Takda tajuk. Hari ni aku nak curhat. Sapa nak baca, baca.
Taknak baca sudah. =.=
Kadang-kadang aku rasa nak berhenti dengan apa yang aku buat
sekarang. Nak jadi orang biasa-biasa je. Tak payah datang usrah, tak payah
bawak usrah, tak payah baca buku banyak-banyak, tak payah konsisten update
blog, tak payah pening kepala fikir nak tingkatkan diri.
Ikut je flow macam orang biasa.
Ambik degree, skor sungguh-sungguh. Kerja, kemudian kawin.
Rasa nak sambung master, sambung master. Kalau x nak sudah. Asalkan aku, family
aku bahagia. Sampai masa dapat cucu, pastu mati. =.=
Haha. Idea gila. InsyaAllah aku takkan buat macam tu. Sebab
aku nak masuk syurga firdaus ! Aku nak jumpa dengan Rasulullah dan para sahabat
yang gila-gila buat dakwah ni. Bila jumpa Saad bin Abi Waqqas,
aku nak cakap
kat dia, ‘’ andakah yang menyampaikan Islam hingga ke China itu? ‘’. Dan kami
bersembang dengan riang gembiranya. Heh.
Serius. Kadang-kadang aku rasa nak berhenti buat semua ni.
Ya. Berhenti buat dakwah. Apa ingat dakwah ni senang ke?
Dakwah yang aku maksudkan bukanlah dakwah yang mana,
Jom pergi semayang !
Jom baca quran
sama-sama nak?
Sekali sekala buat program Ramadhan bersama Pemimpi Tegar
dan Inspector Saahab. Eh.
Memang la senang ! *ok. Program last tu tak la sesenang mana
ye.
Tapi dakwah yang aku maksudkan adalah taarif, takwin,
tanfiz.
Dan fasa yang susah tu adalah fasa takwiniyah tu.. Tu yang
pening, tu yang susah gila, tu yang buat tak ramai orang nak berada dengan
dakwah macam ni.
Dakwah yang mana akan membawa kepada terbinanya mutarabbi !
Ok. Bukan benda ni sebenarnya aku nak cerita.
======================================================================
Aku sebenarnya nak cerita yang aku sekarang ni berada di
daerah yang aku rasa aku hidup sorang-sorang. Of kos la aku bukan hidup kat
planet Pluto. Tapi aku hidup dengan suasana yang aku takda seseorang untuk aku
share masalah-masalah aku. Bahasa mudahnya kat sini takda ikhwah untuk aku
lepak, open table, pastu aku curhat kat dia, pastu dia dengar masalah aku
dengan khusyuk, dan dan dia hanya senyum je seterusnya aku rasa bahagia. Ahah.
Aku rindu ikhwah. Isk isk. Nak gi KL. Nak jumpa dengan
ikhwah. Nak mabit sama-sama, nak lepak kedai Maulana kat Serdang sama-sama, nak
gi main futsal sama-sama, nak pillow talk sama-sama..rindunya..kalau kawin kan
senang..boleh sharing is caring dengan zaujah tiap-tiap malam..zaujah duk jauh?
Skype kat ada. Uhuk. T__T,
Tapi serius la aku cakap. Memang lain sangat kalau kita
share masalah dengan orang yang betul-betul bekerja, berbanding orang yang buat
dakwah suka-suki je. Aku maksudkan adalah mereka yang buat tarbiyah takwiniyah.
Habiskan duit, emosi, tenaga, masa untuk membina mutarabbi. Dah hanya yg buat
akan rasa apa yang aku rasa ni. Aku tak kata sapa-sapa ye. Sapa makan cili, dia
terasa pedas. Kalau anda tak makan cili, buat apa nak rasa pedas kan? Huhu.
Kalau jumpa ikhwah yang betul-betul buat kerja ni. Jumpa
dorang je pun dah rasa aura dia lain macam. Sekali dia senyum je, dah rasa
macam hilang semua masalah. Sebab dia rasa apa yang aku rasa. Sebab kita
berkongsi rasa. Korang pernah rasa tak apa yang aku rasa?
Ok. Kesimpulannya, aku cuma nak cakap aku rindu ikhwah. Dan
aku nak gi Mesir cepat, aku nak buat dakwah gila-gila biar masa aku takda yang
terluang. Kemudian nak skor gila-gila, sebab ayah aku kata kalau result ok,
tahun pertama pun boleh kawin. Heh.
Kenapa nak harap ikhwah je ni. Kenapa tak curhat semua benda
kat Allah. Allah kan ada? Sebab aku manusia.
Pemimpi - Sekali sekala curhat best jgk.
T____T
ReplyDeletepandai juga anda buat post emosi macam ni.
anak sapa ni? haha
kta jauh, tapi hati kita dekat.. cewahhh:)
renungi doa Rabitah :)
kemain lagi nk kawen ni >.<
Anak papa dan mama. Haha.
DeleteAla, sekali sekala apa salahnya kan?
Lain la kalau blog ni popular tahap langit kesembilan.
Memang tak buat la post mcm ni. :p
Serius rindu ikhwah. Nak hug. Ngeh2.. -.-''
Hidup kena ada perancangan.. >,<
ngeh ngeh. ini sahaja yg mampu tertulis XP
ReplyDeleteinfiru khifafan wasiqoolan
xde kaitan >? eh.
Kami x pandai arab la.. =.=''
Deletekalau dgn zaujah boleh skype, nape ngan ikhwah taleh skype plak??
ReplyDeletemasuk skype, cari ikhwah, curhat, selesai insyaAllah..
p/s : ce tgk ayat (8:24).. mesti tanak stop buat dakwah punya! Allahu a'lam
:')
DeleteOkla tu daripada saya yang macam tak pernah hidup sebumbung atau belajar sekatil dengan ikhwah.
ReplyDeleteYang ada hanya manusia sepesen yang cuba memesongkan da'ie. Haha. Ehem. Takdela sampai camtu. Tapi, siapa-siapa pun orang sekeliling kita ataupun kat mana-mana pun kita dicampak, jadikanlah itu medan dakwah dan tarbiyah kita dan jadikan orang-orang itu mutarabbi kita tanpa mereka sedar. Bayangkan macam kita ni murabbi diorang yang osem. Huhu.
Harap dapat fikir macam tu setiap masa.
Anda ingin ke Mesir..? Benarkah..?
ReplyDeletekan? huh.. tiba2 mahu emo juga.. sebab kita manusia, kita mahu ada manusia juga yang memahami kita, boleh berkongsi masalah.. oh.. awal mahu kahwin, bagus2..
ReplyDelete