Kadang-kadang
aku keliru dengan segelintir manusia yang berada dalam medan dakwah dan
tarbiyah ni. Aku keliru bila mereka seolah-olah terlupa dengan sunnatullah
dalam tarbiyah ini.
Entah lah. Barangkali
kerana terlebih membaca buku fikrah, atau tidak memahami apa sebenarnya fikrah
yang disampaikan pada buku tersebut.
Straight to
point.
Kita nak ubah manusia.
Kita nak ubah manusia.
Dari jahat
kepada baik. Dari bergelumung dengan jahiliyah kepada cahaya Islam. Daripada
bekerja dan beramal untuk jahiliyah, kepada beramal dan bekerja untuk islam
sendiri. Daripada segala kebolehan yang ada pada individu tersebut dipergunakan
oleh jahiliyah, seterusnya mengubah kebolehan tersebut agar membantu islam.
Lantas
bagaimana cara yang kita gunakan?
Seringkali
apa yang kita lakukan adalah dengan mengubah luaran individu tersebut.
Malah ada yang berkata, ‘’ adakalanya kita perlu ubah luaran dari, baru meresap ke dalam ‘’.
Fikrah apa ini? Ehem.
Dan perkara
terus dan terus berlaku dalam masyarakat kita ! Kita ubah luaran luaran dan
luaran !
Dengan apa? Kebiasannya dengan pukul,pukul dan pukul.
Dan teknik
mengubah luaran ni terus dipraktikkan dari zaman dulu saaaaaaaaaampai sekarang.
Persoalannya,
menjadi ke kaedah tu? Kaedah mengubah luaran manusia? Berdasarkan pemerhatian
aku selama aku hidup 20 tahun, kebanyakkan mereka-mereka yang dihukum sebegitu,
tidak berhasil menjadi baik.
Yang kita
perlu lakukan sebenarnya tarbiyah individu tu. Seperti mana yang Rasulullah
lakukan. Dengan melakukan perubahan dari dalam kepada luaran.
Nak ubah
corak dia berfikir, nak ubah luaran dia, kena ubah dalaman dulu. Ha ! Hati dia
tu.
Sebab kat
situlah bertapaknya keyakinan, keazaman, kepercayaan pada diri seseorang tu.
Mat rempit sentiasa merempit sebab dalam hati dia meyakini bahawa merempit tu benda yang tak salah..Keyakinan
dalam hati tu mempengaruhi fikiran dia (fikrah) seterusnya menghasilkan amal
dalam kehidupan dia.
Hatta semua orang panggil dorang sampah masyarakat pun, dorang tetap buat dono. Sebab dorang yakin apa yang dorang buat tu tak salah. Malah bagi mereka merempit sebenarnya satu suka yang menguji tahap kecekapan dan kelicikan dalam membawa motor. Huh.
Jadi apa yang kita kena lakukan untuk mengubah seseorang?
Hatta semua orang panggil dorang sampah masyarakat pun, dorang tetap buat dono. Sebab dorang yakin apa yang dorang buat tu tak salah. Malah bagi mereka merempit sebenarnya satu suka yang menguji tahap kecekapan dan kelicikan dalam membawa motor. Huh.
Jadi apa yang kita kena lakukan untuk mengubah seseorang?
Yang kita
kena lakukan :
- Hidupkan Islam dalam diri kita dahulu
- Hidupkan Islam pada diri orang sekeliling kita.
Dan kedua-dua perkara ini akan berlansung dengan seiring, bukannya setelkan diri kita dulu, kemudian baru setelkan orang lain.
Kadang-kadang
kita ni terlalu sibuk nak ubah orang lain, tanpa memikirkan untuk ubah diri
kita dulu.
Dan please
lah, jangan mengajar manusia beriman dengan kita. Jangan ajar manusia berubah kerana kita. jangan ajar manusia meninggalkan sesuatu kejahatan kerana takutkan kita. Jangan ajar manusia lakukan sesuatu kebaikan kerana gerun melihat wajah kacak kita.
Tapi ajar orang beriman dengan Allah. Ajarlah manusia lakukan sesuatu kerana malu dengan Allah. Ajar manusia lakukan sesuatu kerana dia segan dengan kebaikan Allah pada dia. Ajar manusia agar takutkan Allah.
Kerana manusia itu akan mati meninggalkan dunia yang fana ini, menuju kepada Tuhan yang menciptakan dia. Lantas mengapa masih magu mengajar manusia takutkan manusia?
Tapi ajar orang beriman dengan Allah. Ajarlah manusia lakukan sesuatu kerana malu dengan Allah. Ajar manusia lakukan sesuatu kerana dia segan dengan kebaikan Allah pada dia. Ajar manusia agar takutkan Allah.
Kerana manusia itu akan mati meninggalkan dunia yang fana ini, menuju kepada Tuhan yang menciptakan dia. Lantas mengapa masih magu mengajar manusia takutkan manusia?
(Y)
ReplyDeleteRindu TD weh ! Ahha.
Deleteasal deactivate fb? :3
DeleteMalas la. Fokus benda yang kena fokus. Btw, baju DotMy Crew dah sampai. Haha :D
Deleteouhh. hihi, sama la kita. baju aq pun dh smpai =)
Deleteassalamualaikum.. mohon penjelasan jika enta tau mengenai murabbi yang paksa kita untuk turun jaulah sedangakn dalam masa yang sama ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia..yang mana harus kita dahulukan? maksud dipaksa itu seolah-olah wajib coz perkataan wajib sentiasa digunakan.. bila wajib jatuh hukum berdosa..
ReplyDeletefuuhhhh,, sentap ..
ReplyDeleterasa nak kasi penukul atas diri ..
ubah luar tapi dalam hampeh.. dushh
jazakallahu khairan jaza'
Kasi penukul betul-betul pun boleh. Ahha.
DeleteSaya setuju!
ReplyDeleteHati perlu ditarik kerana agama Islam,
Bukan tertarik kepada penganut Islam.
Eh. Berani anda setuju dengan statement saya? ('',)
DeleteBetul tu. Luar takkan setel kalau core dia tak mantap and merekah hingga ke lapisan luar.
ReplyDeleteKalau dah masuk bab core ni, saya kena tutup blog la lepas ni. T__T,
Delete(Y).. kena tarbiyyah diri dan rakan tu dgn istiqamah.. bukan sekadar memarahi, berkata itu dan ini.. dakwah bil-hal dan dakwah bil-lisan bergerak seiring. baru dia tertarik..
ReplyDeleteErr. Dakwah bil-makan-makan? XD
Delete