Monday 16 April 2012

Belajar dari kesungguhan kura-kura.





Pernah beberapa kali aku rasa down sangat (menyerah kalah) bila tengok kawan-kawan yang semakin hari semakin jauh meninggalkan aku Semakin hari semakin banyak kejayaan yang diraih oleh mereka. Kejayaan-kejayaan yang mampu perhebatkan lagi dakwah mereka. Terasa sangat diri ni jauh tinggal di belakang.

Bila tengok ada yang dah tinggal 2 tahun je nak habis degree. Ada yang dah mula buat master. Ada yang dah jadi penyampai yang hebat, yang mana menyentuh hati-hati manusia dan membuat manusia sekeliling ingin bersama dalam gerabak dakwah. Ada yang menjadi penulis dan ramai sangat lagi yang berjaya menempa kejayaan dalam hidup mereka saban hari membuat akusedih sendirian. 


Seringkali hidup aku diisi dengan tidur yang berpanjangan kerana kekecewaan yang panjang. Pandangan-pandangan manusia di sekeliling aku dan desakan-desakan dari ibu ayah dan adik beradik membuat aku rasa saya tewas. Oh. 


Yelah, umur dah awal 20-an, tapi macam takda apa-apa pun. Rasa macam dah 20 tahun masa di buang macam tu je. Aku faham mengapa mereka mendesak begitu, tidak lain adalah agar di hari tua kelak aku mampu menyara mereka kembali. *ehem*. Tidak lain tidak, kerana mereka mahu aku berjaya seperti orang lain.


Hingga satu hari bila aku fikir-fikir balik, ternyata ada hikmahnya kenapa Allah susun hidup saya macam ni. Ofkos la setiap apa yang Allah susun tu ada hikmah kan? Tapi untuk apa yang berlaku pada aku ni, aku dapat satu ibrah (pengajaran) yang saaaangat hebat !


Allah susunkan aku gagal dari form 1 hingga form 5. 


Aku gagal dalam alam IPT. ( sekarang menunggu-nunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang baru.)


Boleh kata semuaaaanya ada hikmah ! Dan Allah izin satu hari nanti impian aku tercapai, aku akan ceritakan kepada kalian apa hikmahnya.. :D



Sang kura-kura dan sang arnab.


Aku yakin ramai yang tau cerita arnab dan sang kura-kura ni kan? Secara ringkasnya ia adalah kisah perlumbaan sang arnab dengan kura-kura. Yang mana sang kura-kura dicabar oleh sang arnab, dan di pengakhirannya perlumbaan dimenangi oleh sang kura-kura. 


Ketika aku fikir-fikir balik kehidupan aku yang tak nampak pokok pangkal ni kan, Allah izin terlintas difikiran aku mengenai cerita ini.


Sang kura-kura ni, dia bagi pengajaran yang sangat hebat dalam hidup aku dan untuk hidup kalian juga semestinya. 


Yang mana dia telah buktikan, sikap konsisten dia akhirnya mampu membuat dia berjaya.


Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita rasa kita dah terlambat kan? Kita rasa kita dah jauh ketinggalan.


Betul kan?


Bila tengok kawan-kawan yang seusia kita pergi oversea (serius ni aku sangat jeles!), ada yang dah jadi penulis, ada yang dah jadi penyampai yang hebat, dan mereka mampu mencipta baaaaanyak sangat kejayaan membuat kita rasa kita dah terlambat. 


Kita rasa kita telah tewas kepada mereka !


Kalau kita kaitkan dengan cerita tu, kita boleh kata kawan-kawan kita yang dah kedepan ni sama lah macam sang arnab. Banyak sangat kelebihan mereka berbanding diri kita yang baru terkial-kial ni. Kita? Aku sorang je kot~


Kita pula umpama sang kura-kura yang mempunyai kekurangan dari segi kepantasan dan..dan..kalau tengok dalam perlawanan ni, boleh kata sang kura-kura ni mesti kalah la kan?


Tapi kita tengok, betapa optimisnya sang kura-kura, walaupun dia tau sang arnab ni banyak kelebihan, dia tetap juga menyahut cabaran sang arnab. 


