Tuesday 14 February 2012

Menyelami ayat-ayat Allah.





Alhamdulillah, selesai sudah baca buku '12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman'. Karya Syeikh Al-Qaradhawiy.


Sebenarnya saya tengah fight dengan seorang ikhwah ni, untuk habiskan lima buah buku dalam masa seminggu. 


Kalau dapat 3-4 buah seminggu pun, cantek la kan? Saja target tinggi-tinggi sikit.


Bak kata satu pepatah tu,


" You must aim the star, if you can get the star, you can get the moon "


Lagipun saya tak kawin lagi, takda anak lagi, tak la ambik master lagi, jadi saya rasa macam ok la.


Kawan yang ajak saya lawan habiskan buku tu bukan setakat dah nikah, dah ada anak seorang, tapi tengah habiskan master lagi. Tu pun dia target nak habiskan 75 buku setahun ! Uhuk.

Antara part yang ceritakan tentang ciri ibadurrahman dan saya rasa menarik nak kongsi dengan anda semua adalah bila saya baca bahagian ' menyelami ayat-ayat Allah'. kalau anda rasakan tidak menarik, maaflah hamba yang lemah ini. Cewah.. 

=============================


Penulis menukilkan,

" Al-Quran diturunkan kepada mereka agar mereka mengetahuinya dan mengambil pelajaran daripadanya untuk di amalkan. Ada seorang antara kalian yang membaca al-Quran dari awal hingga akhir, tanpa ada satu huruf pun yang tercicir, namun dia tercicir dalam amalannya. " -Ibnu Mas'ud.


Membaca al-Quran tidak cukup dengan membaca dan menghafalnya. Beramal dengan al-Quran ialah yang paling penting. Inilah yang dilakukan oleh para sahabat.

'' Orang sebelum kalian (para sahabat) mengganggap al-Quran sebagai risalah daripada Allah yang diturunkan kepada diri mereka. Mereka membacanya pada malam hari dan mengamalkan kandungannya pada siang hari '' - Al-Hasan.



=============================

Betul kan cakap penulis tu? 


Kalau kita tengok raliti sekarang, ramai sangat yang hafal quran. 


Tapi kebanyakan dari kita menghafalnya kerana nak lulus peperiksaan semata. Hafal quran sebab nak jadi imam sahaja. Baca quran sebab nak isi masa kosong yang kita ada. 


Maka kesannya jadilah alquran tu teori-teori kosong yang bersarang dalam minda kita.Sedangkan para sahabat Rasulullah membaca alquran untuk diamalkan dan untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan di muka bumi. Sebat tu lah mereka menjadi generasi yang hebat.


Kesimpulan : Marilah kembali memahami kenapa quran diturunkan.

Kata Iman As-Syafie, '' Sesungguhnya dalam al-Quran itu ada satu surah yang singkat, dan sekiranya manusia mengamalkannya, maka hal itu sudah cukup baginya.

Aha. Teruja tak nak tau? Heh.

'Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan denagan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. '' ( Surah al-'Asr !03 : 1-3 )


4 comments:

  1. owhh..osemnye bace buku
    ade permintaan kalau tak keberatan..
    list n ulaskan buku-buku yg dibaca bole?
    so, bolela jadi guidelines utk org lain beli nnti kan?

    indahnye baca samapi 5buah seminngu. kalau saya mesti macam sipot sedut kalo baca buku ilmiah..kdg2 kn ulang page yg sama 2,3 kali..
    eh, komen terpanjang mcm entry blak..btw tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..sy baru-baru nak membaca lagi. Saja target tinggi-tinggi..setakat ni x boleh dapat lagi, kecuali buku nipis-nipis.

      Takpa kalau baca sikit. Satu buku setahun pun xpa. Asalkan, apa yang kita baca tu, kita belum-betul hadam.

      Delete
  2. Betul tu akhi,

    The success of the first Islamic generation, is in the way they approach the Quran.
    Not for the sake of intellectual enjoyment but rather to know what Allah demand from the verses that they read. Their principle was "instructions are for actions".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ! Perkongsian yg baik. Thanks sudi menambah mana yang kurang. :D

      Delete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.