Assalamualykum.
InsyaAllah hari ni kita akan bincang sedikit mengenai
manusia.
Ya. Manusia. Kerana anda adalah makhluk yang dinamakan
manusia, dan saya sendiri adalah seorang manusia sekalipun gaya saya menaip di
keyboard lebih laju dari anda. Heh.
Ok. Berbalik kepada tajuk kita pada hari ini. Manusia
dalah makhluk yang sangat unik. Yang sangat istimewa diciptakan oleh Allah di
atas muka bumi ini. Mengapa saya katakan begitu? Kerana pada hakikatnya tiada
manusia yang hidup di bulan mahupun planet marikh. Err.
Di dalam Al-Quran banyak menyebut perihal manusia. Antara
di dalam surah yang ke 32, Surah As-Sajadah
ayat 7 :
‘’
Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai
penciptaan manusia dari tanah ‘’
Dan
(ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘’ Sungguh, Aku akan
menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang
diberi bentuk ‘’. (Al-Hijr 15:28).
Saudaraku,
Ada sebuah pepatah arab yang berbunyi, man arafa nafsah, faqod arafa Rabbah” yang
maksudnya “barangsiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya.”
Allah s.w.t menciptakan manusia dengan tiga komponen.
Yang mana mereka bertiga ini sangat berkait antara satu sama lain. Seumpama isi
dengan kuku.
Di mana andai ketiga-tiga komponen ini tidak diberi
permakanan dan perhatian yang sewajarnya, maka menbesarlah manusia tersebut
menjadi manusia yang tidak sihat. Apatah lagi manu menjadi kacak bergaya
seperti saya. Ehem.
Ok. Tiga komponen yang saya maksudkan adalah hati, akal dan jasad.
Dalam
diri manusia itu ada seketul daging. Nyum nyum!
Rasulullah
bersabda ‘’ Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia
baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah
! Itulah yang dikatakan hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim) -anda boleh merujuk matan arbain karangan imam nawawi.
Kalau kita merujuk kepada hadith di atas, kita akan mengetahui bahwa diantara
ketiga-tiga komponen ini hatilah yang paling berperanan penting dalam
menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa. Oh. Dalam konteks ini kita mengatakan
jatuh bangunnya seseorang manusia tersebut.
Makanan bagi hati adalah zikrullah. Mengingati Allah.
Kerana itu dalam proses pentarbiyahan kita amatlah menekankan aspek penjagaan
amal fardi (ada yang menyebutkan sebagai mutabaah amal).
Kita di seru agar manjaga solat berjemaah, bertilawah
al-quran, membaca mathurat dan lain-lain. Malah sewaktu saya ditarbiyah oleh
seorang engineer, dia menyarankan saya agar tidur di masjid setiap malam demi
menjaga solat subuh berjemaah. Sungguh tegas anda wahai murabbiku. Tapi tapi
dengan ketegasan beliaulah saya amat bersemangat untuk berada di jalan dakwah.
Heh.
Tetapi terdapat segelintir manusia hanya menekankan aspek
penjagaan hati dan rohani sahaja. Lalu ia hanya menyibukkan diri di masjid dan
surau tanpa memikirkan anak kucing yang belum mandi dan juga itik yang sedang
kelaparan disamping pakaian diampaian yang belum dijemur.
Malah lagi ekstrem lagi jadilah seperti paderi yang
mengharamkan apa yang Allah halalkan !
Saya
pandai tetapi saya..................
Komponen yang kedua itulah aqal. Yang mana makanan bagi
aqal adalah ilmu. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al-Mulk, surah ke 67
ayat 10 yang berbunyi :
‘’
Dan mereka berkata, ‘’ Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan
(peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala ‘’
*gulp.
“Allah akan
meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi
ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al Mujadilah : 11)
Saudaraku yang dikasihi Allah,
Ilmu andai tidak disandarkan kepada keimanan kepada
Allah, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Terdapat segelintir dalam kalangan kita yang hanya
mementingkan aspek penjagaan akal. Lalu ia begitu sibuk sehingga mengabaikan
aspek penjagaan hati dan penjagaan kesihatan tubuh badannya.
