Sudah 20 tahun berlalu. Banyak kisah suka dan duka dilakarkan di atas kanvas kehidupan sepanjang 20 tahun itu.
Kadangkala diri ini terasa ingin kembali ke belakang. Kembali bermula dari petak pertama. Dari seawal diri ini mengenali dunia.
Allah. Terlalu banyak rasanya masa yang dihabiskan begitu sahaja. Hatta selepas disentuh dengan tarbiyah sekalipun, masih lagi selalu bermain-main dengan masa. Heh.
Seolah-olah diri ini diciptakan untuk bermain-main, tanpa menyedari bahawa diri ini akan kembali menghadap Penciptanya.
Bila melihat kata-kata mereka mengenai pemuda, aku bertanya kembali kepada diriku. Akukah pemuda itu?
Tatkala Dr. Abdullah Nasih Ulwan mengatakan,
'' Ya Allah, sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiyah, kemuliaan dan keangungan bagi ummat Muhammad. ''
Akukah pemuda yang dimaksudkan itu? Terlalu jauh rasanya diri ini daripada harapan Abdullah Nasih Ulwan.
Ketika As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan,
'' Sesunggunya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat. ''
Adakah aku pemuda yang dimaksudkan itu? Sedangkan masaku banyak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Berapa banyak kepala ini telah mengalami kepeningan dalam membina rijal buat ummat ini? Ya Allah, ampunkan aku atas khilafku Allah.
Tatkala Syeikh Mustafa Masyhur berbicara mengenai pemuda,
“Kita
merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi
muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan
kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan
pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah
sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi
yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka
mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan
kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh
r.a.”
Akukah pemuda yang begitu dihargai, disanjungi dan dicintai oleh Syeikh Mustafa Masyur itu?
Akukah pemuda yang begitu dihargai, disanjungi dan dicintai oleh Syeikh Mustafa Masyur itu?
Saudaraku,
Ketika
umurmu sudah menjaungkau 20-an, sejarah apa telah kau lakarkan untuk
tatapan generasi masa hadapan?
Adakah sejarahmu sekadar memenangi game sahaja? Adakah sejarahmu marathon movie selama berjam-jama? Atau adakah sejarahmu itu sekadar sejarah picisan?
Adakah sejarahmu sekadar memenangi game sahaja? Adakah sejarahmu marathon movie selama berjam-jama? Atau adakah sejarahmu itu sekadar sejarah picisan?
Sudah berapa ramaikah pemuda-pemuda yang telah kita lahirkan buat ummah ini?
Sudah berapa murabbikan kita lahirkan sebagai penyambung nadi dakwah ini?
Ya
Allah. Janganlah engkau tapis kami dari jalan dakwah ini ya Allah.
Ampunkahlah kami kerana selalu bermain-main untuk dakwah ini.
Ampunkanlah kami kerana selaku beralasan untuk dakwah ini.
Ampunkanlah kami kerana selalu bermain-main dengan tanggungjawab yang di berikan kepada kami.
Ampunkahlah kami kerana selalu bermain-main untuk dakwah ini.
Ampunkanlah kami kerana selaku beralasan untuk dakwah ini.
Ampunkanlah kami kerana selalu bermain-main dengan tanggungjawab yang di berikan kepada kami.
Aku rindu syurga.
Sekian,
Pemimpi Tegar
04 Jun 2012
Ipoh, Perak
************
Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman
Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman
Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu
Sekian,
Pemimpi Tegar
04 Jun 2012
Ipoh, Perak
persoalan yg sama berlegar di kotak minda
ReplyDeleteapakah aku pemuda itu ?
jauh api dari panggang :'(
Banyak persoalan yang bermain diminda.
DeleteSemoga tsabat akhi. :')
Mabruk, entri yang menarik.Persoalan yang perlukan jawapan.
ReplyDeleteAkukah pemuda itu?
InsyaAllah. Sentiasa berusaha menjadi terbaik !
Delete