Aku
membesar dalam tarbiyah ini dengan melihat sendiri bagaimana kesungguhan
murabbi aku dalam membesarkan aku. Daripada aku hanya reti bertatih, dan Alhamdulillah
kini aku mampu berlari walaupun masih tidak selaju ikhwah yang lain.
Kadang-kadang
aku hairan. Hairan mengapa mereka ini sanggup menghabiskan masa mereka, tenaga,
duit poket, semata-mata untuk membesarkan kami dalam tarbiyah ini.
Sedangkan
apa yang mereka dapat daripada kami untuk melayan kami di awal tarbiyah dulu
adalah ‘’ sori ye akhi, minggu ni ana macam malas nak datang usrah’’. Haha.
Tapi itu cerita 2 tahun lepas ye. Hihi.
Aku
membesar dalam tarbiyah ini bukan saja dengan cerita-cerita ikhwah Indonesia akan
kesungguhan mereka dalam dakwah. Tetapi saat sang murabbi menceritakan kepada
aku kesungguhan ikhwah Indonesia, sebenarnya kesungguhan itu sendiri telah ada
pada dia.
Aku kagum.
Sangat kagum dengan mereka.
Murabbi
pertama aku, sanggup luangkan masa boleh dikatakan setiap malam hanya untuk
mendengar aku bercerita. Layan je apa yang aku cerita. Kalau hari ni aku
fikir-fikir balik, kadang-kadang tak logik pun benda yg aku cerita tu. Tapi
dia, tetap layan segala kerenah aku. Hihi. Dengan dia, aku belajar banyak
sangat pengalaman dalam menyantuni mad’u.
Seorang
ikhwah, sanggup bawak aku pergi rumah ikhwah, sanggup bawak aku jalan-jalan
naik motor LC nya untuk iktikaf kat masjid, sanggup belanja aku makan, demi
membantu aku untuk lebih kuat dalam tarbiyah ini. Walaupun hubungan kami
kadang-kadang agak selalu gaduh (haha), tapi dengan dia aku belajar sebuah
pengalaman berharga. Pengalaman dalam menjadi seorang sahabat. T__T
Ada seorang
ikhwah ni. Selalunya ikhwah lain panggil dia dengan ikhwah rugged. Sebab setiap kata-kata dia selalunya pedaaas
sangat dan laju je menusuk dalam hati. Tapi apa yang buat aku sangat sayang kat
dia, sebab setiap kali aku ada masalah mesti dia akan dating hulurkan telingan
untuk dengar setiap masalah aku. Dan aku banyak belajar erti kesungguhan dari
dia.
Seorang
ikhwah yang bekerja sebagai Engineer. Kebiasannya sampai rumah lewat petang.
Sanggup ulang alik dari Nilai ke Bangi semata-mata untuk buat liqo dengan aku.
Aku seorang ! Dengan dia aku belajar agar disiplin dengan tarbiyah dan dakwah.
Ah. Kalau
aku nak ceritakan, di sana banyak sangat pengorbanan yang ikhwah tunjukkan
kepada aku sebagai qudwah untuk aku dalam dakwah ni.
Mereka ini
pemuda-pemuda yang tak dikenali, tapi sentiasa ikhlas dalam membina satu
generasi untuk ummah ini. Menyediakan pemuda-pemuda yang akan bekerja
bersama-sama dalam membina dakwah ini.
Sudah cukupkah pengorbanan kita?
Aku masih
ingat saat kita sama-sama naik KTM untuk liqo di Klang. Sama-sama berkumpul
dari Bangi untuk berjumpa dengan akh kita yang masih belajar di sana.
Perjalanan pergi dan balik selama 4 jam naik KTM itu menjadi singkat dengan tilawah
kita, dengan membincangkan masalah umat, dengan planning masa hadapan kita,
mahupun dengan curhat yang berlaku antara kita.
Aku masih
ingat bila kita sama-sama menggunakan BEB. Untuk pergi ke program-program.
Menggunkan BEB untuk bawa halaqah di Sekoalh Yang di Rahsiakan Namanya. Membina murabbi buat ummah
ini, walau aku akui aku bukanlan seorang murabbi yang terbaik.
Aku masih
ingat saat-saat kita tidur di sebuah masjid, demi menjaga mutabaah amal kita,
agar sentiasa bertenaga dalam menggerakkan dakwah ini. Ketika itu hanya kita berdua. Dan kini engkau telah pergi akhi sayang. Pergi bertemu Tuhanmu dengan jiwa yang tenang. Setenang wajahmu ketika aku melihat engkau terlantar di hospital itu. Dan betapa berungtungnya engkau, kerana pemergian engkau adalah di saatnya engkau baru pulang dari menghadiri program tarbawi. Sunnguh aku cemburu padamu akhi.
Ya ikhwah,
Sudah cukupkah pengorbanan kita ini? Terhenti setakat itu sajakah cerita-cerita manis kita? Adakah hari ini kita masih bersemangat seperti dulu, atau kita mula disibukkan dengan jahiliyah yang amat kita hindari satu hari dulu?
Masih adakah waktu-waktu yang kita peruntukkan untuk DF orang sekeling? Masih ada lagikah masa untuk kita terus membina diri kita? Dari zero kepada Superhero? Semoga kalian masih menjadi seperti yg aku kenali dulu.
Sudah cukupkah pengorbanan kita ini? Terhenti setakat itu sajakah cerita-cerita manis kita? Adakah hari ini kita masih bersemangat seperti dulu, atau kita mula disibukkan dengan jahiliyah yang amat kita hindari satu hari dulu?
Masih adakah waktu-waktu yang kita peruntukkan untuk DF orang sekeling? Masih ada lagikah masa untuk kita terus membina diri kita? Dari zero kepada Superhero? Semoga kalian masih menjadi seperti yg aku kenali dulu.
ProjeKita masih belum selesai.
Akhi, ProjeKita
masih belum selesai. Projek menyediakan murabbi buat ummah ini.
Masih aku ingat pesanan akh yang mengasaskan projek ini.
Kata beliau, ‘’ Akhii, kita kena sediakan murabbi untuk umat ni. Ramai orang menjadi daie, tapi tidak ramai yg sanggup menjadi murabbi’’.
Masih aku ingat pesanan akh yang mengasaskan projek ini.
Kata beliau, ‘’ Akhii, kita kena sediakan murabbi untuk umat ni. Ramai orang menjadi daie, tapi tidak ramai yg sanggup menjadi murabbi’’.
Akhi, masih
banyak rijal yang perlu kita santuni. Masih banyak jiwa-jiwa yang perlukan
sentuhan dari jiwa-jiwa antum yang ikhlas untuk dakwah ini.
Masih
banyak jiwa-jiwa yang kekeringan diluar sana akibat bermain-main dan tidak
fokusnya kita dalam membentuk murabbi.
Bila aku
melihat kesungguhan mereka, para ikhwah yang aku kagumi dalam amal mereka, barangkali hanya satu penyataan yang sentiasa
bermain-main di benak fikirkan mereka.
‘’ Kerana
dakwah ini adalah cinta ‘’.
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara
khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada
mereka)?
Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [QS Al-Hadid, 57:16]
Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." [QS Al-Hadid, 57:16]
rindu BEB
ReplyDeleteadan, pm aku kt fb jap.
ReplyDeleteSungguh.. Mujahidah itu Pahit kerana Syurga itu manis..
ReplyDelete