Mereka study sehingga tidak menunaikan kewajipan sehingga
mengabaikan hak-hak kepada Allah dan kepada manusia sekeliling.
Lalu lahirlah manusia-manusia yang memiliki taraf pendidikan
yang tinggi, tetapi mempunyai akhlak yang tidak mencerminkan ketinggian
pelajaran.
Mereka terlibat dengan masalah sosial yang begitu
meruncing. Ada yang terlibat dengan dadah, ada yang terlibat dengan penceraian,
ada yang memukul anak dan mencederakan isteri. Bak kata sebuah video dari utara,
‘’ Hang pukui orang ni, hang pukui orang
tu. Hang nak jadi gangster ?‘’
Malah yang lebih menyedihkan hati nurani saya (lucu
sebenarnya. heh) adalah golongan pendidikan tinggi sebegini, yang mana bakal engineer,
bakal doktor, bakal pakar motivasi disibukkan dengan cerita karton doremon dan
shin shan. Wahai.
Benarlah seperti firman Allah, di dalam surah az-zumar,
surah ke 39 ayat 9 : Katakanlah, ‘’
Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui? ’’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat dapat menerima
pelajaran.
Badang
yang diperkotak-katikkan.
Cuba lihat kepada kisah badang. Walaupun dia seorang yang
gagah, sihat, berotot dan perkasa, tetapi kerana tidak mendengar kata ibunya
untuk pergi ke sekolah maka ia menjadi pemuda yang sering diperbodohkan dan
mudah diperkudakan. *ini versi saya sendiri. Ahah.
Begitulah kesannya apabila kita hanya menekankan aspek pembinaan jasad sahaja !
Begitulah kesannya apabila kita hanya menekankan aspek pembinaan jasad sahaja !
Lantas bagaimana kami mahu menangani problematika ini ?
Itulah beramal.
Ya. Makanan bagi jasad adalah amal. Seperti firman Allah di dalam surah
At-taubah, surah ke 9 ayat ke 105 :
Dan
katakanlah, ‘’ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu
juga RasulNya dan orang-orang mukmin ‘’.
Saya berani mengatakan bahawa obesitinya seseorang
bukanlah kerana dia kurang makan. Tetapi kerana dia kurang beramal. Hanya
makan, makan dan makan, mana mungkin badannya sihat lagi bergaya !
Tetapi jangan pula menjadi seperti Badang yang hanya membina badan, tanpa mahu pergi ke sekolah. Kelak anda akan menjadi manusia yang mudah dipermainkan.
Tetapi jangan pula menjadi seperti Badang yang hanya membina badan, tanpa mahu pergi ke sekolah. Kelak anda akan menjadi manusia yang mudah dipermainkan.
Jadi saudaraku, dengan ketiga-tiga komponen berharga ini
Allah telah memberikan kepada kita satu amanah. Yang mana amanah itu tidak mampu dipikul oleh gunang-ganang dan makhluk lain. Tapi dipikul oleh kita.
Apakah amanah itu? Nantikan !
Pemimpi Tegar
Ipoh, Perak.
ceh nantikan
ReplyDeletesuperais gittew
Jazakallahukheir akh.
untungla type laju.
untngla pandai arab.
untngla murabbi engineer
untungla
...
haha
Manusia yang sia-sia...!
ReplyDeletep/s~ayat cikgu sekolah saya dulu-dulu..Alhamdulillah, anak pelajarnya ini tak menjadi manusia yang sia-sia..InsyaAllah..^^
Alhamdulillah. Moga kita tak menjadi manusia yang sia-sia. JOM!
DeleteFizikal ana ok dah. Hensem dan bergaya. Heh
ReplyDeleteCuma perlu banyak usahakan hati dan akal lagi.
^-^
Erkk.. Itu macam statement bermasalah tu..haha..
DeleteFizikal yang hensem dan bergaya juga boleh obesiti tahu kalau x jaga.. :D
Sama-sama usaha jaga !
p/s : Ni sebenarnya persediaan halaqah ni. Hehe. Bahan indonesia. Tajuk : Taariful Insan. Boleh juga digabungkan dengan surah an-nas (jadikan muqadimah). So, kalau panjang dan letih membaca tu, maaf ye. :D
ReplyDelete