Pernah
suatu ketika, aku rasa aku keseorangan. Bukan pernah satu ketika,(haha) tapi dalam kebanyakan masa dalam kehidupan
aku, sentiasa aku rasakan aku keseorangan. Realitinya memang begitu.
Tatkala aku
berada ditengah manusia, aku tetap merasakan keseorangan. Kerana bukan semua
orang mampu fikir seperti apa yang kita fikir, nak buat apa yang kita nak buat
dan tak semua orang faham seperti mana kita faham.
Bila aku
belajar di sebuah kolej-yang-dirahsiakan-namanya, kebanyakan keadaan aku
banyak bergerak sendiri. Merancang sendiri, pergi DF adik-adik sendiri, bawak
adik-adik jalan-jalan sendiri, guna duit sendiri, jatuh bangun sendiri, aku
nanges sendiri-sendiri.
Pening fikir macam mana nak ikat hati dengan adik-adik
sendiri, pengisian apa yg nak kena bagi, malah mujahadahnya aku dalam study pun
sendiri-sendiri. Dan mujahadahnya dalam study ni, saaaaaaaaaaaangat perit !
Hinggakan
pada suatu hari mutarabbi aku pernah cakap kat aku, ‘’ kalau ko datang kelas,
aku ikut halaqah ko. Kalau ko tak datang, aku pun tak nak datang ‘’. Haha. Bukan
senang beb nak tinggalkan jahiliyah. =)
Time tu aku baru berapa bulan ikut
madrasah tarbiyah islamiyah karya SangVivaBiru. Sedangkan telah 5 tahun aku
ditarbiyah dengan jahiliyah. Tarbiyah suka ponteng kelas. Heh.
Aku katakan
bahawa aku lakukan sendiri, (of kos la kebanyakannya idea tu datang dr ikhwah)
tidak lain tidak memang begitulah realitinya.
Tatkala aku
curhat kepada ikhwah, betapa beratnya tanggungjawab syahadatulhaq yang aku
rasakan ketika tu, ikhwah hanya mampu mendengar, dan memberikan secebis motivasi
untuk aku bergerak sendiri. Kerana mereka juga mengalami apa yang aku alami.
Mereka juga ada ujian dan rintangan yang sedang mereka hadapi.
Dalam
kesibukan aku bertarung dengan raksasa (syaitan dan hawa nafsu) untuk aku
melepaskan diri, kadang-kadang aku jatuh. Aku tewas. Hingga aku menanges
sendirian. Aku terduduk kaku.
Lalu aku
melihat di kiri dan kanan aku, para ikhwah juga sedang bertarung dengan raksasa
yang mengerumuni mereka. Mereka juga bersungguh-sungguh dalam pertarungan antara
hak dan batil itu.
Adakalanya,
bila raksasa mereka berjaya mereka lemahkan, mereka berpaling seketika ke arah aku, lalu menghulurkan pertolongan.
Dengan satu libasan kilat saja, mereka mampu menumbangkan raksasa yang
mengerumuni aku.
Tetapi dalam
kebanyakan masa pertarungan tersebut, tidak banyak yang mereka dapat bantu aku.
Tenaga mereka, kekuatan yang mereka ada benar-benar hanya mampu digunakan bagi menewaskan raksasa mereka saja.
Lalu di
dalam pertarungan yang sangat dasyat itu, aku terdengar sayup-sayup suara para
ikhwah melaung,
‘’ Akhii, mohon pertolongan dari Allah akhi.
Mohonlah pertolongan dari yang Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Perkara, Maha
Bijaksana. Kerana hanya dia akhi, hanya Dia yang mampu membantu kita semua di
saat ini ‘’.
************************
Banyak
benda aku belajar dari tarbiyah ni.
Ikhwah
juga sedang berperang.
Bila kita berharap-harap
agar ikhwah mampu untuk sentiasa membantu dan menolong kita, ketahuilah mereka
juga sedang bermujahadah dalam menewaskan nafsu dan syaitan. Mereka juga sedang
bersungguh-sungguh dalam peperangan ini. Mereka juga sedang mujahadah dalam
merangka strategi dan memperkasakan diri mereka.
Adakalanya
bila mereka kuat dan jahiliyah lemah, mereka mampu berpaling seketika ke arah
kita lalu menghulurkan pertolongan kepada kita. Tetapi dalam kebanyakan masa,
mereka tidak mampu sangat nak hulurkan pertolongan, kerana mereka juga sedang
berperang.
Kekuatan
itu hanya pada Allah.
Dalam liqo
kami, murabbi kami ‘Ammar Sahrim, moga Allah mengasihi beliau pernah berkata
kepada kami, tatkala kami seringkali mengadu agar diberi kekuatan dalam
beramal. Tatkala kami sering mengadu sangat banyak masalah yang berlaku antara
kami.
Kata beliau
dengan penuh macho lagi bergaya,
‘’ Akhii.
Ana berikan satu analogi kepada antum. Cuba antum tengok kepada laptop. Laptop
ini ana umpamakan seperti murabbi/ikhwah. Seringkali kita datang kepada ikhwah
untuk mengadu masalah dan mencari kekuatan. Lalu ana umpamakan antum seperti
USB Charger yang tercucuk pada laptop tersebut. Bila antum dicucuk pada laptop,
antum akan mendapat kekuatan itu. Tapi akhi, semakin lama laptop itu pula akan
berkurangan energynya kerana disedut oleh antum.
Lalu
tatkala laptop tu kehabisan bateri, ke mana lagi kita hendak menyedut energy
tersebut? Tidak lain tidak adalah daripada sumber elektrik itu sendiri. Laptop kena
dapat kekuatan dari elektrik, sama juga seperti hp antum yg caj pada laptop ana
ni. So, elektrik tu adalah Allah. Maka mohonlah kekuatan dr Allah. ‘’
Okay. Semua
kata-kata beliau ni aku edit sesuka hati. Mana sempat nak copy paste sebijik-sebijik.
Ahha.
Kita
memang kena survive sendiri.
Di awal
tarbiyah, memang kita akn di layan dengan penuh kasih dan manja. Tapi semakin
lama di dalam tarbiyah, segalanya akan bergantung kepada diri kita. Dalam
tempoh 2 bulan aku terdampar di Perak ni, aku seolah-olah belajar satu benda.
Aku memang
di lahirkan untuk menyendiri. Membina kekuatan sendiri. Melakukan semua benda
dengan sendiri.
Aku memang
kena survive sendiri !
Pemimpi Tegar - Bila dipilih untuk berada di atas jalan ini, janganlah pernah berhenti. Kerana kita sebenarnya bukanlah telah gagal, tetapi kita belum berjaya. Saat kakimu berhenti melangkah buat selamanya, di saat itulah sebenarnya kamu tewas. Aku harap, kakiku hanya terhenti tatkala aku di masukkan ke dalam keranda.