Walaupun dia sedar dia akan ketinggalan, dan mungkin akan kalah, tapi dia tetap berjalan-berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya dia menang.


Padan muka sang arnab. Sapa suruh tido masa belumba! Wahaha.. 




gambar ini tiada kaitan tahu? 


Saudaraku,


Begitulah kehidupan ini mengajar kita. Agar jangan tidur ketika tengah lumba lari. Eh.


Kehidupan ini mengajar kita agar jangan mudah putus asa. Meskipun kita rasa kita tewas. Meskipun kita rasa kawan-kawan kita kedepan dalam banyak aspek, berusahalah agar terus mengekalkan momentum optimis. 


Walaupun kita rasa kita terlewat, teruslah merangka strategi agar 10-20 tahun lagi dan paling utama di akhirat kelak kita mampu menjadi lebih kehadapan berbanding mereka.


Kerana walaupun pada hari ini mereka berada di hadapan, mungkin ada saatnya mereka tertidur seperti sang arnab.


Jangan putus asa. Yakinlah, masa depanmu pasti kan bersinar.




Kesimpulannya : Jangan tidur ketika berlari


Jangan mudah putus asa, teruslah merangka strategi untuk membina kehidupan anda.


Dan ingat, kejayaan hakiki adalah saatnya kita melangkah ke syurga.


Jangan ukur diri kita dengan orang lain, walaupaun orang lain boleh jadi motivasi untuk kita berjaya.


#sungguh dalam cerita sang arnab dan sang kura-kura bnyak ibrahnya. Maka 
nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan?



14 comments:

  1. subhanallah..tabah ye.
    janagn mengalah dulu dengan kekalahan sekarang sebb dipertengahan jalan nanti kita pasti bersyukur dengan kegagalan kita.
    betul sgt mcm kura2 tu..
    senyum sepanjang perjalanan yg Allah dah susun ni. sebb Allah memang maha tau ape yg terbaik utk kita.
    semoga terus tabah :)

    ReplyDelete
  2. Nice story . :))
    Masa menentukan segalanya . dan usaha , kunci kpd kjyaan ssorg itu .
    "Dimana ade kemahuan , dii situ ade jalan"

    Kejayaan kita mungkin berbeza dgn org lain . Apa yang kita mampu capai , and ape pulak yg kita tak mampu , tp org lain mampu :)) Semua nya itu sebab rezeki dr Allah .

    Adah doakan awak dapat gapai impian awak , cita-cita awak . Jgn melihat pada kejayaan org , tp melihat pd ksungguhan mereka dlm mncapai kjyaan itu . Agar kte boleh menjadikan cth utk diri kte :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terim aksih atas doanya.
      Moga Allah redha. (",)

      Delete
  3. usaha dengan doa..masa kejayaannya pasti akan tiba juga.cepat atau lambat itu urusan allah.

    jangan mudah berputus asa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan. Moga Allah sayang kita semua. (",)

      Delete
  4. jazakallah ntk entry ni..=)

    ya,binatang peliharaan sy adalah seekor kura2..!!

    (kebetulan..??
    Allah knows..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Nanti boleh la kongsikan cerita ni kepada kura-kura anda.
      Terima kasih atas sokongan.
      Moga Allah sayang kita semua. (",)

      Delete
  5. alhamdulillah. jazakallah :)

    entry ni pun panjang. heh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Salam ziarah kembali dari bumi Jordan.

    Mohon share artikel ini di blog ummi.

    http://ummijannah.blogspot.com/2012/05/kesungguhan-dan-usaha.html

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM..
    menarik entry akhi,
    sedikit sebanyak memberi motivasi pada ana,
    kisah ana pun lebih kurang dengan akhi,
    ana sekarang tgh bertungkus lumus dlm exm n begitu cemburu
    bila kluar pintu hall exm,kwn2 ana begitu happy,ana sebaliknya..
    sungguh ana rasa macam ana hampir kalah..setelah bc entry akhi ana berasa bermotivasi kini...=)

    syukran for this...

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.