, 


'' jadi apa yang perlu kami baca dan apa  teknik-teknik yang perlu kami kuasai dalam menjawab peperiksaan? ''


Maka dengan selambernya pensyarah kalian mengatakan '' yang penting ikhlas ''.


Jadi apa yang kalian dapat dengan pertanyaan kalian? Mesti rasa seronok sangat kan. *sinis*


Kalian dapat apa yang cuba aku sampaikan?


Hakikatnya kerana ingin ikhlaslah kita bertanya. Seorang bapa yang membesarkan anak, tidak cukup sekadar mengatakan dalam hati '' aku ikhlas membesarkan anak ini kerana Allah ''.


Tidak cukup !


Tetapi mesti ada teknik-teknik yang dia perlu kuasai dalam membesarkan anaknya dari anaknya bayi hinggalah besar.


Kerana keikhlasan itu seharusnya mendorong kita untuk melakukan perkara itu dengan kualiti yang terbaik.


Dan kerana itulah, sang bapa terdorong untuk membeli dan membaca buku-buku mengenai kaedah dalam mendidik anak.


Begitu juga dengan aku. Kerana aku ingin menjadi manusia yang Super di pandangan Allah, maka aku ingin membaiki diri aku dari sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar perkara !




Kerana mahu lakukan kerana Allah lah, maka aku bertanya.


Sebagai penutup, aku mahu tegaskan kepada kalian. Kerana aku mahukan keikhlasanlah, maka aku bertanya.


Saban hari jahiliyah begitu hebat dalam perancangan-perancangan mereka. Dari sekecil-kecil perkara, sehingga sebesar-besar perkara. Semuanya dilakukan dengan penuh ketelitian dan teknik-teknik yang sangat mantap. Yang kadangkala, kita sendiri pun tidak menyedari itu adalah jahiliyah.


Tapi bagaimana dengan kita? 


Masih lagi sibuk dengan angan-angan kosong. Masih lagi malas mentarbiyah diri. Malah sentiasa bermain-main dalam banyak perkara. Masih sibuk dengan permainan kanak-kanak dan masih sibuk dengan perdebatan yang sia-sia.


Sedangkan dalam penyampaian-penyampaian kita, kita begitu hebat menuturkan,


 '' al-haq yang tidak terancang, akan ditewaskan dengan kebatilan yang terancang. ''


Adakah teori cuma? Tanpa diimani? 


Ya, aku ingin ikhlas, maka aku bertanya.



4 comments:

  1. Orang kata ikhlas tu tips juga akhi.. tp tu tips rohani bukannya cara nak menulis.. :)

    ReplyDelete
  2. sangat sinis di situ ok >.<
    cereka kita sama
    aku pun lemah.
    pentarbiyyahan ku
    belajar aku
    bukan background agama jua
    namun tu sejarah. cewaahhh
    Inshaallah semoga dipermudah urusan :)

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.