Friday 10 February 2012

Andai Rasulullah bersama kita.





Sekarang ni saya tengok tengah hot orang bagi pengisian tentang tajuk ni. Kolej saya pun sama juga kena tempias. Siap ajak Ustaz Don lagi bagi pengisian tentang tajuk ni.


Selalu saya tengok, bila kita ditanya tentang benda ni, kita mesti semangat nak jawab kan?

Mesti kita akan cakap, 

" oh, mesti saya akan lebih beriman "

" oh, mesti saya akan menangis kalau tiba-tiba baginda ada bersama saya "

" mesti saya akan semakin bersemangat untuk laksanakan segala sunnah baginda. Yeah !! " *ini hanyalah reaksi bila lebih semangat. 

Fuh. Persoalannya, betul ke statement anda di atas?

Betul ke bila Rasulullah bersama-sama kita, kita akan lagi bersungguh-sungguh untuk praktiskan agama ni?

Benda ni buat saya bertambah-tambah terasa, bila dalam bulatan gembira saya baru-baru ni, kami sempat tadabbur satu ayat ni.


'Rasul-Rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. 

Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mujizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). 

Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-Rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka).

 Tetapi mereka bertelingkah maka timbulah di antara mereka orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka berbunuh-bunuhan tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. ( al-baqarah 2 : 253)



Bila kita tadabbur ayat tu, kita dapat tahu bahawa bukanlah satu jaminan yang kita akan beriman, andainya para nabi bersama kita. Malahan kalau para nabi tu tunjuk kat kita segala kelebihan (mukjizat) yang Allah bagi kat mereka pun, belum tentu kita ni akan beriman.

Tidak ! Itu bukan jaminannya !

Cuba kita perhatikan kelebihan yang Allah bagi pada Nabi Musa 'alaihi slatul wassalam. Kalau kita baca sejarah, mukjizat yang Allah kurniakan kat Nabi Musa sangat banyak. Antaranya adalah tongkat baginda. Yang mana boleh membelah laut dan juga bertukar menjadi ular yang besar.

Ketika ular baginda menelan kesemua tali-tali tukang sihir Firaun, adakah mereka semuanya beriman? Tidak ! Kecuali sedikit dari mereka yang beriman.

Sama juga macam di zaman Rasulullah. Abu Lahab, Abu Jahal, dan lain-lain geng jahat yang lain sempat juga bertemu Rasulullah dan hidup bersama Rasulullah.


Tapi adakah mereka beriman?


Bukan sekadar tidak beriman, malah bermati-matian menentang Rasulullah dan para sahabat.


Sebagai penutup saya nak ajak kita muhasabah diri kita balik. Seandainya baginda Rasulullah bersama kita dan ditakdirkan oleh Allah berjumpa kita, 


Adakah kita akan semakin beriman?



17 comments:

  1. Betul-betul. ^^

    ReplyDelete
  2. Satu perkongsian yang baik.

    Rasa kerdil apabila mendalami kehidupan Rasulullah.
    Moga kita dapat bersamanya di syurga nanti. Amin.

    ReplyDelete
  3. salaa'm a'laikum. ;)

    sebenarnya dah dtg terjah belog ni seblum anda tinggalkan komen pada belog saya lagi. kebetulan..? nah, dun think so. ;)

    takpe, walaupon kita tak dapat jumpa rasulullah di alam n, jom sama2 doa dan berusaha sesuper saiya untuk jadi ikhwan baginda di akhirat nnt..! ;D

    JOM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalykumsalam..

      Macam mana anda boleh terjah blog ni lebih awal? :D

      Amin amin amin ! Mesti best kan dapat jumpa banginda kat sana.. ^^

      Delete
  4. Syukran Agunci kerana ziarah ke blog saya..

    moga bermanfaat.. ^-^

    ReplyDelete
  5. assalam,
    thanks tinggalkan jejak di blog saya..
    menarik pegisian disini..slalu2 lah kongsi info dalam bulatan gembira anda ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Sama-sama. i.Allah akan selalu update.

      Delete
  6. salam,

    as i commented back on my blog,
    seriously, sweet short and simple.

    smoga Allah redha langkah2 kita semua,
    dalam perjalanan menuju Dia jg kasih Baginda saw

    jzkk dtg main ke belog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan.

      Semoga Allah redha kita semua.

      Delete
  7. Rasullulah pernah berkata pada sahabatnya bahawa manusia selepas mereka ada juga yang hebat. " Selepas kamu adalagi satu kaum yang mana mereka tidak melihat aku dan bersama dengan aku tetapi mereka beriman dengan aku" Mungkin itu kita. Iman itu bukan bergantung pada zaman Rasul atau selepasnya tapi atas kekuatan kita menerima gelombang ujian.Ujian itulah yang mengtahkikkan iman. Alhamdulillah biasakan menulis dengan penuh penghayatan agar dapat menyentuh ruhani! muharrikdaie-menulis untuk mengerakan jiwa jiwa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan dan perkongsian dari anda.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. erm..mungkin ye, mungkin tak. Syed Qutb kata dalam Ma'alim Fit Thaariq, bukti bahawa islam mampu menang@dipraktiskan@etc. pada zaman selepas ketiadaan Rasulullah ialah jaminan Allah bahawa Quran akan dipeliharaNya sampai kiamat. Wallaahu'alam

    papepun, terus menulis, terus menyampaikan fikrah kita insha Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm, betul-betul. Allah bagi kita pilihan, makanya pilihlah yang paling baik.

      Syukran sudi ziarah. :D

      Delete
  10. tengkatkan iman, banyakkan amal, kurangkan gula dan garam :)

    ReplyDelete

Oh, semua orang ingin mendengar kata-kata yang lahir dari hati anda.